Isnin, 15 November 2010

gadis buta kumpul duit beli kuda petunjuk jalan



Mona Ramouni, 28, ialah pelajar jurusan Psikologi di Michigan State University. Dia mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan. Kecacatan yang dialami Mona sedikit banyak menyukarkannya melakukan aktiviti harian, terutamanya untuk bergerak ke tempat kerja mahupun menghadiri kuliah. Mona keberatan menggunakan khidmat anjing penunjuk jalan kerana faktor agama dan kebersihan.

Walau bagaimanapun, Mona perlu mencari alternatif untuk memastikan dia dapat melakukan tugas harian dengan lancar. Pada April 2008, Mona menggelintar internet untuk mencari kuda kerdil untuk membantunya bergerak. Selepas puas mencari, Mona membuat keputusan untuk menggunakan duit simpanannya selama bekerja di sebuah syarikat bacaan pruf Braille untuk membeli dan melatih seekor kuda kerdil untuk membantu urusan hariannya.

Kuda kerdil berusia tiga tahun itu digelar Cali dan tingginya hanya kira-kira 2 kaki 6 inci. Kuda yang telah dilatih ini membantu Mona menaiki kenderaan, bergerak dalam kalangan orang ramai, dan sebagainya. Jangan terperanjat kuda ini juga dibenarkan oleh pihak pengurusan universiti untuk berada di sisi Mona ketika tuannya itu mengikuti kuliah.

Biarpun idea Mona untuk membeli dan melatih kuda kerdil ini mendapat kritikan dan bantahan rakan-rakan, namun akhirnya kritikan dan bantahan itu telah berjaya ditepis oleh Mona dengan kejayaan Cali membantu urusan harian Mona. Menurut Mona, sebelum membeli Cali, dia pernah berputus asa dan menganggap hidupnya sudah tidak bermakna. Kehadiran Cali telah merubah segala-galanya.

Ketabahan dan keazamannya mengagumkan saya! Kesungguhannya mematuhi larangan dan ajaran agama wajar kita contohi!



20 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

itu usaha orang yg ada kekurangan pancaindera

tapi kita yang sempurna pancaindera ni macam mana plak?

tepuk dada tanya hati

♥ p a A n i ♥ berkata...

bagus laa dia.. walaupun buta tetap nak patuh larangan agama.. orang2 yg celik ni patut contohi la dia..

abu muaz berkata...

t.kasih tuan info menarik ini... saya nak guna info ni... dibolehkan ya.

wida berkata...

bagusnya..pndai berdikari

kelisa_samudera berkata...

terfikir2 pulak macammana dia bukak internet untuk cari kuda ni padahal dia buta. hmmm... ada org lain tlg bukak internet utk dia kut.

.sweet-ants. berkata...

mmg cekal dia ni. dia tunggang x kuda tu?

akrimi berkata...

i'm sharing your entry...
http://kimi-mind.blogspot.com/2010/11/copy-and-share-httpsekamarrindu2009blog.html

aliesha kirana berkata...

terharu2...alhamdulillah ade alternatif utk bantu die selain dr gunakan anjing..

ainnoraini berkata...

tak terfikir la pulak ade kuda mcm ni...
ape2 pun dia mmg seorg wanita yg kuat semangat walau pun ade kekurangan pd dirinye tu..

sekamar rindu berkata...

salam..pn. ainnoraini,

kecekalan dan ketabahan tu sangat dibanggakan...dia tak menyusahkan orang lain..dan mampu berdikari.

sekamar rindu berkata...

salam.. aliesha kirana,

sangat terharu..

sekamar rindu berkata...

salam....akrimi,

terima kasih....:)

sekamar rindu berkata...

.sweet-ants.

memang dia cekal..dia x tunggang kuda..kuda hanya petunjuk jalan saja...

sekamar rindu berkata...

kelisa_samudera,

mesti ada org lain yg tolong carikan...

sekamar rindu berkata...

wida,

dia tak menyusahkan orang lain..sangat cekal orangnya

sekamar rindu berkata...

salam...tuan abu muaz,

dialu-alukan....terima kasih tuan..

sekamar rindu berkata...

♥ p a A n i ♥,

kagum dengan dia...

sekamar rindu berkata...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr,

perlu menjadi contoh kepada kita semua...

Dinas Aldi berkata...

tabah sungguh wanita itu menghadapi cabaran hidupnya.

sekamar rindu berkata...

Dinas Aldi,

sangat tabah....

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy