Isnin, 13 Disember 2010

2 award khas buat Follower Sekamar Rindu.....saya sangat berbesar hati jika sudi ambil...




Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan

Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH…

“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.”....

AMBIL LAH AWARD YANG DATANGNYA DARI HATI SAYA YANG IKHLAS.....KHAS SEMUA FOLLOWER SAYA.......


: nak disenaraikan nama..terlalu ramai....silalah ambil ya...

29 ulasan:

lynn angel berkata...

terima kasih.. btw, nice article here.. semuanya bermula daripada hubungan yang dinamakan persahabatan.. :)

Shafa berkata...

fa ambil nie... ^_^

eman berkata...

nk amek, boleh? hee~

Norhayati Rostam berkata...

Wah..best2.
mau2.

Sepatu Hijau berkata...

salam..

sy layak ke terima ;(

MAPPIAU berkata...

waaa terharunye dapat award. terima kasih cekgu !!(versi upin ipin)... :)

Ayuni berkata...

dh amik dh, may Allah bless you...

kak Erna berkata...

SR..terima kasih banyak kerana menghargai followers..
nanti..tunggu anak dulu..sendiri tak pandai sangat nak ambil2 award ni..terima kasih sekali lagi..

cemomoi berkata...

tak ble idop berseorang, kita perlukan teman berbicara, meluahkan rasa dan berkongsi cerita

Mas2ra berkata...

tUK Semua folower eh' sy terima setulusnyA..hee.thnkzz^^

MIMIE AIZA berkata...

sy ambik award satu. inyaAllah esok mungkin sy update :) thanx

nobody berkata...

sekamar rindu,

memang sahabat yang ikhlas tu anugerah terindah dalam kehidupan...

sukar nak cari, tapi kalau dapat jangan sesekali lepaskan...

Rindu,
pada seorang teman ^^

mizz_aainaa berkata...

yupp.. btul tuh..

susah sebenarnya nak mendapat seorang sahabat yang sangat memahami kita dan sanggup berada disisi kita sepanjang perjalanan hidup.. bukan sahaja ketika gembira malahan dalam keadaan sedih..

seorang sahabat yang setia sukar dicari ganti.. jadi, kena hargai sementara dia ada disisi kita..

**datang ambil award skali.. terima kasih SR

Amirah Adnan berkata...

salam..tengs sbb follow blog mira..skang mira follow balik.tup2 ade entry pasal award utk follower lak..mira pon terus amek gak la ek..hehe..syukran jazillan

bidadari berkata...

salam sekamarrindu,

cantiknye award2 tu...hiks

sekamar rindu berkata...

Amirah Adnan,

terima kasih...singgah sini follow.


jgn lupa ambik award ya..:)

sekamar rindu berkata...

mizz_aainaa,


setuju dengan mizz_aainaa...tq singgah komen kat sini..

sekamar rindu berkata...

nobody,

masuk singgah sekamar rindu..

terus merindui ek..

jangan lupa ambik award tu..

sekamar rindu berkata...

MIMIE AIZA,

terima kasih mimie aiza..:)

'CikMimiEy' berkata...

syukran SR ..
CM pun amek award penghargaan ni :)
suke ayt ni : ''Hargailah sebuah p'sahabatan krn d sebaliknya t'simpul segala2 nya .. ^_^

sekamar rindu berkata...

Mas2ra,

terima kasih..:)

MAPPIAU berkata...

salam,

Entri ni untuk sekamar rindu

http://mappiau.blogspot.com/2010/12/award-dari-sekamar-rindu.html

terima kasih yea :)

sekamar rindu berkata...

cemomoi,

terima kasih...:)
betul apa yang dikatakan oleh anda tu...

nobody berkata...

Sekamar rindu...

alamak saye dah tersilap nih...
malu pulak

maksud saya, saya merindui pada seorg teman...

huhu...

baru ja masuk blog awak, baru nak kenal...tak bley tetibe rindu pulak

hehe...anyway

thanks, sy dah amik award tu ^^

Ainismaira berkata...

terima kasih owner :)

Faarihin berkata...

bila baca rasa sedih pun ada..
betullah.. kadang2 kita terlupa yang kita ada sahabat walaupun tak nampak di mata tapi tetap ingat di hati..

thank's SR.. teringin nak ambik.. tapi macam tak layak lah.. hahaha..

AdiaLuze berkata...

Nak jugak,nak jugak...Mekasih SR..Wakakaka

abc berkata...

nak jugak bole???lame dah abc jd follower SR..hehe..ukhwah fillah..

Wyna Nubies berkata...

Terima kasih beri award ni..
:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy