Rabu, 8 Disember 2010

Piala Suzuki :Tahniah Bola Sepak Melaysia Ke Separuh Akhir

Amri Yahyah menjadringkan 2 gol malam ini

MOHAMAD Muslim (kanan) bertindak cemerlang pada aksi menentang Laos semalam untuk menutup benteng Malaysia daripada dibolosi.

Amri Yahyah sebelum menjadringkan gol

PALEMBANG – Aksi garang membelasah Laos 5-1 sambil dibantu kekalahan tipis Thailand 1-2 kepada tuan rumah, Indonesia membolehkan semangat skuad kebangsaan kembali menyala apabila mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010, semalam.

Kemenangan besar anak buah K. Rajagobal di Stadium Jaka Baring, Palembang membolehkan Malaysia mengumpul empat mata, selaku naib juara Kumpulan A di belakang Indonesia.

Formasi 4-5-1 ternyata memberi impak kepada pasukan kebangsaan apabila Amri Yahyah yang bertindak selaku pembantu kepada penyerang tunggal, Norshahrul Idlan Talaha menyumbat dua gol pada separuh masa pertama.

Malaysia berada di depan seawal minit keempat selepas Amri melakukan tandukan terbang menewaskan penjaga gol Laos, Sengphachan Bounthisanh selepas menerima hantaran lintang Norshahrul dari sebelah kanan padang.

Perlawanan yang dianggap sebagai hidup mati ini dipergunakan sebaik mungkin oleh Malaysia bagi mengulangi sejarah mara ke perlawanan akhir selepas kali terakhir mara pada 1996 di Singapura.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad kebangsaan tidak bertahan lama selepas Laos berjaya menyamakan kedudukan selepas Lamnoum Singto berjaya menjaringkan gol empat minit kemudian.

Amri sekali lagi muncul wira selepas menjaringkan gol kedua pada minit ke-41 selepas menerima lorongan cantik Safiq Rahim dalam petak penalti dan ketua pasukan Selangor itu mudah menampan masuk tatkala Bounthisanh sudah pun terkeluar dari posisi.

Malaysia terus garang pada babak kedua apabila menambah tiga lagi gol menerusi Mohd. Amirul Hadi Zainal (74), Norshahrul (77) dan Mahali Jasuli (90) tatkala menerima khabar gembira dari Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia bangkit dari ketinggalan 0-1.

Wira pasukan Merah-Putih itu, Bambang Pamungkas menjaringkan dua gol dengan kedua-duanya menerusi sepakan penalti pada minit ke-81 dan 88 memadam jaringan Suree Sukha pada minit ke-68.

Sementara itu, jurulatih K. Rajagobal berkata, walaupun gembira Malaysia layak ke babak seterusnya, tetapi dia tetap bimbang dengan corak permainan pasukannya.

“Mereka tidak bermain mengikut prestasi sebenar dan keadaan itu amat merbahaya untuk mengharungi perlawanan separuh akhir. Berkemungkinan kita akan bertemu Filipina di separuh akhir dan para pemain perlu bekerja keras lagi," katanya.

Jelasnya, Malaysia perlu bermain baik pada minit awal dan menjaringkan gol pendahuluan, tetapi selepas itu para pemain tenggelam punca sehingga dia terpaksa membuat pertukaran beberapa pemain.

“Bagaimanapun saya tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukan saya,” kata jurulatih yang membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 itu.

Lawan Malaysia pada saingan separuh akhir nanti bakal diketahui hari ini sama ada Filipina, Singapura atau Vietnam apabila ketiga-tiga pasukan ini masih berpeluang merebut tempat ke separuh akhir dan bersaing untuk muncul juara atau naib juara Kumpulan B. – UTUSAN




: tahniah.....

18 ulasan:

azana berkata...

yeah!! hebat la malaysia...chaiyyok.
semoga berjaya.

Mak Su berkata...

salam maal hijrah

tahniah kat pasukan Malaysia

Daddy Ziyyad berkata...

ok lah tu...tapi saya memang dah lama fed up dgn bola malaysia

ahsfantasy24 berkata...

huhuhu..
kecut perut smalam tgk..
isau thai mnang ngan indon,
lawthai mng, mmg bye2 la mlaysia, huu~

Syira C Gadis KidaL berkata...

salam..

dulu memang minat bola..kalau tengok mesti riuh rumah..tapi itu dulu ..

PuRpLeLiCiOUs LoVe berkata...

sebab bola nie la..aku xleh tengok cita peberet aku semalam..hawaii five -0

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

paling suka masa zaman Fandi Ahmad, Subadron Aziz, Malek Awab...


sekarang....suram aje.

nunama berkata...

best2!! :)
sian kat Laos. Tertendang bola ke gawang gol sendiri.

sekamar rindu berkata...

nunama,

malaysia bernasib baik..:)

sekamar rindu berkata...

a.z.r.i.n.a.03.07,

masa tu saya kecik2 lagi tu..:)

sekamar rindu berkata...

PuRpLeLiCiOUs LoVe,

ya ke..? heheheh..ciannya..:))

sekamar rindu berkata...

Syira C Gadis KidaL,

skrg kenapa?....

sekamar rindu berkata...

ahsfantasy24,

saya pun sama...hehe..kejap tukar cenel, tengok Indonesia lwan Thailand....kalau Thai menang melepaslah nak ke Separuh Akhir..

sekamar rindu berkata...

Daddy Ziyyad,

janganlah rasa mcm tu...kalau bukan kita yg sokong takkan orng england pula nak skog..

sekamar rindu berkata...

Mak Su,


salam maal hijrah buat maksu..

sekamar rindu berkata...

azana,

tahniah juga..:)

Tanpa Nama berkata...

Thank you for posting this, it was quite helpful and told a lot

Tanpa Nama berkata...

Thank you, nice job! This was the stuff I had to have..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy