Ahad, 12 Disember 2010

Ricky reda kekasih tiada dara


MENYAKSIKAN senario pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutama membabitkan remaja membuatkan aktor popular, Ricky Harun, 23, meluah rasa syukurnya kerana dia masih dilindungi daripada gejala sosial.

"Lihat saja sekarang para pelajar perempuan berpakaian menjolok mata. Mereka bergaul tanpa batasan dengan lelaki. Situasi ini membimbangkan. Jika tidak dibendung, ia boleh melarat," jelasnya yang lahir pada 12 Januari 1987.

Enggan berselindung, pelakon utama filem Kawin Kontrak itu mengaku ada rakannya mengamalkan gaya hidup bebas termasuk remaja beragama Islam.

Malah, tanpa segan silu mereka memperlihatkan budaya tidak bermoral di depan orang lain.

"Namun, saya tidak pernah terikut dengan stail hidup mereka yang kebaratan. Meskipun berkelakuan nakal sebelum ini, saya sebaliknya masih berpegang pada prinsip menjauhi perkara dilarang Tuhan," luah Ricky yang membawa nama lengkap Ricky Chilnady Pratama Harun.

Pada waktu sama, anak sulung daripada dua beradik itu tidak berdepan masalah jika teman wanitanya kelak tidak punya dara lagi.

Jika itu ditakdirkan jodohnya, Ricky menerima keadaan tersebut dengan perasaan terbuka.

"Harus bagaimana lagi kalau saya mengalami situasi ini. Mahu atau tidak, saya kena terima si dia seadanya disebabkan sudah terlalu sayang dan mencintainya.

"Soal kekasih masih perawan atau sebaliknya, saya enggan membuat penilaian terhadap wanita ini," ucapnya santai.



p/s: terasa mcm nak demam saja hari ni...

6 ulasan:

Nur Misnan berkata...

salam.. remaja sekarang semakin buruk laku
nak salahkan siapa??

sendiri mau ingat ler pada Tuhan
nak mati bila2 jer
kalau tak sempat bertaubat..
jawab ler sendiri..

ahsfantasy24 berkata...

mkan ubat k..
cegah sbelum parah..
^^,

Myaby berkata...

siapa dia ni? pelakon indon ke?

Ati Masrif berkata...

risau2 lani baik jaga anak2 elok2

Sepatu Hijau berkata...

salam..

makan ubat dear :)

Tanpa Nama berkata...

Salam sekamar rindu

Anak anak perlu dididik agama islam dari kecil lagi. Perlu selalu ingatkan mereka keburukan pergaulan bebas juga perlu kawal mereka serta lihat dengan siapa mereka berkawan. Juga kena ingatkan mereka sentiasa hati - hati dengan tipu daya manusia dalam masyarakat.

Mountain climber

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy