Selasa, 5 Oktober 2010

Tahun 2010 ku...



Tahun 2010 adalah tahun yang sangat bermakna pada saya. Tahun ini, saya tamat belajar dengan jayanya alhamdulillah...syukur dan telah pun konvo pada 20hb Jun yang lalu.

Tahun 2010 juga saya dikejutkan oleh ayah, yang saya masih ada kakak kandung, yang sebelum ini saya tidak tahu pun..dan kini saya masih berusaha untuk mencari kakak saya..mcm manalah rupanya saya tak tahu..sebab tak pernah lihat...saya tidak dapat nak membayangkan saat saya jumpa kakak saya tu...Allah swt mengurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangkakan. Dia memberi kepada saya apa yang kita harapkan daripada-Nya. Apabila Allah swt mahu memberi, Allah swt tidak perlu merujuk kepada apa yang kita minta. Allah swt adalah tuhan dengan kehendak-Nya yang bebas dan penuh berkuasa..

Tahun 2010, juga memberi makna yang indah buat saya..hubungan saya dengan abang yang dulu dah kembali jernih kembali..adalah hal sedikit yang mengeruhkan hubungan saya dengan abang..dua tahun tidak bertegur sapa..dia hal dia..dan saya hal saya..tapi kini tidak lagi begitu...kata pepatah.." air dicincang tak akan putus.." dan malam tadi saya dan abang sama2 menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan lwn Negeri Sembilan di Paroi, Seremban.

Tahun 2010, juga kami bertiga (ayah, saya dan abang beraya di Kuala Lumpur), orang lain semua balik kampung..tapi saya tak balik sebab ayah mahu beraya di rumah abang..sebab abang kerja pada hari raya baru-baru ni..maklumlah tugas demi negara.. dan sempat saya bawa ayah ke Seremban untuk melihat suasana Seremban..nak tukar angin la sikit..

Tahun 2010 juga membawa keindahan buat saya..sejak mengenali kamu..hidup saya semakin sempurna dan lengkap...walaupun saban hari kita menghadapi dugaaan dan ujian, kadang2 mencabar kesabaran kita..kita berjaya lalui dengan penuh ketabahan dan sabar...setiap ujian tu pasti ada hikmahnya..

Tahun 2010 juga hati sungguh gembira..hajat untuk menyediakan menu istimewa, memberi makan kepada anak-anak yatim dimakbulkan Allah swt..harus diingat saya pun anak yatim juga..ibu dah tak ada.kira yatim la tu...(ada sapa2 nak ajak saya makan ke..?..:) mereka gembira..pasti memberi kegembiraan juga pada saya...mereka bersedih saya pun turut bersedih..


p.s...happy...tenkiu..

8 ulasan:

baincardin berkata...

berdoa byk² yg baik² utk tahun² mendatang, amin...:)

Mak Su berkata...

maksu tumpang seronok dgn kesukaan hati yang kome rasai :)

kelisa_samudera berkata...

ibu dah takde ke? sejak dari bila lagi?

ainnoraini berkata...

semoga SR mendapt berkat dan dilimpahkan rezeki sempena tahun 2010... aminnn

sekamar rindu berkata...

ainnoraini,

terima kasih....

sekamar rindu berkata...

baincardin,

inysaAllah....moga kita sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya

sekamar rindu berkata...

Mak Su,

terima kasih mak su...:)

sekamar rindu berkata...

kelisa_samudera,

pergi mengadap Ilahi...alfatihah

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy