Selasa, 14 Disember 2010

Lelaki pun kena gangguan seksual

GOLONGAN lelaki kini turut menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita. – Gambar hiasan



SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.

“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.


sumber: kosmo

30 ulasan:

Faarihin berkata...

erk.. ada juga macam tu ek..
mohon dijauhkan..
tak mau jadi cam tu..

taman berkata...

salam..wah2...suka sgt2 n3 ni sbb dr UPM...Dekat betul iNstitut sains sosil tu ngn umah saya.

AdiaLuze berkata...

Oooo...kalo kena kat laki bukan ke namanye 'kena goda'? Rupa2nye istilah gangguan seksual pun leh guna ker...Hehehe

Tetiba teringat citer Obsessed yg antara pelakonnye beyonce tuuu.. ;)

kakcik berkata...

Tak kira bangsa, tak kira jantina -manusia tetap punya nafsu. Cuma, bagaimakah kita mengawal nafsu itu?

Ati Masrif berkata...

biasalah tu kan moden...uhh

nak akhir zaman kot

Ms sunsWeetz berkata...

bhy ni...Ms gelar pempuan mcm tu 'gedik' hehe

Myaby berkata...

dorg tu takda maruah. huhu

Zie berkata...

salam..tumpang baca..hehe..laki pun x selamat dah sekarang ye..

Dinas Aldi berkata...

Salam,

yalah dik, mana boleh asyik lelaki ja yg buat gangguan seksual, perempuan pun nak mengganggu lelaki juga. baru adil & saksama.

kehkehkeh akak melawak aja naa :D

akubest501 berkata...

artikel yg menarik....

MIMIE AIZA berkata...

sekarang ni semua orang bahaya
:)

Sepatu Hijau berkata...

salam

tidak kira lelaki atau perempuan, Allah tidak memilih mereka untuk lari diuiji dan teruji :)

::..Dia daYa..:: berkata...

Salam,
selalu dgr perempuan jew kena ganggu
nie lelaki pulak..

kelisa_samudera berkata...

saya pun penah kena dulu. oleh perempuan beranak 2. mmg seram.

sekamar rindu berkata...

kelisa_samudera,

laaaa ya ke? heheheh.

sekamar rindu berkata...

.Dia daYa,

kes pompuan ganggu tu tak ramai..yg ramai lelaki yg ganggu pmpuan..

sekamar rindu berkata...

Sepatu Hijau,

betul..setuju dengan awak,.

sekamar rindu berkata...

MIMIE AIZA,

betul...pandai2 bawa diri..:)

sekamar rindu berkata...

akubest501,

terima kasih...

sekamar rindu berkata...

salam...kak Dinas,

hahaha..betul2..:)

sekamar rindu berkata...

Zie,

hehe..yaa tak salamat.ada juga yg pompuan yg lebih teruk drp ini pun ada...

sekamar rindu berkata...

Myaby,

memang..:)

sekamar rindu berkata...

Ms sunsWeetz,

memang bahaya...pandai2 jaga diri dan selalu peka dengan persekitaran..

sekamar rindu berkata...

Ati Masrif,

terlalu moden kan..? huhuhu..

sekamar rindu berkata...

kakcik,

setuju dgn kakcik..

sekamar rindu berkata...

AdiaLuze,

hhehhe..boleh..:))

sekamar rindu berkata...

taman,

hehe..saja berkongsi info.

sekamar rindu berkata...

Faarihin,

huhuhu minta2 dijauhkan..:) tq sudi singgah komen kat sini..:)

ANATI SOKI berkata...

haaaish.. mcm2.. dunia akhir zaman.. perempuan pun dah tak reti tau malu.. goda pe smua smata2 nk naik pngkat.. adeyh....

zahra pazim berkata...

wau. perempuan sekarang semakin berani!

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy