Ahad, 3 Oktober 2010

gelap....dan bintik-bintik cahaya..


Tahukah anda apa makna kegelapan? ..ishh..soalan apa kebendanya ini..gelap pun tak tahu..budak-budak tahun satu pun boleh jawabnya...

apabila kita bangun pada tengah malam yang gelap gelita, kita mengangkat tangan untuk melihatnya, tetapi kita langsung tidak dapat melihatnya, sedangkan tangan kita betul2 terpacak betul-betul di kedua-dua anak mata kita..

tahukah sahabt2 saya akan kegelapan paling memuncak yang paling menakutkan?. Ya bayangkan di malam yg gelap gelita yang pekat, kita hanyut di tengah lautan yang luas, di bawahnya adalah kegelapan malam yang tiada sikitpun cahaya, apa yang patut kita buat? di permukaan airnya pula kegelapan gelombang menghempas, kita dilambung badai, dicengkam gelisah..adakah aku akan mati dan berkubur di lautan yang maha luas ini? Lalu kita akan cuba mengangkat tangan, untuk meraba-raba dalam kegelapan tetapi masih gagal jugak..

Dunia ini sememangnya gelap. Kalau tidak percaya, lihatlah alam semesta kita, kita seolah-olah hidup tercampak di dalam sebutir pasir yang halus di tengah lautan bintang-bintang tanpa penghujung yang dilihat. Lautan semesta diwarani hitam pekat yang sangat menakutkan..kalau ada cahaya pun hanyalah bintik-bintik halus yang bertebaran di dada langit yang tidak memberi sebarang makna untuk memecah segala kegelapan itu.

Kedamaian dan ketenangan pada melihat bintang-bintang hanya kerana adanya bintik-bintik bercahaya itulah, jika tidak di mana keindahan alam semesta? di mana bulan yang sepatutnya menerangi malam yang gelap ini?..Ahh..semuanya gelap...

Begitulah dunia ini....begitulah dunia hati...dunia manusia..dan sebelum ini dunia ku penuh dengan kegelapan, kesuraman, namun sejak hadirnya kamu, terasa indahnya dunia ini..duniaku menjadi sempurna...

di saat kita bangun dari tidur, gerak kakunya dan hidup mati kita adalah pada sekeping hati kita ( termasuk jantung) yang berdegup-degup di dada kita. baik buruk manusia tergadai pada sekeping hati itulah..ada insan yang sifatnya cepat marah, cepat terasa hati..cepat sensitif, cepat nak marah, semuanya ada kaitan dengan hati..hati yang kurang sabar..termasuk aku.. adakah aku ini sukar sangat memahami hati dan perasaan orang?

semua yang saya tulis tu cumalah perumpaaan hidup kita sebagai manusia..sebenarnya kegelapan dan dalam keadaan cahaya pun kita sebagai manusia akan diuji di duga dengan pelbagai rintangan, itulah dinamakan kehidupan. Sebentar kita gembira..dua mint selepas tu kita pula tidak gembira, sebentar kita senang, dan selang beberapa minit kemudian kita dilanda kesusahan yang bertimpa-timpa..semua itu adalah ujian..ingat di sekolah saja ada ujian, tetapi dalam hidup lagi banyak ujian..ujian yang mencabar hati dan perasaan..


p.s..maafkan ..terlalu banyak membuatmu terluka..

5 ulasan:

kak Erna berkata...

salam SR..memang banyak uijan kita didunia ini..lebih2 lagi..masa jaga kita lebih banyak ditempat kerja..kadangkala..ujian nya begitu berat nak ditanggung dek insan yang dah dimamah usia.. macam akak ni..

Faarihin berkata...

hidup tak kan lengkap tanpa ujian..

terasa hati saya semakin gelap.. semakin gelap dari sinar nur Illahi..

sekamar rindu berkata...

salam.. Faarihin,

terima kasih Faarihin..

sekamar rindu berkata...

kak erna,

terima kasih banyak..

kelisa_samudera berkata...

kita semua pernah liat, rasa, hayati kegelapan. tapi tafsiran kita ttg kegelapan lain.

tapi takde sapa yg salah & takde sapa yg betul dalam mentafsir kegelapan. yg ada ialah kita masing2 ambik pengajaran dengan cara yg berbeza. ;)

ni tafsiran awok plak.

http://kelisasamudera.blogspot.com/2010/07/semuanya-bermula-dengan-kegelapan.html

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy