Sabtu, 6 November 2010

Tazkirah Pagi: Perhubungan Suami Isteri lebih Erat Bila Ada Anak.....



Assalamualaikum wbt....


Pasangan suami isteri yang moden akan berfikir banyak kali untuk memiliki anak. Mereka belum bersedia memikul komitmen berat menjaga dan mendidik anak. Jika kedua-duanya sibuk dengan kerjaya atau mungkin masih menyambung pengajian, agaknya mereka perlu merancang dengan teliti bilakah masanya mereka bersedia untuk memiliki anak.? Hal ini kita sering mendengar di kalangan artis atau wanita karier yang terlampau sibuk masih menangguhkan tugas memikul yang berat ini. Setiap orang pasti ada perancangannya masing-masing. Lain lah halnya dengan suami isteri yang langsung tidak merancang, sehingga setiap tahun berderet-derat anak baru dilahirkan. Alhamdulillah, semoga mereka diberi kecekalan daripada Allah swt untuk membina insan yang cemerlang dengan penuh ketabahan.

Jika anda ditanya apakah harta yang paling berharga bagi suami dan isteri? Tentu jawapannya adalah anak. Mungkin yang ramai anak kurang merasa nikmat dengan kebisingan yang sehari-hari didengar, pergaduhan dan kenakalan mereka membuat mereka stress. Tetapi hati kita mudah tersentuh jika berjauhan selama beberapa hari dengan mereka. Stress pasti akan lenyap dengan serta merta, apabila si ayah atau si ibu melihat senyuman manis anak-anak, itulah nikmatnya kepada suami isteri yang mempunyai anak.

Adakah anak itu punca masalah yang orang tua selalu hadapi? Pernahkah ada dalam hati kita rasa "benci" dengan kehadiran mereka kerana membawa kepada kesusahan? atau selalu tertekan kerana tidak dapat selalu bermesra dengan suami? Begitulah luahan rasa kekecewaan wanita yang mempunyai ramai anak. Tetapi cubalah kita fikir positif dan bertafakur, mengapa Allah SWT memberi beban yang begitu berat untuk kita memikulkannya? Jika anda ada rasa kesal dengan kerenah anak-anak cubalah INGAT PETUA-PETUA YANG PENTING DALAM MENJAGA ANAK INI.

  • ANAK MENDINDING IBU BAPA DARI API NERAKA: Saidatina Aisyah RA menceritakan: Telah datang ke rumahku seorang perempuan miskin dan kedua anak perempuannya, tidak dapat ku berikan selain sebiji kurma, maka saya pun memberikannya, lalu dibahagikan kurma itu kepada kedua-dua anaknya dan dia sendiri tiada makan apa-apa, kemudian mereka pergi. Rasulullah SAW datang, aku menceritakan tentang hal itu maka Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan lalu, mengasuh dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya maka ia akan menjadi pendinding baginya dari api neraka. ( Hadis riwayat al- Bukhari Muslim)
  • ANAK MENJADI SUMBER PAHALA YANG BESAR: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "sesungguhnya besar pahala itu bergantung kepada besarnya ujian. Sesungguhnya jika Allah SWT mencintai suatu kaum maka Allah SWT akan menguji mereka. Barang siapa yang redha dengan maka Allah redha dan barang siapa yang marah, maka Allah juga akan murka kepadanya: ( Hadis riwayat al- Tirmizi)
  • DOSA DIHAPUSKAN KERANA SABAR MENERIMA SEBARANG UJIAN: Katakan pada diri : " Betapa banyaknya dosa aku yang dihapuskan kerana merawat mereka." Suatu hari Puan Aini mengeluh kerana tak dapat tidur malam kerana menjaga anaknya yang demam. Suaminya memujuk : " Begitulah cara Allah SWT nak menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Seseorang muslim yang ditimpa kecelakaan. kemiskinan, kegundahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta tertusuk duri sekalipun nescaya Allah akan menebus dosanya dengan cara apa yang menimpanya itu. ( Hadis Muttafaqun Alaih)

Anak juga boleh berfungsi sebagai pengikat kasih sayang suami dan isteri. Nak suami bertambah sayang? Buktikan padanya yang si isteri boleh melahirkan permata-permata yang soleh. Kadang-kadang kala anak juga boleh dijadikan umpan untuk menarik simpati suami kepada si isteri. Contohnya apabila suami "out station" atau berkursus beberapa hari, si isteri akan mengadu anak-anak rindu, padahal si emaknya yang terlebih rindu. Begitulah nikmatnya memiliki permata hati. Bersyukurlah atas segala kurnia yang kita miliki, sabar menjaga mereka sambil menikmati kasih sayang antara suami dan isteri.

Kepada isteri yang sedang menunggu detik-detik kelahiran, sesungguhnya saat itulah yang paling menyentuh emosi suami, ketika isteri keperitan dengan darah dan air mata anda seorang isteri. Kerana apa? semuanya kerana isteri begitu berharga bagi suami dan anak-anak.


Wasalam..



- rindu

2 ulasan:

.sweet-ants. berkata...

thanks for the info.
anak mmg bukti pengikat kasih syg.bila ada ank, hdup lbh bertggungjawab

sekamar rindu berkata...

salam...sweet-ants.,

memang betul.anak akan jadi pengikat kasih sayang..namun ada jua kes2 pengabaian terhadap anak, apabila suami berkwin lagi satu, anak terbiar..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy