Ahad, 12 Disember 2010

Mengapa Rakyat Kelantan Akan Terus Pilih PAS Dalam PRU Akan Datang..??



Sebagai anak jati negeri Kelantan saya merasakan tidak salah untuk menulis tentang politik sedikt malam ini..pertama sekali, harus dimaklumkan bahawa blog saya bukanlah blog politik, itu yang pertama kena tahu. Namun entah kenapa malam ini saya boleh tercetus ilham untuk menulis entri ini.

Saya juga bukanlah yang pakar dalam bidang politik ini, tapi ini adalah pandangan peribadi saya saja..mungkin kurang tepat...mana-mana yang salah tu bagitahu saja.. Seperti disebut politik bukanlah bidang saya.,saya adalah pendidik yang banyak menghabiskan masa bersama pelajar-pelajar saya, tak ada masa untuk berpolitik.namun saya tetap memerhati dan membaca blog-blog politik, terutamanya blog sensai Ikut Suka Aku, yang berjaya mengupas dengan caranya yang sendiri..kepada sesiapa yang ada lemah jantung diingatkan tak perlulah melawat blognya..ehheeh..( sori tuan Isa..)

Dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 yang berlangsung pada 10-13 Jun 2010 yang lalu, kita dapat membaca dan mengetahui sejarah perjuangan parti PAS yang memegang tampuk pemerintahan yang kini sudah melebihi 20 tahun lamanya. UMNO tumbang ke tangan PAS pada tahun 1990 lagi. Dalam Muktamar Tahunan itu juga, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahamd menjelaskan Kerajaan PAS Kelantan telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir sebuah negeri dengan baik (good government) sehingga beberapa pendekatan mereka dilihat mendahului dan terkedepan berbanding negeri-negeri lain. Sebagai contohnya Kelantan mampu menurunkan kadar kemiskinan mengetasi Terengganu dan Sabah yang diperintah oleh UMNO.

Mengapa Kelantan sukar dikuasai oleh UMNO? tu yang menjadi persoalan banyak pihak.

  • Pemimpin Pas Yang Perhatin
Kira-kira bukan April 2010, yang lalu, saya diberitahu oleh saudara saya di Kelantan, yang kawan baik saya telah meninggal dunia. mahu tidak mahu kena balik juga ke Kelantan, oleh kerana tiket flight sudah full, saya gagahi juga untuk bergegas balik ke Kota Bharu, Kelantan, bertolak dari Negeri Sembilan pukul 9.00 pagi dan sampai ke Kota Bharu kira-kira jam 5.00 petang. Sampai saja di rumah, jenazah kawan saya itu telah pun di bawa ke perkuburan. Berkejar saya ke kubur untuk melihat jenazah kawan saya yang buat kali terakhir ( walaupun tak sempat melihat mukanya)..

Sampai di tanah perkuburan itu, saya terkejut melihat Dato' Haji Husam Musa ( Exco Keajaaan Negeri Kelantan yang hadir di tanah perkuburan dan beliau sempat solat jenazah untuk kawan saya itu..harus diingat, family kawan saya itu keluarganya memang kuat UMNO, ( senang cerita penyokong UMNO), namun beliau tetap hadir juga.. Ini sangat memberi kesan dan saya yang lama berada di luar Kelantan, memandang dengan penuh minat. Semua ini memberi sedikit sebanyak perkara yang bermain di minda saya.. Kebajikan dan sikap perhatian ini memberi beberapa gambaran yang positif pada saya dan rakyat Kelantan khasnya..

Mungkin tidak kesemuanya dapat dihadiri oleh pemimpin-pemimpin PAS, dalam kes-kes yang sebegini, tapi gambaran yang berlaku di depan mata saya itu saya kongsikan di sini.

  • UMNO terlalu lemah di Kelantan.
Kelemahan UMNO inilah membuatkan PAS secara relatifnya menjadi kuat di Kelantan. Lemah di sini sangat luas juga skopnya.. UMNO tidaklah lemah dalan sumber kewangan, kerana kerana sumber kewangan di salurkan oleh Persekutuan, namun lemah dari segi tiadanya tokoh-tokoh UMNO yang berwibawa yang setanding dengan ketokohan YAB Dato' Nik Abd,Aziz, Menteri Besar Kelantan. Walaupun beberapa isu dan masalah yang menghantui YAB Dato' Nik Aziz, seperti isu menantunya, iaitu Abdul Ariffahami tidak sedikitpun menggugat YAB Nik Abd.Aziz, selaku Menteri Besar Kelantan.

  • Rekod PAS bersih daripada penyelewangan dan Rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Tak perlu mengambil contoh jauh, bekas Menteri Besar Selangor yang didakwa di Mahkamah awal minggu lepas adalah tamparan yang rakyat akan lihat dengan lebih mendalam. Datuk Seri Khir Toyo yng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berhubung dengan pemilikan dua lot tanah dan "Istana Mewah" beliau yang sepatutnya bernilai RM 6.5juta tetapi entah mcm mana caranya telah berubah menjadi harharga yang terlalu murah iaitu RM 3.5 juta. Beliau memnag belum boleh dikatakan bersalah, selagi belum dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah, namun gambaran ini sangat memberi gambaran yang negetif kepada masyarakat.

  • Sikap Penyokong PAS dan Pengundi atas pagar.

Apabila seseorang itu telah menyokong PAS, adalah sukar untuk mereka berubah. Datanglah siapa pun untuk membuat kempen supaya menyokong parti lain, semua itu tidak akan berlaku. Mungkin di mulut mereka akan berkata.."ok....ok sokong UMNO, tetapi di masa membuang undi mereka ini tetap akan menyokong PAS.

  • Pemimpin PAS memilii pemimpin agama sebagai qudwah yang diikuti.
Sebagai pemimpin agama, ada rakyat Kelantan yang berfikir dan mudah merasa berdosa untuk memilih UMNO ( mungkin segelintir) kerana mereka merasakan mereka tidak bersama. Rasa serba salah ini mungkin pada pengundi-pengundi atas pagar..( nak sokong BN ke..PAS...BN ke..PAS....ala...PAS lah.....)

  • PAS kian diyakini kemampuannya.
Rakyat Kelantan tidak lah meminta kerjaan PAS membina bangunan 100 tingkat untuk memberi gambaran yang PAS betul-betul kuat. Semua itu tidak perlu, kalau bangunan yang tinggi-tinggi itu, tidak memberi faedah kepada rakyat. 20 tahun lebih memerintah Kelantan, bukan satu jangka masa yang singkat, rakyat Kelantan sudah serasi dan selesa berada di bawah pentadbiran PAS.

Ini adalah pandangan peribadi saja...sebagai anak jati Kelantan, izinkan saya memberi mengupas perkara ini.. dan sekali lagi saya ulangi saya bukanlah pakar dalam bidang politik ini.. sekadar mahu mengupas isu ini......semoga Allah SWT memberi rahmat pada kita semua..'


** minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung dengan entri ini..

5 ulasan:

nahmy berkata...

satu renungan & kupasan yg menarik. sebenarnya mudah je (utk sayalah)...klu kita ni kembali kpd 'fitrah' maknanya kita kembali kpd asal kejadian kita dan kpd pencipta kita...apa yg nak kita kata bila berhadapan dgn-Nya? maka saya Islam & saya suka mereka yg suka Islam. mati berkeinginan pada Islam ciptaan-Nya adalah lebih baik dr mati menolak apa yg dicipta-Nya...wallahualam

a.samad jaafar berkata...

rakyat kelantan harus bersyukur kerana kini dipimpin dua tokoh yg bertakwa..Sultan dan MBnya..moga negeri itu dirahmati Allah hendaknya..

Tok Esah berkata...

ssemoga perjuangan Islam terus berkembang!!!

Amirah Yusof berkata...

post best. penah terpikir soal ni jgk.

afifaa. berkata...

thanks di atas kupasan ini. menarik :)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy