Selasa, 14 Disember 2010

keluhan seekor semut..



Seekor semut pun
sesat, di antara rumput-rumput yang menggunung
di suatu padang yang luas
halusnya semut ini
di belantara hijau, yang langitnya terlalu tinggi
dan lantainya batu-batu sebesar
kepala semut.

Hai sang semut
besok kan kau sekolah
kerja sekolah belum lagi siap * sekarang ni cuti..:)
kasut pun belum dikapuri.

Di tengah-tengah rumput dan lalang
tiada kedai menjual peta
atau polis trafik, mahu ditanya jalan
papan tanda pun tiada di situ
kompas pun tertinggal di rumah.

Hai sang semut cepat sedikit
orang di rumah menunggu kaubawa balik susu
untuk adik.

Letih juga agaknya
semut
berjalan jauh-jauh
sebab kakinya pendek
bukan macam manusia, langkah panjang-panjang.


...keluhan..

2 ulasan:

nur intan hazirah berkata...

kalau kaki semut panjang tapi badannya tetap kecik???????
:P

sekamar rindu berkata...

nur intan hazirah,

terima kasih singgah sini..:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy