Selasa, 14 Disember 2010

puisi di pagi hari..



awal pertama Bismillah dimula.
pendeklah bicara antara kita..
datang kami membawa hajat..
hajat di budi segunung intan.
kami diutus anak teruna..
terpaut pada senyuman pertama.
minta dipikat ayam tertambat.
minta tanakkan nasi sepinggan..
minta air tika kehausan..

Alhamdulillah puji diucap..
datang kami datang berharap..
basuhlah kaki naik ke balai..
balai tua buatan purba..
apatah habis buruk dihisap..
maka tampak bintang yang malap..
cerah sebagai sejuta suria..
kami tidak berbangsa berharta.,..

wahai tinggi benar bahasa tuan..
maka kami amat dimuliakan..
tiadalah berniat apa yang mungkar..
tiada terdorong langkah yang sasar..
maka kami membawa persembahan..
tahu budi yang diwarisi..
tahu bersantun membela diri..

apa benar kalian susahkan..
asam di darat ikan di lautan..
ada jodoh bertemu jua..
di dalam periuk bersama bersenda..
adapun persembahan kalian hadiahkan..
puji dan syukur kami panjatkan..
adil percaya sesama rata..
jemputlah Imam pembuka beka..

( berdatang Imam ke muka majlis
duduk bersila nan seorang sufi..
persembahan dibuka penuh sempena..
sebentuk cincin terserlah cahaya,..)

tinggi gunung seribu janji..
janji kami teguh setia..
hujung rambut ke hujung kaki..
tatih bertatih sama mendaki..
tandanya keras pinta di hati..
teruna berkirim cincin ke saga..
buat penyambung benang di kaki..
buat penjinak ayam berbudi..


Tiada ulasan:

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy