Sabtu, 6 November 2010

ke Batu Pahat Kenduri Kahwin...........

Selamat Pengantin Baru Dr dan isteri


pengantin lelaki diarak masuk ke rumah pengantin perempuan

dalam perjalanan ke rumah pengantin

perjalanan di highway utara-selatan menuju Plaza Tol Air Hitam

Hari ni tepat jam 10.00 pagi tadi saya bertolak ke Batu Pahat Johor, perjalanan yang lancar dan mengasyikkan juga dapat dilihat.. panoramanya di sepanjang lebuh raya sungguh cantik..( cantik ke?..hehe..pada saya berdekatan Pagoh suasana hutan kehijuan sangat indah...dah lama rupanya saya tidak menjejakkan kaki ke bumi Darul Takzim ini., rasanya sudah setahun lebih. dulu ada banyak kali turun ke bandar raya Johor Bharu atas urusan rasmi ( kursus).

hari ini saya bersama abang hadir ke Batu Pahat untuk sama-sama memeriahkan perkahwinan kawan abang saya..saya tak kenal pengantin ni..tapi sekadar temankan dia saja..

memandangkan peta lokasi rumah pengantin ni ada sedikit kekeliruan, maka saya pun tersesat lah...adatlah kan. sesuai dengan pepatah, "malu bertanya sesat jalan...nak tunjuk pandai.." mahu tidak mahu terpaksa lah tanya orang, tempat yang dituju ialah stesyen Petronas Parit Raja,

" encik...lokasi rumah pengatin ni dah terlepas dah..encik kena pusing balik dan jumpa traffic lighat yang ke tiga tu..belok kanan.." ujur pemuda yang bertugas di stesyen minyak tu..

" ya..?? terima kasih banyak...."

" abang..., tengoklah kad kwin tu elok2...ishh...jangan sesat lagi.." ujur aku yang memadu kereta sambil mata meliau memandang sign board di tepi jalan..

lepas memasuki traffic light yang ke tiga ( spt yg ditujukkan oleh pemuda tadi), masuk la ikut jalan tu.. tetapi rasa tak sedap hati mcm bukan je ni..

sekali lagi berhenti kereta di tepi jalan..lalu aku pergi menanyakan pakcik yang jual air kelapa tu..saya tunjukkan kad kwin tu...selepas melihat2 lihat kad tu beberapa minit, dia memaklumkan di sini bukan lokasinya..kena berpatah balik..

" adui....!!!..tak jumpa lagi laaaa...

lebih kurang satu jam, dok cari, tanya orang..akhirnya jumpa lah tempat yang dituju.. namun saya dan abag masih belum boleh pergi lagi...kena tunggu pengantin lelaki sampai dulu.. saya dan abang ni kira termasuk dalam rombongan pengantin lelaki juga lah....tunggu lagi...satu jam..

Selepas pengantin sampai, suasana nya cukup meriah sekali saya lihat...alhamdulillah!..Selamat Pengantin Baru buat Dr.Jo dan isterinya..moga berbahagia hingga ke akhir hayat..

jam 6.20 baru sampai dumah....

- busy hari ni.....

8 ulasan:

imanshah berkata...

wah background music sungguih membangkitkan zaman retro

sekamar rindu berkata...

salam.....imanshah,

hehe...ya teringat la zman retro.:))
tq singgah sini..

syira qahira berkata...

salam...

lagu dah retro..
cikgu bila lagi??

cikgu isza berkata...

rasa nak bersanding lagi sekali lah pula.. :)

saya selalu bising kkat suami.. rajin2lah bertanya kalau tak jumpa destinasi yang di cari..

abu muaz berkata...

soalan saya sama dengan syira qahira

sekamar rindu berkata...

syira qahira,


insyaAllah.....ada jodoh insyAllah..::)

sekamar rindu berkata...

cikgu isza,


cadangan yg baik..bersanding lagi sekli tu..panggil rakan2 dtg makan nasi minyak lagi sekali pun boleh..:)

sekamar rindu berkata...

abu muaz,


hehe..:) tq tuan..:))

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy