Rabu, 10 November 2010

Bila aku merotan pelajar hari ni......Jangan buat lagi..


menjadi guru cabarannya bukannya mudah..sangat mencabar dengan pelbagai peranan dan amanah yg terpaksa di pikul, salah satu yang perlu dihadapi ialah masalah disiplin pelajar-pelajar.

contohnya hari ni dalam aku menguruskan raptai penuh sempena Hari Anugerah Pelajar, pada esok pagi, aku dikejutkan dengan kedatangan ibu pelajar yang datang ke sekolah dengan nada yang marah....

" Cikgu.......ada penjaga nak jumpa.." kata salah Ketua Murid yg datang ke dalam dewan memberitahu aku...

"sape, nak jumpa..? tanya aku... aku meluru keluar ke luar dewan sekolah dan mendapati seorang ibu penjaga yang datang dengan nada yang marah-marah kerana anaknya ditumbuk oleh salah seorang pelajar tahun 6 ( anak ibu ini pun sekelas..tahun 6 juga).

Selepas memanggil kedua-dua pelajar ini, ( anak penjaga) dan pelajar yang didakwa menumbuk itu, ( ibu budak ni ada sama masa soal siasat), punca pergaduhan ini tidak lain dan tidak bukan kerana sebab " mengejek nama ayah" . Sama-sama ejek...dan salah kedua-duanya...bila tak puas hati, maka bergaduh laa.....bila dah sakit maka telefon la ayah..telefon la mak...( aku agak budak ni bawa hp..kalau tidak mcm mana ibunya tahu kejadian ini berlaku di sekolah..)

Inilah gaya ibu bapa zaman sekarang, benda-benda mcm ni sangat cepat datang sekolah, tapi bila mesyuarat agung pibg, muka pun tak pernah nampak, aku tahulah, di sekolah aku s/u pibg, dan sejak aku berada di sekolah ini, tak pernah nampak batang hidung pun.. masa 3 penjuru untuk budak ni, ibu pelajar ni pun tak datang, ayah dia pun sama...al-maklumlah sibuk dengan bisnes... aku bukan marah apapun, budak yang tumbuk tu akan diambil tindakan dan tindakan susalan pun sedang berjalan ( memanggil penjaga pelajar yang menumbuk ni).

Adat orang yg sedang marah.....kita perlu sejukkan dia dulu..itulah yang diajar oleh GB saya.. bila dia dah ok...gunalah psikologi tak kiralah walau dengan apa pun..

maka soal siasat pun bermula..: ( di bilik guru bersama ibu pelajar yg ditumbuk, pelajar yg menumbuk, aku dan cikgu aziz bagi mencatat apa yang disebut oleh pelajar ni..")


Aku : Betul ke kamu ini tumbuk dia?

Pelajar Yang Menumbuk: Dia ejek nama ayah saya.., saya marahlah..

( masa ini pelajar yang kena tumbuk menyampuk kata-kata pelajar ini)

Aku : awak diam dulu....cikgu nak dengar Arif ni bercakap dulu...nanti kamu pula yang bercakap..cikgu bagi peluang kat kamu nanti..

Aku : Ok, sambung, kata aku.

Pelajar Yang Menumbuk: Dia cakap ayah saya botak..kepala licin...saya marahlah..

Dalam masa ini ibu pelajar ini pun menyampuk..

" kau ni memang kurang ajar..!"

Aku : Makcik....saya tengah nak selesaikan masalah ni..tolong bagi kerjasama.. ( saya memaklumkan, sepatutnya bukan saya yg ambil tindakan ini, hari ni GB tak ada, GPK 1 cuti ke Mekah, GPK Hem- mesyuarat, hanya saya saja yang ada kat sekolah sebagai....- jadi saya akan ambil tindakan seadil-adilnya..

Aku lihat ibu penjaga ini sangat marah.... sabar makcik ya.. Aziz..ambil air mineral 5 botol ( memang dalam bilik guru ada simpanan air mineral untuk para tetamu)

Aku : ok sekarang Amin, sekarang kamu cakap pulak, apa yang kamu nak cakap...

Pelajar Yang Kena Tumbuk : Saya ckp botak bukan tujukan pada ayah dia.....tapi dia terasa .( memang diakui ayah pelajar bernama Arif, ayahnya kepala botak..tu memang diketahu umum.).

Pelajar Yang Menumbuk : Ya....dah banyak kali dah dia ejek botak, cikgu..saya sabar.. tadi hilang sabar..!

Aku : nampaknya dalam hal ni dua-dua salah..satu bermula dgn ejek mengejek, pas tu yang ni pulak tumbuk..jadi dua-dua bersalahlah...dan jalan ceritanya cikgu dah faham...kesalahan menumbuk ni..akan kena rotan dan kesalahan mengejek ni pun kena rotan juga.. janganlah lagi ejek mengejek ni, semua tu kesalahan dispilin..

Aku : cikgu aziz, ambik rotan...! sebut saja kata nak rotan..kedua2 pelajar ni menangis.. tapi rotan tetap rotan..sebagai pengajaran kepada pelajar2 yg lain..



di malam yg sepi ini, peristiwa di sekolah tadi kembali diingatan aku...ishh.. ...


..

26 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

jadi guru ni melaut cabarannya. Saya yg mengajar kt sekolah menengah ni lagi teruk dugaannya. masalah yg paling teruk ialah sikap ibu bapa yg anggap anaknya 'maksum'. Tetap x salah w/pun ponteng, mencabul dan mcm2.

Kalo ikutkn hati ingin sahaja saya cabar bertumbuk dgn bapa2 mcm ni. Tp akal waras saya menghalang dari berbuat demikian.

kak Erna berkata...

SR..masa merotan mak budak tu ada lagi tak..
camana ye ..senang aje dia menyampuk kata anak orang kurang ajar..
kalau mak budak tu dengar..mau mak dengan mak pulak bertumbuk tu..

beautiful_rose berkata...

budak2 sekolah memang memeningkan kepala.sebab itu sy tak sanggup nak jadi seorg guru.

sedangkan menguruskan kumpulan kecil budak sekolah darjah 2 pun dah buat sy cepat panas hati...

abu muaz berkata...

sangat sukar jadi guru zaman sekarang.

nahmy berkata...

betapa 'mencabarnya' kerjaya seorng guru. terutama zaman sekarang...yg anak-anak dan semakin kuat 'mencabar'

kakchik@ella berkata...

nmpk senang tp sbnrnya tdk, kan. 40 kepala 1 kelas nk kena handle. blm kelas2 lain lagi, aktiviti sklh lgi.

Eh .. ckp byk pulak. mcm la saya cikgu. Sori .. Hehe ..

kakyon@kakrose berkata...

kalau nakal, rotan aje cikgu.ikut style dulu2..
Teringat sekolah dulu2..kayu pembaris besar gedabak sentiasa ada kat atas meja cikgu..kalau murid bising..sekali cikgu hentak..murid dah takut.Kalau nakal,cikgu belasah dgn pembaris tu..belasah acah2 aje tak sakit pon.tapi lepas tu malulah..tak nak buat salah lagi...

syira qahira berkata...

salam cekgu..

amat takut nak jadi pendidik..

Adlina Husaini berkata...

biasalah tu cikgu..budak2..tapi tak patut la parents tu mai marah2..bincang le elok2 apadaaa

ainnoraini berkata...

salam...
selalu pesan kat cikgu sekolah anak2...kalau dia nakal sgt cikgu rotan jer...janji tak patah sudah..

kadang2 kat rmh anak2 ni lain,tunjuk baik jer....bile kat sekolah lain pulak jadinye...

kelisa_samudera berkata...

mak bapak sekarang benda2 macam ni pun dtg sekolah. kita dulu kalo mengadu bergaduh kat sekolah, konpom kena tubi ngan mak bapak.

sayang anak tak kena tempat. bodoh betul.

sekamar rindu berkata...

salam.. kelisa_samudera,


itulah realiti yang berlaku pada masyarakat kita hari ini..sayangkan anak terlampau2 berlebihan.

sekamar rindu berkata...

salam.. ainnoraini,

tak semua yg nak anak mereka dirotan...malah kalau cikgu cubit sikit pun balik ngadu kat mak bapak...

sekamar rindu berkata...

salam....Adlina Husaini,


datang dalam suasana yg mencungap2 lagi tu...tapi saya dah biasa hadapi penjaga2 jenis mcm ni..

sekamar rindu berkata...

salam.... syira qahira,

jangan takut...hehe..

sekamar rindu berkata...

salam.. kakyon@kakrose,

dulu lain..sekarang lain..skrg ni silap sikit...surat saman sampai..:)

sekamar rindu berkata...

salam... kakchik@ella,

betul..orang tengok namapk mcm senang tapi bila dah ada di dalam dunia pendidikan ni, cabaranya sangat besar..

sekamar rindu berkata...

salam... kakchik@ella,

betul..orang tengok namapk mcm senang tapi bila dah ada di dalam dunia pendidikan ni, cabaranya sangat besar..

sekamar rindu berkata...

salam.. nahmy,

sangat mencabar....dan perlu banyak kesabaran dalam mengharungi semua ni..

sekamar rindu berkata...

salam tuan abu muaz,

sangat sukar...membentuk modal insan memang sukar,.,

sekamar rindu berkata...

salam..beautiful_rose,

perlu kemahiran tertentu untuk menguruskan budak2 ni..

sekamar rindu berkata...

salam.... kak Erna,


ada....tu laa tu..tapi bila dah kena rotan tu..di pihak sekolah dah kira selesai laa..

sekamar rindu berkata...

salam...shameel Iskandar,

sekolah menengah, cabarannya lagi besar dan mencabar..malah ada cikgu yg kena tumbuk dek pelajar pun ada..

sekamar rindu berkata...

terima kasih atas ulasan semua rakan2...semua ulasan sangat dihargai..

Tanpa Nama berkata...

entry yang menarik ni...banyak sambutan hangat..hehe

sekamar rindu berkata...

salam..tanpa nama..

heheheh

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy