Rabu, 15 Disember 2010

Tag From: Blog Kehidupan Itu Drama: COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

dari blog kehidupan itu Drama

wanita menutup aurat wanita paling cantik di dunia

malam ini saya kena tag.....:) dari blog "Kehidupan Itu Drama" tag ini berkisar kempen menutup aurat...wah satu kempen yang patut dipuji.. terima kasih kepada Nur Intan.

bercakap pasal aurat ini sebenarnya terdapat 13 macam aurat wanita, tapi fenomena zaman moden ini tak ramai yang menutup aurat, mungkin pada dia orang menutup aurat ini tak moden, tak vouge..tak cute.. sebenarnya perempuan yang menutup aurat lah perempuan yang paling cantik sekali di dalam dunia ini.. tapi sebaliknya berlaku........terima kasih atas tag ini..

tag yang seterusnya:






1. Bulu kening

''Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

''Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan kerudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.


11. Kehormatan

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.





27 ulasan:

kay yea berkata...

like this~~ :)

-arifah- berkata...

wow..thanks for the information.. :)

AdiaLuze berkata...

Mmm..Kena belek2 balik ni apa yang tak tertutup apa yg tak dijaga...Mekasih ye dik diats info yg berharga ni ;)

::..Dia daYa..:: berkata...

Salam, bagus kempen nie :)

nur intan hazirah berkata...

trima kasih kerana sama2 berkempen....semoga kita sama2 dipermudahkan segala urusan oleh-NYA...:)

raudhah berkata...

salam SR, hehehhee...bila dah kene tag camni?

kita kena publish kat blog kita ker kempen ni?

erm...lagi 1 kan, mmg wajib letak banner kempen kat sidebar blog kita?


hehehe...ini kali pertama saya ditag, thats y i'm quite blur about this. Plz, teach me...huuhu..

yoreyore berkata...

i like..^_^..teruskn..ni dh kira dkwah ni..

geekz36 berkata...

bagus kempen ni, kempen lelaki menutup aurat pun patut diadakan. sekadar pendapat.

Jangan lupa vote No. 383 /// Pilihan 10
Undi No. 383 sekarang!!!

Sepatu Hijau berkata...

salam...

wah2 nanti syira usahakan yea :)

ANATI SOKI berkata...

anati soki like this :)

sekamar rindu berkata...

ANATI SOKI,

terima kasih..:)

sekamar rindu berkata...

Sepatu Hijau,

terima kasih...:)

sekamar rindu berkata...

geekz36,

terima kasih singgah komen..

sekamar rindu berkata...

yoreyore,

terima kasih...:)

sekamar rindu berkata...

raudhah,

terima kasih..:))

sekamar rindu berkata...

nur intan hazirah,

terima kasih bagi tag..:)

sekamar rindu berkata...

:..Dia daYa.,

sambil2 blogging apa salahnya kan..:) benda yang baik..

sekamar rindu berkata...

AdiaLuze,

sama2..:)

sekamar rindu berkata...

-arifah-,

terima kasih komen..:)

sekamar rindu berkata...

kay yea,

terima kasih..:)

mia.lia's profile berkata...

suka entri nih <333
rmi yg nk cntek smpi lupe bnda2 nih

Nurul Suraya berkata...

^_^ trima ksih...skrg bnyak kempen mnutup aurat....smoga Allah memberi hidayah kpd kita semua...

raudhah berkata...

sekamar rindu..hehehe, saya dah publish kempen tu kat blog saya.

Betul ke camtu? kalu ade salah silap kat mana2, tegur taw.

Ini kali pertama saya ditag dan mentag...ngeeee=)

terima kasih kerana sudi tag saya. Terharu...

sekamar rindu berkata...

mia.lia's profile,

suka komen awak..

tq singgah komen kat sini..

sekamar rindu berkata...

raudhah,

terima kasih..suka membaca entri awak..:)

sekamar rindu berkata...

Nurul Suraya,

terima kasih...:)

raudhah berkata...

salam..sama2...

terima kasih juga buat SR, kalu tak sampai bila tak taw nak wat camner.

Anyway, it so easy but take time to search about aurat and to tag people. (baru skng taw ape itu tag dan ditag)... hehehe..ngee=)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy