Jumaat, 26 November 2010

ishhhh...apa yang berlaku ini.....

kucing sedang termenung memikirkan masalah apa agaknya...


Apa saja yang kita buat memberi gambaran apa saja. kalau kita lihat kawan kita yang selalunya periang tiba-tiba dia diam saja, bila jumpa kita, mungkin ada yang tak kena..mungkin kita ada buat salah ke, mungkin dia tersinggung dengan kita..siapa tahu?

sewaktu melawat kawan saya yang masuk wad ari tu, terpandang saya pada seorang pakcik ini, yang kelihatan resah dan mundar-mandir, tak sabar nak masuk wad untuk berjumpa isterinya ( tunggu waktu melawat)

begitu juga kalau kita melihat kawan kita yang meletakkan tangan di atas kepala, sambil termenung sambil-sambil baring, pada yang lelaki tu mungkin masalah dengan teman wanita..bergaduh ke, bertengkar ke, mana tahu kan? atau mungkin pasal pasukan hoki Malaysia kalah dengan Pakisatan petang semalam, mana tahu kan? orang-orang yang fanatik dengan hoki mesti kecewa Malaysia kalah 2-0 semalam.

kadang-kadang tu, kita pernah lihat sesorang itu berdiri, sambil mata memandang-mandang kat luar rumah..mungkin seseorang tu sedang tinjau2 kot-kot orang tarik kereta sampai depan rumah, kerana kereta dah 7 bulan tak bayar...dan lagi kalau yang gemar park kete sesuka hati pula, mungkin mata meliau-lilau kot-kot ada polis ke penguatkuasa yang datang nak saman.. hehehe

kalau time mesyuarat pula kan, kita mesti pernah lihat seseorang tu sambil pen ketuk-ketuk meja, atau pun ketuk2 kepala.. orang yang macm ni selalunya risau apakah yang nak dijawab nanti apabila bos atau majikan tanya pasal prestasi kerja yang merudum, atau kalau suami yang miang tu, masa nilah sedang dok cari-cari alasan, macam mana nak bagi alasan kat isteri untuk keluar date dengan makwe malam nanti..( mungkin lelaki jarang buat mcm ni..kalau ada pun segelintir saja kot..wahhhh,bela kaum sendiri nampak..hehe

Kita juga pernah lihat seseorang yang duduk sambil tangan letak bawah dagu...ini mungkin masalah berat ni...! bagi yang perempuan kalau buat begini, mungkin dalam fikirannya sedang dok fikir, yang mana baik pakwe pilihan sendiri ataupun yang dipilih oleh family, atau mungkin masalah lain yang kita tak tahu....

Itulah pelbagai ragam yang kita boleh lihat, dan tafsirkan sendiri. dan kita hanya mampu memandang saja, mungkin boleh kita bantu setakat yang kita mampu...


- termenung memikirkan nasib diri

14 ulasan:

misSbLurRy berkata...

suka tgk ragam org....
ada mata pandang
ada telinga dengar
ada mulut diam

biar hati yang berbicara
biar otak yang menentukannya
dan biar segala gerak geri mainkan peranan lakonan hidupan ini

sarah-najwan berkata...

betul tu..setiap daripada kita
ada masalh sendiri
berat atau tidak shj masalah itu

apa2..tenang dan lapangkan minda
boleh mneyelesaikannya
paling baik juga
berkongsi masalah dgn org yg kita percayai..

hepi2 blogging deh..

sekamar rindu berkata...

salam.. sarah-najwan,

setuju dengan kata-kata puan..

sekamar rindu berkata...

salam..misSbLurRy,

biar hati berbicara...:)

Citarasa Rinduan berkata...

SR


gelagat pelanggan citarasa lagi syok tau..hehheheh


PS: suka dengan blog kamu..penuh ilmiah dan pandangan ttg hal pesekitaran...blog kamu penuh dgn mesej yang jelas,,, i like

Azzubair Ab Aziz berkata...

jadi saudara SR,

ape yang berlaku pada anda sekarang?

Frodo Baggins berkata...

>>____<<


ltk tangan kat dahi
slunya maksalah nak kawen
ehkekekkee

nunama berkata...

quote for today:
"Don't judge the book by it's cover"

Eceh! haha. sy suke pusing2 kan pen utk berfikir. lagi2 dlm exam dan semasa mengulangkaji pelajaran. obvious. :)

sekamar rindu berkata...

salam... nunama,


kan saya kat bukan semua kan..hehe..
apapun tq komen kat sini..

sekamar rindu berkata...

salam... Frodo Baggins,


aaah...ada juga tu....mungkin juga..

sekamar rindu berkata...

salam...Citarasa Rinduan,

terima kasih suka blog saya.....:)

sekamar rindu berkata...

salam.. Azzubair Ab Aziz,

tak ada apa2 yang berlaku..:)

nunama berkata...

Cikgu Sekamar Rindu:
hehe ye. saya tahu.
alaa jgn salah fhm pula ye. hehe.
saya selalu baca entry orang dan relatekan dgn diri.
bila komen tu, mcm lebih komen pd diri sendiri. :)

sekamar rindu berkata...

salam... nunama,

hehehe..saya tau...:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy