Rabu, 1 Disember 2010

hebat betul Presiden Iran Ini...

seorang presiden hanya melelapkan matanya di salah sebuah masjd sebelum menunggu waktu mesyuarat bersama menteri-menterinya....


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.

Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.


“Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa,” kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut.

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih.

Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu. – AFP



10 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

saya berfikir panjang tgok gambar ni..

rainbowskittle berkata...

modesty is the best.
bagus betul!

MIMIE AIZA berkata...

bagus nya ada president mcm tu

sekamar rindu berkata...

MIMIE AIZA,

memang zuhud dia tu..:)

sekamar rindu berkata...

rainbowskittle,

yap..sangat zuhud mcm ni baru pemimpin.

sekamar rindu berkata...

Anisa Hang Tuah,

saya pun terfikir sesuatu..:))

a.samad jaafar berkata...

Ttersentuh hati melihat gambar 'singa Allah' era moden ini..tapi masih ramai umat islam yg cuba menjatuhkannye..jangan hasutan barat dijadikan alasan..justeru kefakiran iman dan ketakjuban keduniaanlah punca segala. Sama dgn ramai org melayu di sini..mereka lebih mengagungkan pemimpin yg bermewah-mewah kononnya atas nama 'kehebatan'...manusia ini begitu aneh dan mengharukan..

MAPPIAU berkata...

penat sangat kot :P

sekamar rindu berkata...

MAPPIAU,

:)) presiden mestilah penat..:)

tq singgah komen sini.

sekamar rindu berkata...

a.samad jaafar,

susah mahu cari seorang pemerintah tertinggi berlaku mcm ni..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy