Khamis, 30 Disember 2010

Ekin Isteri Mawi Jalani Rawatan Tradisional Untuk Dapat Anak

Pasangan ini memberi tempoh 6 tahun lagi untuk mengambil anak angkat

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi popular Mawi, Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 30, memberitahu masih belum terdesak untuk menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat.

Jelasnya, mereka masih terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dengan menggunakan kaedah tradisional.

“Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

“Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit,” ujarnya yang pernah mengalamni keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu juga memberi tempoh selama enam tahun untuk berusaha mendapatkan zuriat mereka sendiri.

“Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.

“Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain,” ujarnya.

Jelasnya, 20 Disember lalu genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia bersama suami tercinta biarpun belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak,” ujarnya.



p/s: jangan putus asa mencuba, berdoa ke hadhat Allah swt...pasti Allah swt akan memakbulkannya.....amin

11 ulasan:

Ummi Izzah berkata...

tu lah dia...
hbgn yg dah halal..susah pulak dpt anak...
hubungan haram???....
fikir2 kan lah!

::..Dia daYa..:: berkata...

Salam
semoga mereka dikurniakan zuriat dr Allah...

aima in luv berkata...

dugaan.... sabar ya ekin, mana tawu nnt dapat kembar terus.. InsyaAllah

atehqshe berkata...

salam SR..

jangan marahhh sy adalah feminat fanatik Mawi hihi...
semoga Mawi berbahgia hingga keakhirnya...dan sama-sama lah kita mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat penyeri hidup.(amin3x)
(Mawi Worldd..:):)=

sofea berkata...

bersabarlah selain berusaha...
Allah pasti memberi yang terbaik..

~hAKim ZaiLAn~ berkata...

belu sampai rezeki lagi..

Daddy Ziyyad berkata...

Kurang faham artikel ini.
IVF ialah LAST RESORT kepada mereka yang ada masalah primary infertility mcm mereka.

Adakah mereka sudah mencuba rawatan infertility yang lain(maksudnya rawatan moden)?

Adakah semata mata bergantung terus pada tradisional way, TANPA guna modern medicine?

MiYOKO TACHIBANA berkata...

byk2 berdoa, Allah pasti memakbulkan doa kite suatu ari nnti...

abu muaz berkata...

baru dua tahun....

MAPPIAU berkata...

mudahan mereka di kurniakan zuriat yang sihat hendaknye, insyaallah :D

Tanpa Nama berkata...

Buat solat sunat hajat selama 40 hari...mohon pada Allah. Insyaallah.... saya dah buat, alhamdulillah Allah swt dah makbulkan...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy