Rabu, 10 November 2010

Phd Fazley Adalah Palsu..?..ishh..biar betul..


Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom. “Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu. University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. -mstar





16 ulasan:

Aqilah Nur berkata...

plak dah.. haih fazleyy

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

em..bukan salah beliau..

sah salah pihak u....
tak apa. boleh ambil phd lagi..

Wanita Mutalib berkata...

sekurang-kurangnya dia berterus terangkan :)

En iLham berkata...

huhu
boleh plak mcam tu yer
mcm2 lah zaman sekarang ni
takpe kat Malaysia pun boleh amek PHD

ainnoraini berkata...

laa iye ke...kesihan la pulak...
tapi bukan salah diakan...

Ad Rifza berkata...

Lorr yeke..hmmm...kena tgok gak u mana yg diiktirafkan kalo nak sambung blaja..

Adlina Husaini berkata...

sgt profesional dalam menangani masalah..jurulatih bola patut mencontohi beliau hihi ^_^

aliesha kirana berkata...

kesian die..huhuhuhuh

sekamar rindu berkata...

salam.. aliesha kirana,

ya.sangat kesian...bukan salah dia..tapi dia jadi mangsa keadaan.

sekamar rindu berkata...

salam.. Adlina Husaini,


moga dia sabar dan tabah atas ujian ini

sekamar rindu berkata...

salam.. Ad Rifza,

betul..:)

sekamar rindu berkata...

salam.. ainnoraini,


ya..tumpang simpati atas apa yg berlaku..

sekamar rindu berkata...

salam...En iLham,


berhati2 untuk siapa2 yg nak sambung Phd..

sekamar rindu berkata...

salam..Wanita Mutalib,

betul..berani berterus terang sikap yg terpuji

sekamar rindu berkata...

salam.. Siti Ruhayu Ab Rahman,


betul..bukn salah dia...tapi cuma salah dia sebb dia tak selidlik betul2 dulu status pengiktirafaan tu

sekamar rindu berkata...

salam..Aqilah Nur,


itulah yg berlaku..apapun moga dia sabar..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy