Ahad, 21 November 2010

robot bantal cinta..tergugatkan peranan lelaki atau wanita..??


BERLIN - Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.

Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.

"Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.

"Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya. - Agensi


sumber: kosmo

4 ulasan:

ika~~ berkata...

eh mcm tu pun ade..
makin lma mkin peliklah dgn teknologi skrg ni..
haish!

Sachi Asukai berkata...

macam ade dalam cerita korea nih.last2 robot 2 dah kehabisan hayat,,and at last,,that woman marry another man *human being*lah:) eventhough that women mmg fall in love with ape yang robot 2 buat..cerita kan..addcit dengan korea:P

syira qahira berkata...

salam cikgu..

teknologi dan harta benda tak dapat mengantikan cinta yang lahir dari hati :(

nunama berkata...

aeh menakutkan.
hoho.
manusia, memrlukan manusia.
Itu yang sudah ditetapkan oleh Dia.
Dah macam bukan fitrah pula a/bila manusia dgn robot. haha.
p/s: pendapat je. kalau salah maaf ye. :)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy