Sabtu, 18 Disember 2010

SAYA DAH TAK KENE MARAH..HAHA

baby ni marah sebab ibu nya lambat buat nenen..

Nabi SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.


Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

# rasa bangga diri (sombong)

# takjub kepada peribadi sendiri

# suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas

# suka bercakap perkara sia-sia

# suka membuat fitnah

# suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara

# khianat

# tamak kepada harta dan pangkat

# tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati.

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.

Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.

Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.

Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah................dan akhir sekali, hari ni Saya dah tak kena marah...




indahnya petang ini..

15 ulasan:

anakibu berkata...

kembar tak bole marah ibu la yer....hihihi..singgah lagi yer....

Pink Pearl Lady berkata...

betul,marah biar kena pada tempatnya,marah bukan tanda benci tapi tanda kita sayang.... klu tak kita wat taktau je...

Pink Pearl Lady berkata...

betul,marah biar kena pada tempatnya,marah bukan tanda benci tapi tanda kita sayang.... klu tak kita wat taktau je...

Pink Pearl Lady berkata...

betul,marah biar kena pada tempatnya,marah bukan tanda benci tapi tanda kita sayang.... klu tak kita wat taktau je...

Pink Pearl Lady berkata...

betul,marah biar kena pada tempatnya,marah bukan tanda benci tapi tanda kita sayang.... klu tak kita wat taktau je...

Pink Pearl Lady berkata...

betul,marah biar kena pada tempatnya,marah bukan tanda benci tapi tanda kita sayang.... klu tak kita wat taktau je...

Pink Pearl Lady berkata...

betul,marah biar kena pada tempatnya,marah bukan tanda benci tapi tanda kita sayang.... klu tak kita wat taktau je...

Azzubair Ab Aziz berkata...

comelnye budak tu...boleh x nak pic tu,nak buat FB profile.

wida berkata...

Comelnya budak tu..hikhik

ahsfantasy24 berkata...

ayu sme2 kwal amarah..
:)

sekamar rindu berkata...

ahsfantasy24,

perlu bertenang dan jangan marah2

sekamar rindu berkata...

wida,

hehe...memang comel..

sekamar rindu berkata...

Azzubair Ab Aziz,

:) ooo tidak boleh..:)

sekamar rindu berkata...

Pink Pearl Lady,

masalah tenikal kan..sampai 3 komen dipost di sini..hehe..

tak pe..

sekamar rindu berkata...

anakibu,

terima kasih singgah blog saya..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy