Isnin, 20 Disember 2010

rahsia bawah air yang menikam ke jantung puisi

sampai pada batas umurlah sepiku memandang laut
rindu yang mengalir adalah rindu rahsia langit
rahsia bawah air yang menikam ke jantung puisi
kepadanyalah segala rahsia sunyi ingin ku selami

pada sekian persinggahan pernah kutemukan wajah bunga
juga tajam airmata dari luka yang merah menyala
bersandarlah daku pada perawan pada perempuan karam
namun sunyi mata air tak pernah juga bisa kujangka

maka demi pelabuhan yang selalu menggemparkan telinga
daku memilih berlayar menuju titik paling sepi yang dibilang mati


2 ulasan:

IMANSHAH berkata...

dalam maknanya..gagal untuk tangkap

sekamar rindu berkata...

IMANSHAH,

:)) tq singgah komen..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy