Isnin, 22 November 2010

Tersentuh Pengorbanan Mior Hashim menjaga 3 anaknya yang sakit......

Mior Hashim dan Izzaidah bergambar bersama enam daripada tujuh anak mereka


Mior Hashim

Hati tersentuh apabila menatap surat khabar Pancaindera, semalam 21hb November yang memaparkan pengorbanan seorang bapa yang juga pelakon, penyunting filem, pengarah teater, Mior Hashim Manap yang menghadapi ujian Allah SWT, apabila 3 orang daripada 7 orang anaknya menghidap penyakit Myopathy, iaitu sejenis penyakit otot yang sangat bahaya.

Mior yang berkahwin dengan Izzaidah Khairan, juga seorang pelakon tetap tabah walaupun dikurniakan anak-anak yang kurang bernasib baik, tidak seperti anak-anak orang lain.

Memetik kata-kata beliau;

" Tiada langsung sekelumit perasaan tertekan, mahupun rendah diri dan rasa tidak sempurna apabila dikurniakan anak-anak yang tidak seperti orang lain"

" Isteri saya yang banyak berkorban dalam keluarga. Syukur Alhamdulillah, saya mendapat isteri dan anak-anak yang baik dan bertaraf A. Mereka tidak meminta itu dan ini, biar kami susah sama-sama.."

Mior Hashim dan Izzaidah mendirikan rumahtangga pada 23 September 1983. Mereka dikurniakan 7 orang anak iaitu Nuraihan 19, Mior Muhammad Imran 18, Mior Muhamad Syafiq 17, Siti Nur Kamelia 15, Mior Muhammad Firdaus 14, Siti Nur Aishah 11 dan Siti Nur Aqilah 9 tahun.

Saya menyeru kepada Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais b.Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudyaan dan Warisan Malaysia, membantu apa-apa yang mampu bagi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh saudara Mior Hashim ini.

Semoga Allah swt memberi kekuatan dan kesabaran ke atas keluarga En.Mior Hashim dan Pn.Izzaidah ini..Semoga Allah swt menyembuhkanlah penyakit anak-anak beliau..Amin.


Ingin mengetahui lebih lanjut : Klik Ini

12 ulasan:

syira qahira berkata...

salam

pasti ada duka di sebalik kebahagiaan,
pasti ada kebahagiaan dipenghujung duka .
itu janji DIA :)

sarah-najwan berkata...

berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikulkan..

semoga mior dan izzaidah tabah mnghadapi rintangan ini..

semoga kita semua sihat walafiat..sihat itu nikmat..jagalah spjng hayat..

Khairy berkata...

hmm...dugaan setiap orang memang berlainan. orang bersabar je yang dijamin berjaya dunia akhirat...

Melor berkata...

salam perkenalan ya nama ku melor. hiba ku rasa dgn n3 ini

nahmy berkata...

semoga Allah permudahkan kehidupan mereka.

sekamar rindu berkata...

salam... nahmy,

amin...sama2 lah kita mendoakannya..

sekamar rindu berkata...

salam.. Melor,


terima kasih sudi singgah komen di sini..

sekamar rindu berkata...

salam.. Khairy,

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..

sekamar rindu berkata...

salam.. sarah-najwan,

sayu dan sedih mengenang nasib mereka..

sekamar rindu berkata...

syira qahira,

semoga duka beliau berakhir..

nunama berkata...

byk dugaan menjaga orang kurang upaya. itulah dinamakan ujian.
Saya kagum dengan Puan Ummi dan Incek Abah. :)

sekamar rindu berkata...

salam....nunama,


hidup ini memang banyak dugaan..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy