Isnin, 4 Oktober 2010

lagi cerita pasal bola malam tadi..

pemain kelatan memasuki bilik persalinan

Halim Napi (paling kanan) sempat saya berbual2 denagn dia

Indraputra berjaya merampas bola di kaki pemain N.Sembilan


masih cerita berkisar pasal bola malam tadi....

dua gol dalam tempoh dua minit pada separuh masa kedua melalui jaringan pemain pertahanan Zairul Fitree Ishak dan Akmal Rizal menyelamatkan maruah Kelantan daripada terus dicalar oleh Negeri Sembilan.

malam tadi selepas Azizi menjatuhkan S.Kunnalan di dalam kotak penalti dalam minit 62, dan selepas Abd.Halim, pemain Negeri Sembilan, berjaya menyempurnakan sepakan penalti, aku lihat wajah abg mengeleng-gelengkan kepalanya..

" Su.., abang pas ni tak nak tengok bola dah.." tulah kata-kata yang keluar spontan dari mulut abang.

aku hanya diam saja dan sempat bertanyakan pada Halim Napi ( penjaga gol Kelantan ) yang hampir dengan tempat duduk aku...

" abe Pi....guana teruk kelate malam ni nihh.."

" kelate boleh gol malam ni..jangan bimbang.." katanya yang agak yakin.

tapi aku tahu yang dia pun tak yakin dgn pasukan kelantan apabila dah kena 2-0, tapi dek kerana motivasi jurulatih barangkali, tak mudah mengalah..tu yg dia boleh mengeluarkan kata-kata begitu..

Siapa tak kenal dengan Halim Napi, penjaga gol kelantan yang berpengalaman..pernah digantung dan di denda kerana memijak dan menumbuk Aidil Zafuan Abd.Razak, dalam perlawanan Piala FA tahun 2009.

Keputusan terikat 2-2 di Stadium Tuanku Abd,Rahman Paroi, malam tadi masih lagi membuka peluang buat Kelantan untuk mengetuk pintu ke peringkat Suku Akhir saingan musim ini biarpun dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Selangor PKNS FC berjaya menewaskan KL Plus 3-2.

Hampir 2000 penonton Kelantan terdiam apabila gerakan dalam minit yang ke 25, melalui gerakan S.Kunnalan dari sebelah kanan pintu gol Kelantan, melorong kepada Idris karim yang melakukan tolakan ke belakang dan disudahi dengan rembatan kencang yang cantik oleh Shahurain Abu Samah menewaskan pengaja gol Kelantan, Khairul fahmi..

Jaringan gol yang pertama itu menyebabkan aku yang sebelum ini hanya diam...tiba-tiba bersuara....

" kalah dah malam ni bang..."

Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan cub bangkit mengatur serangan, namun serangan yg diketuai oleh Hairuddin Omar dan S.Chanturu dilihat sukar untuk menembusi pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Mohd.Sukur Adan. ( Pemain terbaik malam tadi)

Walaubagaimanapun, Negeri Sembilan terpaksa bermain dengan 1o pemain pada minit ke 39, setelah pemain pertahanan N.Sembilan Rahman Zabul dilayangkan kad kuning ke dua dan seterusnya kad merah setelah menerjah S.Chanturu.

Selang dua minit selepas itu, pula Jurulatih N.Sembilan pula, Wan Jamak Wan Hassan, dikenakan perintah keluar padang apabila membantah keputusan pengadil.

Semua itu menjadikan percaturan Negeri Sembilan tidak teratur dan kelam kabut. Keputsaun seri dikira memadai daripada tewas kali ke dua kepada Negeri Sembilan, setelah sebelum ini, Kelantan kalah di Kota Bharu, 1-0.



6 ulasan:

tiefazatie berkata...

wah..rajin sis tgk bola kt stadium yaa..=)

Tanpa Nama berkata...

tak minat bola..tapi tetap beri sokongan padu pada yang minat bola tuu...huhu

.sweet-ants. berkata...

lama x g tgk bola kt stadium.. meriah dia lain sikit

sekamar rindu berkata...

.sweet-ants.,

sekali sekala tengok bola di stadium tu..debaran nya lain sikit berbanding di tv...

sekamar rindu berkata...

salam..tanpa nama,

hehehe..ya?? terima kacihh..

sekamar rindu berkata...

salam.. tiefazatie,

kadang2 saja..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy