Jumaat, 26 November 2010

Resipi-Resipi Buat Isteri Bahagia Dan Hati Berbunga-Bunga.....






Bahagia juga mempunyai resipinya.. Ia bukan sekadar impian, bagi memperolehi rahmat Allah swt, jika diamalkan resipi2 ini..InsyaAllah..akan beroleh kebahagiaan..iaitu bahagia di dunia dan di akhirat....

Resipi Pertama: Selalu Dampingi Isteri Bagi Mencapai Kejayaaan Dalam Hidupnya..

Jadilah suami yang gentlemen, sentiasa ada di sisinya di saat dia memerlukan. Kelemahan isteri adalah bukti kelemahan suami juga. Tugas suami ialah menuntun dan mengganding tangannya agar dapat melalui jalan yang susah dan bahaya dengan selamat.

Resipi Kedua: Buktikan Suami Bertanggungjawab

Berikan hak isteri dan anak-anak nafkah yang cukup, tidak lebih dan tidak terkurang. Sesungguhnya pahala yang besar akan diberikan kepada suami yang ikhlas memberi nafkah kepada keluarganya.

Resipi Ketiga : Suami Perlulah Bersikap Romantik.

Romantik di sini adalah kelembutan, kasih sayang, rindu, hormat, menghargai, memaafkan, memberi peluang, ikhlas memberi bersedih ketika isteri bersedih, dan gembira ketika isteri gembira. Jangan terbalik pulak..time isteri tengah bersedih..suami pulak yang gembira, menolong, menasihati dan bersungguh-sungguh menghidupkan suasana percintaan yang dia mahukan...Jangan diremehkan hubungan intim yang suami isteri lakukan. Suami perlu sedar hubungan intim yang berkualiti boleh megubati tekanan isteri..

Resipi Keempat : Hormati keluarga Isteri

Yang paling berharga di dalam hidup seorang isteri sebelum hadirnya seorang suami adalah ibu bapanya. Jangan pisahkan kasih sayang mereka disebabkan anda adalah suami. Penghormatan yang paling tinggi nilainya bukan semata-mata dengan wang ringgit atau hadiah mahal ( walaupun tak dinafikan kedua2nya penting) tapi elok juga dihiasai peribadi suami dengan budi bahasa serta adab sopan..bila berhadapan dengan keluarga isteri...( sekali sekala bagi hadiah kat ayah dan ibu mertua pun sangat digalakkan,...)

Resipi Ke Lima : Merancang Masa Depan Bersama, Sehidup Semati

Jangan cepat terpedaya dengan pujukan nafsu yang akan merosakkan kebahagiaan anda, suami isteri. Lelaki boleh dikalahkan oleh 3 racun iaitu, harta, takhta, dan wanita. Tetapi jika iman sentiasa kuat di hati anda, Allah akan pasti menolong anda. Rancang masa depan dengan teliti. Banyak agenda yang harus dikejar, dunia dan akhirat sama-sama diseimbangkan. InsyaAllah..pasti isteri anda akan rasa bahagia....


12 ulasan:

Ati Masrif berkata...

salam cikgu.

betul sangat apa yg di catatkan tu.
alangkah bahagianya semua isteri2 jikalau semua suami begitu

jangan lupa dah kahwin nanti ..amalkan apa di atas tu

hubby kak ati tak romantik tapi sgt bertanggung jawab dan sayangkan our family tu dah cukup ^_^

nora berkata...

Nak tanya RESEPI u ni sesuai utk b'fast ke lunch ke or dinner ke, (huhuhuhu jgn marah haaa nanti kena jual =p)

Citarasa Rinduan berkata...

SR

good info...terasa bahagia jer bila suami seperti itu..

apa y penting, bila bersama2 kedua2 org tua dihormati...hati pun gembira...bukan ada bunga jer, taman pun ada....hehehe

aima in luv berkata...

bahagianya rasa lps baca.... hehe
kalau kawen nnt sy nak suamia mcm nie la... ngeee

Syira C Gadis KidaL berkata...

salam...

nampaknya saya yang kena jadi macam tu dulu, baru saya akan dapat suami yang macam tue :)

Azzubair Ab Aziz berkata...

salam ziarah.

seronoknya jika mendapat bakal suami begini.doa2 kan kiita mendapat pasangan yang baik.

by the way, lagu blog ni tajuk ape?

Syira C Gadis KidaL berkata...

salam encik sekamar rindu [hihihi]

" SAYA SUKA BLOG AWAK LA ..

jom baca sini :

http://sinarpelangipagi.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

sekamar rindu berkata...

salam...Syira C Gadis KidaL,


wah masuk contest abg ben tu...moga memang laa..

terima kasih kerana suka blog saya..

sekamar rindu berkata...

salam...aima in luv,

banyakkan doa..moga2 mendapat suami yg baik..

sekamar rindu berkata...

salam.. Citarasa Rinduan,


siapa tak nak suami yg baik kan..menjadi idaman mana wanita...

sekamar rindu berkata...

salam. nora,

sesuai setiap masa...hehe

sekamar rindu berkata...

salam.. Ati Masrif,


terima kasih singgah komen di sini..
dah bertanggunhjawb tu masuk dlm skop romatik juga tu..:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy