Rabu, 22 Disember 2010

bila hati terluka...


sesekali ingin juga ku tulis puisi untukmu lagi
seperti dahulu ketika rasa berbunga-bunga di dada
tetapi langit begitu jauh untuk dicapai dengan kata

kita telah pernah berbagi masa
juga berbahagi tanda mata
tetapi takdir siapa mengira
selalu datang tanpa dikira begitu banyak air mata

sesekali ingin kutulis lagi puisi untukmu seperti dahulu
tentang haruman bunga dalam jambangan
tetapi kata-kata selalu sangkut di sela ganggang menjelma karang
lalu masin laut memenuhi ruang hati bertukar pahit seperti hempedu

sesekali ingin juga ku tulis lagi untukmu puisi
seperti dahulu kata-kata mengakrabkan bahu mendekatkan waktu
tetapi kita telah begitu jauh membuang muka ternampak duka
hanya air mata menjadi penanda hatiku telah terluka


3 ulasan:

Sepatu Hijau berkata...

salam

kembali kepada Dia
hati itu pasti akan sembuh :)

~Eizny Ejan~ berkata...

singgah pagy.. abg da x psg shot box ek?

MAPPIAU berkata...

salam...pandainye cekgu berpuisi :)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy