Ahad, 7 November 2010

Terkesan Melihat Drama " Sebelum Akhirat" Di TV 3 Malam Ini.....

Drama yang sarat dengan pengajaran

lakonan yang mantap oleh Fauzi Nawawi


Malam ini, entah mcm mana saya boleh terlihat cerita telefilem sempena Anugerah Skrin " Sebelum Akhirat" hasil lakonan mantap yang telah dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin, Hsiam Ahmad Tajuddin, Fadilah Mansor dan ramai lagi..


Sinopsis "Sebelum Akhirat"

Mubarak (lakonan Fauzi Nawawi) tiadak lagi mampu bergerak meskipun di dalam hatinya meronta agar kembali sihat untuk menebus kembali segala dosa-dosanya yang silam. Namun ternyata semua itu hanyalah sia-sia kerana dia kini hanya terlantar di atas tilam di sebuah rumah usang yang jauh dari segala kemewahan yang beliau kecepai sebelum ini.

Mubarak menjalankan perniagaan haram, seperti menjadi tauke ceti haram atau along dan mengenakan bunga yang tinggi, menerima habuan apabila memberi wanita cantik kepada orang kaya dan setelah perempuan itu mengandung, Mubarak membawa perempuan2 yang mengandung itu untuk digugurkan..

Mubarak juga memberi duit kepada kedua ibu bapanya untuk menunaikan umrah, ibu bapanya tidak mahu menerima duit tersebut apabila mengetahui duit tersebut datang dari sumber yang haram. Mubarak yang rasa terhina lantas melemparkan kata-kata kesat dan meninggikan suara terhadap kedua ibu bapanya.(.di sini memang saya terpukau dengan lakonan mantap Fauzi)

Dalam masa yang sama sebelum itu, Mubarak berkenalan dengan Noridah, gadis sekampung ( lakonan Lisdawati). Hubungan mereka semakin intim namun, Mubarak tidak pun berhajat untuk mempersiterikan Noridah. Mereka ditangkap khalwat dan akhirnya terpaksa dinikahkan.

Setelah menjadi isteri Mubarak barulah Noridah mengetahui pekerjaan sebenar suaminya. Noridah dipaksa melayan pelanggan di rumah sendiri. Noridah cuba untuk melarikan diri ke rumah Mrs Wong. tetapi sekali lagi dia menjadi mangsa kerana Mrs.Wong sebenarnya ibu ayam yang giat menjalankan aktiviti pelacuran. Noridah membuat aduan polis tetapi kerana tidak cukup bukti untuk mendakwa Mrs Wong. dia terlepas.

Cerita diakhiri dengan ibu bapa Mubarak sempat mengampuni segala dosa2 anak-anaknya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak..walau anak sejahat mana sekalipun..dalam bab ini konflik jiwa si ibu Mubarak begitu menonjol..

Cerita ini penuh dengan pengajaran yang sangat berguna..terutamanyaa yang melibatkan penderhakaan terhadap orang tua, Allah swt akan membalas di dunia lagi...saya percaya telefilem ini akan memenangi beberapa kategori dalam Anugerah Skrin TV 3 tak lama lagi..


- apa khabar?

18 ulasan:

FarHa berkata...

Wahh bestnyee...
suke citer2 gini~
fauzi memang pandai berlakon..
kalo bwk watak jht benci gile kat die haha

imanshah berkata...

saya pun tengok, terksean di hati..moga drama ini menang anugerah

Aqilah Nur berkata...

ala alaaaa..nk tgk.. tp takde tv kat sini. :(

Aqilah Nur berkata...

ala alaaaa..nk tgk.. tp takde tv kat sini. :(

sekamar rindu berkata...

salam... Aqilah Nur,


rugi laaa..hehe

sekamar rindu berkata...

salam cikgu imanshah,

harp2 mcm tulah..

sekamar rindu berkata...

salam. FarHa,

fauzi memnag pandai menjiwai watak...terkesan betul..

Cinta Madu berkata...

whoa, mcm best je. rugi betul kat hostel ni tak ada tv. huhu

sekamar rindu berkata...

salam.. Cinta Madu,

memang best..:)

Anne berkata...

diharap menjadi pengajaran.
Ada ulangan tak? kalau ada nak tengok jugak la, semalam terlepas.

abu muaz berkata...

sepatutnya cerita pengajaran beginilah yang perlu dihasilkan ni asyik cerita tahyul dan cinta.

makdara TERdiva berkata...

salam SR, sy pun x terkecuali tgk smpai abis..

& x mustahil kalau beliau ni dpt award tuk best actor tu nnti :D

sekamar rindu berkata...

salam..Anne,


dah tak ada ulangan dah..ni pun ulangan bulan mei ari tu..

sekamar rindu berkata...

salam tuan abu muaz,

sangat setuju dengan tuan...:)

sekamar rindu berkata...

salam.. makdara TERdiva,


hehehe ya ke? best kan..cete yg penuh dengan pengajaran..

Cik Su berkata...

cerita ni memang banyak pengajaran ...memang jadi takut bila tengok cter nie.. impak dia besar...tere la dorang wat cte

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

sedih sgt lyn drama nie smlm....

Tanpa Nama berkata...

tak berkesempatan tgk cerita ni..
busy tgk cite lain..
hehe..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy