Sabtu, 25 Disember 2010

Dua beradik peluk kekasih


KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.


Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.


Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.


sumber: harian metro

.......ngeri membaca ini...

36 ulasan:

Aku Ibu Muda berkata...

Ya Allah..dalam rumah sendiri pon berani, apatah lagi di luar :(

forever love berkata...

nauzubillah...apa lah nak jadi dengan manusia skrg nie..dah xtahu malu sangat

Nina Juliana berkata...

nauzubillah..

Nina Juliana berkata...

nauzubillah..

aida4eva berkata...

nauzubillah. selamba badak plak adik bradik tu. ade mak ayh plak tu~ duniadunia~

kay yea berkata...

astaga..cian mak bapak budak2 neh..em

adan berkata...

berani sunggeh budak2 zaman sekarang... sedih baca kes ni..

mi.yu berkata...

apa nak jadi budak budak sekarang. dalam rumah dengan ada mak ayah pun boleh buat macam tuh. tergamak sungguh. tak cium bau syurga lah jawabnya. hummm.

Miss SurferParadise berkata...

nauzubillahi minan zalik!!

diana berkata...

sape nak di salahkan kalau dah jadi gitu..
mak pak kurang mengajar atau anak yang semakin kurang jar??

sicomot-comel berkata...

astaghfirullah..
berani btul ek dorg tuh..
itu naseb baaek hdup lg..
law mati jugak time peluk2 tu...???

IMANSHAH berkata...

kemusnahan moral anak2 zaman sekarang

FaraCuna berkata...

adeh..budak2 zaman skang

eRza farEeha berkata...

mcm2 bnde jd skrg ni..

nurul baharuddin berkata...

Huh ank mcm ni pijak kasi mati je

Myra Arshad (: berkata...

mintak simpang la macam ni.

Nur_cahayamataku berkata...

Memang tak sangka budak2 zaman sekarang ni..langsung macam tak tahu agama..Tak tahu nak salahkan siapa bila dah jadi sampai macam ni..

iyka syafika berkata...

xaci lak..
pompuan yg gedix ajak laki tdow msk lam umh sndri..
tp bile cm nie..laki dikne kn dkwaan rgol..
sptutnye..smua la kne..

sekamar rindu berkata...

iyka syafika,


undang malaysia menetapkan mcm tu

sekamar rindu berkata...

Nur_cahayamataku,

pengaruh rakan2, paengaruh media massa, kuarng didikan agama adalah pucanya..


.

sekamar rindu berkata...

Myra Arshad (:,

memang minta dijauhkan benda2 yg tak baik tu..:)

sekamar rindu berkata...

nurul baharuddin,

jenis anak tak kenang budi mak bapak..

memalukan saja.

sekamar rindu berkata...

eRza farEeha,

memang memeningkan mak bapak..:)

sekamar rindu berkata...

FaraCuna,

tulah realiti yg berlaku pada anak2 remaja kita sekarang..

sekamar rindu berkata...

IMANSHAH



keruntuhan moral dan nilai2 agama dalam diri..

sekamar rindu berkata...

sicomot-comel,

sangat berani.....hancur luluh hati seorng ibu melihat anak2 yg mcm ni

sekamar rindu berkata...

diana,

saya tak berani ckp siapa yg salah..semuanya ada peranan masing2..salah satu gagal memainkan peranan..inilah jadinya..

ibu bapa yg kurang mengawasi anak2 kerana sibuk berkerja, anak-anak dibiarkan bebas, anak2 yang kurang mendapat didikan agama...antara puncanya./.

sekamar rindu berkata...

Miss SurferParadise,


sangat menakutkan...

sekamar rindu berkata...

mi.yu,

budak zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu..

sekamar rindu berkata...

adan,

sangat berani..memang berani

sekamar rindu berkata...

kay yea,

sangat kesian..

sekamar rindu berkata...

aida4eva,

dunia yg semakin hancur menunju ke akhir zaman

sekamar rindu berkata...

Nina Juliana,

sangat sedih..

sekamar rindu berkata...

forever love,

sangat memalukan...sangat menakutkan dengan kerenah anak remaja zaman sekarang

sekamar rindu berkata...

Aku Ibu Muda,

dia org ingat lebih selamat buat maksiat dalam rumah sendiri..

sekamar rindu berkata...

terima kasih atas komen2 daripada sahabat2 saja..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy