Jumaat, 29 Oktober 2010

P.Ramlee Pergimu Tiada Pengganti Hingga Kini..



Malam ini pihak astro telah mengadakan Konsert Tribute P.Ramlee yang diadakan oleh pihak Astro & History bagi memperingati jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam menghasilkan karya-karya agungnya sama ada dalam filem dan lagu-lagu.


Siapa P.Ramlee yang sebenarnya?

Nama P.Ramlee tidak perlu kita perkenalkan lagi kerana semua orang tahu, dari yang setua-tua umur hinggalah sekecil-kecil budak tahu dan kenal akan rupa, gaya hidup dan lakonan serta lagu-lagu P.Ramlee. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri pada 22 Mac 1922, Kelahiran bayi comel lelaki kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim ( 1902-1955) dan Che Mah Hussein ( 1904-1967) sangat mengembirakan pasangan berkenaan. Bapa P.Ramlee berasal dari Lhokseumawe, Acheh dan berkahwin dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925, di Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang,

P.Ramlee telah lama dijemput pulang ke alam baqa oleh Allah swt, perginya seniman agung itu pada 29hb Mei 1973 dalam usia 45 tahun ibarat yang patah akan tumbuh, namun sehingga sekarang belum lagi berganti. Jasa-jasa besarnya diiktiraf oleh kerajaan ataupun badan-badan seni.

Bermula dengan memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Asia, melalui filem "Anakku Sazali" pada tahun 1956, Pelakon Serba Boleh ( Filem Ibu Mertuaku), Filem Komedi Terbaik, (Nujum Pak Belalang), Ciptaan Lagu Terbaik ( Tiga Abdul) dan pelbagai lagi hasil seninya.P.Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light dan meneruskan pengajian beliau di Penang Free School.

Bermula dengan bermain ukele, P.Ramlee beraloh kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin ( pimpinan bad di Penang Free School), dan menyertai Orkes Teruna Sekampung. Pada tahun 1947, beliau menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" ( bagi puteh) di awal namanya dan kekallah nama P.Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama P.Ramlee adalah filem "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memengang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya berterus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

P.Ramlee berkahwin sebanyak 3 kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada tahun 1950 tetapi hanya bertahan selama 4 tahun. Perkahwinan kedua dengan Noorizan Mohd Noor pada 06 Feb 1955, seorang kerabat Diraja Perak, dan kali ketiga adalah dengan Saloma bt Ismail pada 21 November 1961, dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Beberapa fakta berkaitan P.Ramlee yang tidak diketahui umum:

  • Setiap tepat jam 12.00 tengah malam P.Ramlee akan berhenti selama 1 minit daripada melakukan sebarang kerja yang dilakukan pada waktu itu.
  • Terdapat banyak perkara yang dimulakan dengan 3 di dalam kehidupan P.Ramlee. Antaranya, filem bermula perkataan tiga, tiga pelakon utama dan banyak lagi.
  • P.Ramlee mendapat bayaran teringgi dalam sejarah filem dalam Filem Bujang Lapok, iaitu sebanyak RM 30,000( 1958)
  • P.Ramlee tidak mendapat sebarang bayaran untuk filem Ibu Mertuaku. walaupun memenangi " The Most Versatile Actor" kerana perjanjian bertulis dengan Shaw Brothers, filem itu mesti disiapkan dalam tempoh satu bulan, tetapi P.Ramlee gagal menepati.
  • Tunku Abd.Rahman ibni Putra Al-Haj, Perdana Menteri ( 1964) pernah menawarkan jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan kepada P.Ramlee, tetapi ditolaknya kerana seandainya beliau menjawat jawatan menteri, aktiviti seninya akan mati
  • P.Ramlee orang yang pertama mengasaskan perkataan "PAWAGAM" nama singkat bagi Panggung Wayang Gambar. ( sumber: Sheikh Ali- abag satu ibu P.Ramlee.)
  • Sangat meminati sepak takraw. P.Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P.Ramlee kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura


alfatihah....


2 ulasan:

a.samad jaafar berkata...

manusia Melayu yang genius dan tiada yang kedua sehingga kini...

sekamar rindu berkata...

a.samad jaafar,

betul..tiada pengganti hingga kini..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy