Khamis, 25 November 2010

mari belajar Peribahasa Moden Dengan Saya....

( apakah peribahasa moden yang sesuai dengan yang ni..?)



Kadang-kadang terpikir..orang dulu-dulu memang pandai mencipta peribahasa2 yang bagus dan sehingga kini masih digunakan.. contoh: "hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah" peribahasa ini bukanlah kerana orang Melayu suka makan hati gajah...lagilah dengan hati kuman tukan..cuma untuk menjelaskan sifat gotong-royang tu sangat perlu dalam kehidupan.. begitu juga dengan lain-lain peribahasa yang beratus-ratus tu..

Tu peribahasa yang lama...tak ada ke peribahasa yang terbaru dicipta? setakat ini masih belum ada lagi..so untuk mengorak langkah bagi memperkayakan peribahasa ini, maka Sekamar Rindu cubalah buat-buat Peribahasa..kot-kot boleh guna sesuai dengan masa sekarang ini...peribahasa moden la lebih kurang....hehe


Bagai Aur Dengan Tebing tukar kepada (Bagai Handphone dengan Topup)

Bermaksud sama juga dengan Bagai aur dengan tebing tu..cuma tukar Handpone dengan Topup saja.. ini menggambarkan kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain...


Tiada Tali Akar Pun Boleh Guna tukar kepada ( Tiada nasi ..Mee Segera Pun boleh Tibai..)

Membawa maksud bila tidak ada sesuatu yang penting tu, barang-barang yang kurang penting tu pun boleh lah guna...daripada takde langsung kan.....

Ibarat Mencurah Air Di Daun Keladi tukar kepada ( Ibarat Menjadi Jaga Di Balai Polis)

Peribahasa ini memberi gambaran, seseorang yang buat keje yang sia-sia la kan...takkan nak jadi jaga di Balai Polis pulak..kan dah ada ramai polis2 tu.,,.keje yang sia-sia la tu....jangan dibuat tau..!

Marahkan Nyamuk Kelambu DiBakar tukar kepada ( Marahkan Bini Biokot Makan Nasi )

Peribahasa ini pun mengambarkan sesorang buat sesuatu keje yang tak kena tempat.. nak marah kan bini, marahllah..tapi tang makan nasi tu..kena laa makan..kesian kat dia yang penat-penat masak..

Baik Pijak Semut Pun Tak Mati ditukar kepada ( Baik Seperti Mat Rempit Di Balai Polis)

Membawa maksud orang yang suka berbuat baik di depan orang saja..di belakang ..fuhhh...dialah raja terutama di jalan raya....

Tak Pandai Menari Lantai Pulak Disalahkan tukar kepada (Tak Dapat Bayar Hutang Bank..Ah Long yang disalahkan..)

Bermaksud orang yang suka menyalahkan orang lain...pada hal diri sendiri yang salah..yang kau tak bayar hutang bank tu apa pasal..?

Seperti Kacang Lupakan Kulit tukar kepada ( Dapat bini baru..bini tua dilupakan....)

Peribahasa ini memberi maksud orang yang tak mengenang budi..dulu masa mula kwin, isteri tulah dok tanggung suami yang ..banyak duit, kereta ditanggung oleh bini...alih-alih bila suami dapat naik pangkat...lupa bini yang banyak berkorban untuk dia..




- apa khabar..?

10 ulasan:

wANieYZ berkata...

huhuhu..ok gak peribahasa moden ni..hahahaha

wida berkata...

hehe..macam2

sarah-najwan berkata...

kreatif jugak peribahasa yg baru tu..

jgn disalah guna masa dlm karangan sudahlah..hehe

abu muaz berkata...

kalah karam singh walia

nunama berkata...

hehe memang iye.
orang dulu2 memang hebat. :)
Cikgu boleh polish lagi bakat.
haaa hampir nak keluar tu bakat terpendam. :)

sekamar rindu berkata...

salam.. nunama,

peribahasa dulu2 lagi canggih..rasa dah tak leh nak ubah lagi dah..tu hehehe..

sekamar rindu berkata...

salam....tuan,abu muaz,

heheh..mana ada...biasa2 saja tu tuan...

sekamar rindu berkata...

sarah-najwan,

hanya di blog je..hehe.buat dalam karangan..jwb nya akan disekeh oleh cikgu BM laa...

sekamar rindu berkata...

wida,

hehehe..biasa2 je tu puan....sekadar nak update entri..:)

sekamar rindu berkata...

wANieYZ,


hehehe..moden sikit je..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy