Sabtu, 2 Oktober 2010

jalan yang lurus......



Jika anda meminta seseorang menunjukkan jalan menuju ke sesuatu destinasi, lalu anda ditunjukkan ke satu arah yang lurus yang tidak ada bengkang bengkoknya dan tanpa mengendahkan simpang siur di sepanjang jalan itu, maka tidakkah anda merasakan seolah-olah anda sudah tiba ke destinasi tersebut pada masa itu juga.? Diri terasa tenang dan senang kerana mudahnya perjalanan yang akan ditempuh.

Allah memberitahu hamba-Nya di dunia ini bahwa jalan menuju-Nya adalah lurus dan betul tanpa bengkang bengkok di sepanjang perjalanan. Adalah mudah untuk kita menelah bahwa Allah SWT menghendaki untuk kita sebagai hamba-Nya satu kepastian yang tiada sikit pun ragu di jiwa kita. Dia mahu kita sampai kepada-Nya dengan mudah, tenang dan penuh kegembiraan. Allah SWT menyayangi kita. Jika tidak, pasti-Nya digambarkan dengan penuh kepayahan dan kesukaran.

Soalnya, adakah manusia di dunia ini melihat dan mengakui jalan yang lurus itu? Adakah manusia melihat jalan itu sepertimana Allah swt menghendaki ia dilihat lurus? Hampir pasti jwapannya adalah tidak. Kebanyakkan manusia hari ini berjalan di semua jalan kecuali jalan menuju Allah. Ertinya mereka tidak melihat jalan Allah itu kecuali dalam pandangan yang naif dan penuh kesukaran serta kesukaran.

Ada juga mereka ini digolongkan dalam kelas yang terpelajar, mempunyai kelulusan yang tinggi dalam pendidikan, sehingga mendapati ijazah di luar negara, namun perangai dan kata-kata mereka tidak menggambarkan begitu. Masih mahu terus saban waktu bergelumbang dengan noda dan dosa, cuba melakukan pelbagai maksiat, mengajak melakukan zina, dan lain-lain lagi semata-mata mahu memenuhi nafsu serakah yang tidak kesudahan,. Adakah mereka ini nampak akan jalan yang lurus, yang Allah swt telah nyatakan itu? jawapannya juga tidak. Manusia dicipta oleh Allah swt untuk menyenangi dan menuruti jalan dan perkara-perkara yang mudah diduga dan mudah dicapai. Apabila mereka-mereka ini memilih jalan selain Allah swt tetapkan, bayangkanlah bagimana sukarnya jalan Allah di kotak pemikiran mereka. Bagaimana kita boleh nyatakan apabila, saban hari seseorang itu digoda dengan pelbagai bentuk gangguan yang memualkan, diajak melakukan perkara-perkara yang terkutuk, yang salah di sisi hukum hakam Islam boleh melalui jalan yang lurus ini? Bertaubatlah selagi masih ada ruang dan waktu untuk berbuat demikian. Orang yang jenis ini sukar untuk melihat jalan yang lurus itu..ianya hanya nampak yang bengkok dan bersimpang siur saja, sukar, menakutkan, membosankan, jalan yang penuh dengan mimpi-mimpi serta ilusi semata-mata. Akhirnya mereka hidup dalam kesesatan yang nyata...orang yang tiada arah tuju bagaimana diharapkan mahu sampai ke destinasi? Bagaimana mahu diharapkan daripada mereka yang langsung tentang agama? manusia jenis ini lebih suka memilih jalan yang diciptakan sendiri tanpa bersedia melihat jalan Allah SWT yang lurus itu. Jalan islam pada mereka adalah terlalu jauh walaupun ianya lurus, mereka ini akan cuba untuk memilih jalan yang pintas yang mereka sangka lebih cepat dan singkat saja untuk sampai ke destinasi, namun malangnya mereke jenis ini hanya bersandarkan pada nafsu semata-mata, menolak kebenaran, menolak kenyataan yang terang dan pastinya akan malanglah orang jenis ini..

Pandangan mereka hanyalah memandang keseronokan duniawi semata-mata yang sementara. Mereka jenis ini tidak akan terpesona hati mereka dengan timbuan pahala yang dijanjikan tuhan, tidak melelah air liur mereka akan lambaian syurga dan bidadari yang menanti.,bahkan tidak terdetak sikit pun hati mereka pada ugutan dosa dan pahala Semua ini adalah kerena mereka ini hanya melihat pada yang dekat dan tidak mengendahkan pada janji Allah yang tidak terjangkau oleh penglihatan zahir kita.

Saya bukanlah ustaz yang memiliki pendidikan tinggi,yang berkelulusan Al-Azhar dan lain-lain namun pelbagai pengalaman dan pemerhatian sangat mengajar erti kehidupan buat saya. Sangat mengajar erti dosa dan pahala. Masih ingat akan syurga dan neraka..dan buat dia tu..insaflah..


p.s....hujan skrg ni....dah sampai balik dah..

4 ulasan:

Nur Hayaty berkata...

betul tu..kadang2 yang cakap tanpa fikir panjang adalah tergolong golongan terpelajar...bila ditegur ,EGO tak mahu menerima pendapat orang lain....huhu

DUNIA NAK KIAMAT tetapi ADAKAH kita sudah bersedia??

Sama2lah muhasabah diri untuk jadi hamba Allah yang di Rahmati..

asliani ahmad berkata...

aslkm AL,
lama dah singgah di sini.
AL sihat?moga jadi pendidik yg disegani oelh anak didik~~jadi contoh terbaik utk mrk...

sekamar rindu berkata...

salam..Dr Asliani,

terima kasih masih ingat sini

sekamar rindu berkata...

salam. Nur Hayaty,


terima kasih..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy