Rabu, 15 Disember 2010

Mencari RahsiaMu..di tengah malam sepi...

Ya Hayyun,
di antara orang-orang mati
ada sesuatu yang tersirat
tapi tiada satu dari kita
yang bisa mengerti maksudnya

Ya Qoyyum,
Berdiri di antara lalang
berlenggak lenggok
kerana tiupan angin
yang menerpa sesaat sesaat

Ya Ghoni,
kayaku di dunia
tiadalah seberapa
dibandingkan Engkau
yang menguasai diriku

Ya 'Alim,
tahuku hanya sebesar biji sawi
dan ilmuku hanya setitis air
keluar dari mulut seekor burung
di tengah lautan luas

Ya AIlah,
aku berkata kata
aku berlari lari
memujiMu
aku mencari cari
engkau sembunyi
di antara urat leherku ini.

RahsiaMu antara langit bumi
HadirMu antara tengah malam sepi


2 ulasan:

Cinta Madu berkata...

salam.
cikgu ni memang suka tulis puisi ye? btw, saya ada tag cikgu utk join contest yg saya buat. walaupun saya x pernah tgk cikgu join mana2 contest, tp saya nak tag cikgu jugak, tak kira. hee. kalau cikgu rasa tak lagha, and nak join, ni link dia. http://sakuravender.blogspot.com/2010/12/contest-for-my-upcoming-birthday.html :)

sekamar rindu berkata...

Cinta Madu,

hehehe..kena tag ke..?

ehhehe

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy