Sabtu, 25 Disember 2010

Malaysia tidak ada pilihan...mesti MENANG MALAM ESOK..!!

Jurulatih Malaysia, Rajagobal bersama Pengurus Indonesia


TENANG... Barisan pemain negara turun menjalani latihan ringan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam sebagai persiapan menghadapi Indonesia, malam esok.

Kalau tidak ada apa-apa halangan, malam esok saya sekali lagi akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Pertama, Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki, antara Malaysia melawan Indonesia. Sahabat saya mahu saya memilih untuk melihat di bahagian VIP atau berada bersama penyokong-penyokong Malaysia yang lain di tempat yang terbuka...

Atas kerats, Indonesia mempunyai kelebihan, lebih-lebih lagi Indonesia telah pun menang 5-1 dengan Malaysia, pada peringkat kumpulan A, di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.Stadium ini bukanlah asing bagi saya, saya pernah saya sempat singgah di sini, semasa berada di Jakarta beberapa tahun yang lalu.

Berbalik kepada Perlawanan Akhir malam esok...Malaysia perlu mengambil peluang bermain di tempat sendiri untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol atau pun 3 gol, bagi memberi tekanan kepada kem Indonesia. Tidak mustahil untuk menang dengan Indonesia..buktinya, kita boleh menang dengan Vitenam, baru-baru ini yang juga merupakan Juara Piala Suzuki 2008..

Apabila saya membaca beberapa surat khabar Indonesia pagi ini, rata-rata akhbar di Indonesia memuatkan berita mengenai perlawanan akhir ini..dan jurulatih Indonesia Alfred Riedl dengan angkuhnya menyatakan yang Indonesia akan membuatkan penyokong-penyokong senyap di Bukit Jalil, malam esok..

Pemain di bahagian pertahanan jangan membuat kesilapan-kesilapan mudah seperti Malaysia tewas di tangan Indonesia baru-baru ini. Di bahagian pertahanan yang diketuai oleh Mohd Muslim bin Ahmad, Mohd Asraruddin Putra, Mahali Bin Jasuli, Mohd Sabree Abu, perlu bijak, clear bola..memastikan bola tidak memberi ruang kepada penyerang berbisa Indonesia Crictian Gonzales ( Pemain kelahiran Uruguay) untuk memboloskan benteng pertahanan Malaysia.

Di bahagian tengah adalah kunci kepada pengawalan bola dalam satu-satu permainan bola sepak. Tugas di bahagian ini dipikul oleh Safiq Rahim ( Ketua Pasukan), Amar Rohidan, Mohd Khyril Muhymeen bin Zambri, dan Mohd Amirulhadi Zainal. Di bahagian inilah yang mengatur pelbagai strategi untuk menghantar bola kepada penyerang bagi menjaringkan gol.

Kepada penyerang, Nor Shahrul Idlan bin Tlaha, Mohd Safee Sali, Izzaq Faris pula, janganlah mensia-siakan peluang yang ada..gunakanlah peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol bagi memberi tekanan yang hebat kepada Indonesia semasa bermain di Jakarta pada 29hb Disember nanti..........

Malaysia Boleh...!



6 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

good luck malaysia!

armouris berkata...

Malaysia boleh!! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

MAPPIAU berkata...

Go go malaysia hoyeeehhh!!!

sekamar rindu berkata...

MAPPIAU,

Malaysia boleh...:))

sekamar rindu berkata...

armouris,

terima kasih singgah komen sini..

sekamar rindu berkata...

Anisa Hang Tuah,


moga malaysia menang esok..:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy