Sabtu, 23 Oktober 2010

Separuh Akhir Kedua Kelantan lwn Kedah malam ini di Astro saluran 801

barisan Kelantan

penjaga gol Kedah

aksi menarik Shakir dan pemain Kedah

Azizi Mat Rose ketika bertembung dgn Badrol Bakhtiar

ribuan penyokong Kelantan

Hairuddin bertembung dgn pemain Kedah

Badri Radzi (Piya)

ramalan Paul, memilih Kelantan akan menang..hehe

pasukan Kedah


Malam ini, jam 8.45 malam adalah malam penentu kepada Kelantan dan Kedah yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu.

Saya pasti jualan tiket untuk separuh akhir mula dijual pagi ini, kerana ribuan peminat-peminat Kelantan pasti tak akan melepaskan peluang untuk melihat aksi pasukan "The Red Warrior" masing-masing malam ini. Kepada yang jauh seperti saya dan yang berada di luar Kelantan, anda boleh menonton perlawanan Kelantan dengan Kedah melalui siaran astro, (801).

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Alor Star Rabu lalu, Kelantan berjaya mengikat Kedah dengan keputusan seri 0-0, dan malam ini adalah detik penting yang akan diingati oleh penyokong-penyokong Kelantan, seandainya berjaya menewaskan Kedah dan mengulangi buat kali kedua berturut-turut melangkah ke pentas final Piala Malaysia.

Perlawanan di Alor Star, Rabu lalu, memperlihatkan jentera serangan Kelantan kurang menyengat melalui gandingan Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Rakhli selain 3 pertukaran dlm tempoh 15 minit pertama telah mengganggu rentak permainan.

Kalau Kelantan menang malam ini, bermakna Kelantan telah mengulangi kejayaan cemerlang dan gemilangnya dua kali berturut-turut masuk ke final Piala Malaysia dan pasukan yang akan menentang Kelantan nanti, pemenang antara Negeri Sembilan dengan Johor FC, ( penentuannya malam ini), Johor FC yang kini agak selesa selepas menewaskan Negeri Sembilan, 1-0 di Paroi, rabu lalu mempunyai sedikit kelebihan, kerana jaringan gol di tempat lawan dikira berganda buat Johor FC, Negeri Sembilan memerlukan dua gol untuk membolehkannya mara ke akhir. Amat sukar saya rasa..

Apapun, kawan-kawan, jangan lupa di saluran 801, saluran Nadi Arena malam ini, Kelantan lwn Kedah dan di TV1, pula akan menyiarkan siaran langsung Negeri Sembilan lwn Johor FC di Pasir Gudang, Johor.


p/s:......gomo kelate gomo...

2 ulasan:

abu muaz berkata...

sepatutnya dua pasukan ini bertemu diperingkat akhir.

Ummi Hanie berkata...

salam,sy xminat bola...hehee...
apa2pun main dan tgk je elok2 kan..jgn le sampai bergaduh2..xde pekdahnye..

erm,nk tnye cni xde chatbox kan?dah cari td xjumpe...anyway,thanx sbb letak link sy d cni..sy letak link awk d cni yer;

http://mysecondlink.blogspot.com

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy