Isnin, 30 Ogos 2010

selamat hari kemerdekaan kali ke 53......Allah swt selamatkanlah Malaysia...




sejarah pernah menyalakan api dari tanah ini,
Sumpah keramat pada niat merdeka dan harkat bangsa
empat abad, bangsa ku dijajah, kita hanya mengangkat parang maju ke muka
Inggeris, Belanda, Jepun dengan senjata ampuh kita binasa..

negeri banjir airmata rakyat sengsara
Inggeris, Belanda, Jepun memang petaka..
habis harta benda negara di angkut kita bangsa dertia
rakyat sengsara ubi kayu jadi makanan setia..

Kini 53 tahun merdeka..
adakah fikiran kita telah merdeka?
adakah jasad kita sudah merdeka?
adakah kita betul-betul sudah bebas?
kadang-kadang aku tertanya-tanya.

siapa kini berdiri di muka mengangkat tinggi tongkat Sang Musa?

p/s:...ku belum lagi merdeka lagi..

Ahad, 29 Ogos 2010

lukislah langit malam...




sayang..
bukalah jendela dan lukislah langit malam..
lihat di sana ada bintang jatuh..
sebuah garis lurus membelah kelam..
sebongkah harapan yang menyala..
biarkanlah menerangi ruang angkasa yang paling luas..
tempat kita meninggalkan jejak cinta..
yang tidak pernah terhapus cuaca..

sayang..
bukalah jendela dan lukislah langit malam..
lihat di sana bulan bergayutan di daun ketapang..
muzik sunyi bersahutan di balik batuan..
senyumanmu menyentuh dedaunan..
membuatkan ku hanyut dalam ombak rerumputan..
rindu padamu sepanjang zaman..


p/s:....moga rindu tidak lagi beku..

Liku-Liku Merdeka yang mungkin telah dilupakan...

Rombongan Tunku ke Pengisytiharan Kemerdekaan

Tunku dan rombongan menuju ke Padang Bandar Hilir Melaka untuk Pengisytiharaan Merdeka

Tunku menandatangani perjanjian merdeka bersama Sir Alan Lennox Byod pada 08hb Feb.1956

Kereta yang dinaiki oleh Tunku semasa menuju ke Padang Bandar Hilir

kereta rasmi Tunku sebagai Perdana Menteri

rombongan ke London

Sebaik-baik saja Malayan Union tumbang pada tahun 1946, kesedaran politik orang-oramg Melayu mula tumbuh. Keinsafan betapa Raja-Raja Melayu diperbudak-budakkan oleh Sir Horald Mac Michael dalam mencapai cita-cita penjajah melenyapkan ketuanan Melayu di Tanah Melayu telah membakar semangat yang padu sehingga kesepakatan diwujudkan dan sejarah tercipta apabila parti politik pertama ditubuhkan pada 1hb Mei 1946, di Istana Besar Johor Bharu.

Bermula dari saat itu UMNO, Parti Melayu terulung itu terus mengorak langkah memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang dijajah silih berganti, lebih 4 kurun oleh 4 bangsa. Keinginan hendak memerintah sendiri bagaikan subur menanti waktu untuk berkembang. Orang Melayu bersatu dalam wadah perjuangan mengembalikan maruah bangsa dan negara.

Munculnya putera Raja Kedah, Tunku Abd.Rahman Putera Al-Haj ibni Sultan Abd.Hamid Halim Shah, memimpin UMNO setelah Dato' Onn Jaffar, pengasas dan Yang Di-pertua pertamanya mengundurkan diri, bagaikan memberi satu rahmat.

Berkat sokongan padu daripada rakyat jelata, Parti Perikatan ( Gabungan UMNO, MCA dan MIC) menyapu bersih semua kerusi parlimen dalam pilihan raya pada tahun 1955. Berikutan kejayaan itu, Tunku Abd.Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan membentuk kerajaan. Tunku juga telah diberi mandat untuk meneruskan perjuangan menuntut kermerdekaan di London secara perlembangaan.

Pada 24hb-26hb Disember 1955, lima bulan selepas menjadi Ketua Menteri, Tunku Abd.Rahman telah mengadakan satu mesyuarat perwakilan UMNO di mana kata putus telah dicapai dari Pemuda UMNO yang menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957, sebagai tarikh kemerdekaan.

Mulai detik itu, mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan oleh kerajaan pimpinan Tunku Abd.Rahman dengan pihak Inggeris dan menjelang Ihb Januri 1956,, Tunku bersama rombongannya telah bertolak ke London bagi menyampaikan hasrat rakyat agar Inggeris memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957, tanpa sebarang tolak ansur.

Rombongan kemerdekaan itu bertolak dari Singapura dengan sebuah kapal laut dan berlabuh di Karachi, Pakistan, sebelum meneruskan perjalanan dengan menggunakan kapal terbang ke London.

Rombongan seramai 8 orang, selain Tunku terdiri daripada Dato' Abd.Razak Hussin, Kolonel H.S.Lee dan Dr. Ismail bin Dato' Abd.Rahman, mewakili parti perikatan dan Tanah Melayu.

Sementara Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Hj.Abd.Wahb, En.Abd.Aziz bin Abd.Majid, Dato' Muhammmad Seth bin Muhammad Said dan Datuk Nik Muhammad Kamil bin Muhammad mewakili pihak Raja-Raja Melayu.

Rombongan kemerdekaan tiba di London pada 14hb Januari 1956 dan mengadakan rundingan dengan pihak Inggeris sealam 18 hari, bermula ( 18hb Januari 1956 hingga 06hb Febuari 1956) dengan mencapai kejayaan apabila pihak Inggeris bersetuju memberi kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957.

Perjanjian Kemerdekaan telah ditandatangani di antara Tunku Abd.Rahman dengan, Setiausaha Tanah Jajahan British, Sir Alan Lennox Byod di Lancaster House pada 08hb Febuari 1956.

Rombongan Tunku pualng ke Tanahair pada 20hb Feb. 1956 dan diberi sambutan sebagai pahlawan beroleh kemenangan di medan perang oleh lebih 60, 000 rakyat berbilang bangsa yang berbaris sepanjang kiri dan kanan dri Batu Berendam hingga ke Bandar Hilir.


FAKTA TENTANG BANDAR HILIR ( 20HB FEB.1956)


  • Rombongan Tunku Abd.Rahman tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada pukul 9.00 pagi dan diarah dengan barisan pemuda bermotor menuju ke Bandar Hilir.
  • Tunku menaiki sebuah kereta berwarna hitam, tidak berbumbung, bernombor plet : M 4442. Kereta ini dipinjam oleh Encik Gaffar Baba daripada seorang tauke cina di Melaka.
  • Sewaktu menghampiri padang Bandar Hilir Melaka, Tunku telah turun dari kereta dan berjalan kaki menuju ke pentas sambil bersalaman dengan orang ramai kiri dan kanan jalan. Lauangan "merdeka" bergema pada pagi yang redup dan tenang itu.
  • Tunku naik ke pentas khas di penjuru padang Bandar Hilir pada jam 11.00 pagi dan terus membacakan pengisytiharan tarikh merdeka untuk Tanah Melayu, sepanjang 9 para yang sudah ditaip pada sehelai kertas.
  • Lauangan dan pekikkan merdeka bergema berselang seli ketika Tunku sedang berucap
  • Majlis Pengisytiharaan tamat kira-kira jam 12.00 tengah hari.











Sabtu, 28 Ogos 2010

bila kita dihina,....

kedutaan Malaysia di Jakarta yg dilempar najis



Fiery Protest: Indonesians burning a Malaysian flag during an anti-Malaysia protest


saat menulis entri ni di luar sana hujan renyai-renyai, ini kali pertama hujan pagi di sini, rasa mcm berada di kg pun ada, teringat kampung la pulak..ishh..mcm nilah bila jauh dengan kg halaman, pasti hati digamit rasa rindu kat kg halaman, lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan mcm ni...

hari ni dah3 hari aku demam..huhuhu..tekak pun nak menelan nasi pun rasa sakit..sahur tadi makan sikit saja.

beberapa hari lagi negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53, kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yg sangat memalukan, bendera negara ( Jalur Gemilang) kita dibakar, dan dipijak, diludah. Kedutaan kita di Indonesia dilemparkan dengan najis..negara kita dihina dan dikutuk oleh segelintir rakyat Indonesia. Ini bukanlah kali pertama, malah sudah melebihi 12 kali tunjuk perasaan oleh segelintir (Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia atau Bendera) dalam tempoh 4 tahun.

dalam berita Kompas pada hari ini, Presiden Bambang Yudhoyono telah secara rasmi menghantar surat kepada PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencari jalan yang terbaik penyelesaian ke dua-dua pihak.



sekejap cuma


inikah yg kau sebut cinta..
tentang segala
cerita senja
yg hanya sekejap
kau cipta...!

ku rasa...



mesti bersabar...
sabar katamu...

jika tiba-tiba ku ungkap satu rindu..
satu rindu yg entah bila kutemu..

mesti menunggu sebentar katamu..
ah..mengapa ku rasa
waktu mempermainkan
rinduku..

p/s..selamat bersahur semua....

Jumaat, 27 Ogos 2010

sebuah rindu..



sewaktu dulu...
pada binar matamu..
pernah kulukis cinta dan sebentuk rindu..
namun
hingga kau melangkah pergi..
tak pernah ku dapat mimpi atau janji..
tantang makna degup jantung ini...


p/s: rindu kenangan lalu

Khamis, 26 Ogos 2010

cinta 3 segi...




saya ada seorang kwan, satu sama tempat kerja..kira kawan baik jugalah...apa2 masalah pasti kita kongsikan bersama, sama ada suka, suka..biasalah kan..tapi masalah yg satu ni byk memeningkan kepala kawan saya tu..simpati juga masalah ini menimpa kwan saya...

tapi sejak akhir-akhir ni, saya dapati kawan saya, ada masalah, nak kata berat, rasanya berat juga..masalah ini melibatkan hati dan perasaan..kira berat la jugak tu...

masalahnya begini..

ada dua orang gadis ( gadis A dan gadis B) jatuh cinta dengan kwan saya ni..alamak dua gadis yg berlainan jatuh cinta tahap maksima kepada kawan saya yg malang ni.. sama-sama tak mahu mengalah..cuba sedaya upaya untuk memenangi hati kawan saya ni..setiap hari mcm2 hal berlaku, dan sekrang ni saling bergaduh di fb la pulak..kerana dok berebut cinta kawan saya ni..masalahnya kawan saya ni tidak mempunyai perasaan apa2 kat gadis A dan B tu...tu yg masalahnya..agak kesian pada mereka ni..

sebagai rakan baik, saya hanya simpati saja, tak tahu nak buat apa..dan adalah juga sikt2 nasihat yg saya boleh berikan..nak bagi lebih2 nanti takut dia kawan saya ni kata saya suka jaga tepi kain orang pulak...tapi kesian tu memang kesian..

kepada kwan2 yg ada pendapat yg bernas tu, bagilah nasihat, boleh saya sampaikan pada kwan saya tu...


entahlah..mcm2 hal..dunia..dunia..

p/s:.....selamat bermesyuarat ..


alhamdulillah


hari ini dah 16 hari dah umat islam di malaysia menjalani ibadat puasa..syukur alhamdulillah setakat hari ini segalanya berjalan lancar, wp saya demam hari ini, tak pergi sekolah mengajar, apa nak buat, demam, sakit semuanya bukan kehendak kita...tapi sebagai manusia biasa saya tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana memberi peluang pada saya merasai bulan ramadhan yang mulia ini....alhamdulillah..



Rabu, 25 Ogos 2010

eksperimen di sekolah hari ini...........

pelajar membuat eksperimen

guru hanya pembimbing..

hasil eksperimen

kertas litmus..

dapatan pelajar

perubahan kertas litmus dengan air limau

buku peka....

bahan-bahan untuk dikaji

kerjasama dalam kumpulan


Theme: Investigating Materials

Learning Area : 2.1 Acid and alkali

Learning objective : Understanding the properties of acidic, alkaline and neutral

Learning outcome : by the end of the lesson, pupils should be able to identify acidic, alkaline and neutral substance using litmus paper

Science Process Skills: communicating, predicting, and making hypothesis.

Manipulative skills: use and handle science apparatus and substance.



** alhamdulillah...objektifnya tercapai seperti yang dihajatkan...

Selasa, 24 Ogos 2010

malam ini ku bina sebuah kapal...

belayar menempuh gelombang bertaut

malam ini...
telah ku siapkan sebuah kapal
kayunya dari pohon-pohon cintaku..
naiklah sayang..tanpa ragu-ragu...

sama-samalah kita harungi samudera asing..
belayar antara gelombang dan badai gasing..

aku anaklaut..belayar menakluk laut demi laut..
terusan dan cakrawala.
menuju benua baru
bernama pulau bahagia




p/s:....cintaku padamu tak pernah mati....

Ahad, 22 Ogos 2010

bila hati tersentuh....


18hb Ogos 2010/rabu

seperti biasa..sebelum memulakan p&p di dalam kelas, sempat bertanya semua beberapa pelajar tahun 2, berkenaan menu atau juadah berbuka puasa.. aku tertarik dengan satu jawapan anak murid aku yang satu ni.., sedih pun ada, sayu pun ada..

" Dan... ( nama ringkas pelajar saya),...petang semalam, kamu berbuka puasa dengan juadah apa?" tanya ku ...

pelajar ini, hanya diam..tak memberi jawapan...dan teragak-agak mungkin....tak mengapalah, tak nak jawab pun x mengapa, kata aku...mungkin dia ada alasan yang sendiri... tiba2 pelajar tadi datang ke meja aku, dia menyatakan pada aku..:

" cikgu..petang semalam, saya mak, ayah dan adik2 berbuka dengan maggi saja.."

" maggi..? kenapa...?.." tanya aku perlahan..

"maggi sebab tak ada apa yang nak dimakan..." tulah terpacul dari mulut pelajar tu..

Sejujurnya aku sedih....bukan salah nak makan apa pun,. wp makan maggi..tapi kata " kat rumah tak ada yg nak dimakan.." tu yg buatkan hati aku rasa sedih..

"abis..sahur pula dengan apa.?"...

"Sahur tu, yang cikgu bagi tu..".( merujuk kepada biskut dan beberapa makanan RMT yang pihak sekolah bagi kat pelajar.. kerana bulan puasa RMT tak dapat dijalankan..kerana ada peruntukan, maka bagilah beberapa makanan tu)

lagi aku tersentak....semua kak dan abang kamu, makan biskut la mcm ni...?"

"mak dan ayah, minum air saja...biskut tu kakak dan abang..saja yang makan.." katanya....

inilah antara kemiskinan yang ada di dalam dunia......di saat kita semua makan makanan yg best2..jiran sebelah rumah kita hanya makan maggi..ayah terpaksa berkorban untuk anak-anaknya..anak2 yg masih kecil dan yang belum faham akan ujian di dunia ini....



p/s: yang makan maggi kerana terlupa nak beli beras..tak termasuk dlm kes ni...


Sabtu, 21 Ogos 2010

entri pagi: sekitar aktiviti di sekolah minggu lepas.

Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali.


Akhbar Berita Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah Melayu

Akhbar Utusan Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan


Akhbar The Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan di muka depannya.



salam....

selalunya bila pagi tak sempat nak online...time2 mcm ni dah berada di sekolah, tapi bila cuti mcm hari ni, adalah sedikt ruang untuk online pada pagi...bila online pagi...suasana nya tenang saja..sungguh hening, tak banyak sangat gangguan2 yang tidak diingini, spt budak2 bermain mercun dan bunyi bingit kenderaan yg bertali arus..

bulan ogos adalah bulan kemerdekaan di sekolah, pelbagai aktviti telah diaturkan bagi menyambut bulan kemerdekaan, salah satu aktivitinya Pertandingan Lagu-lagu patriotik untuk tahap 2, Kuiz,Pertandingan Medeklamasikan Sajak, Tayangan Filem "Sarjan Hassan", "Bukit Kepong". Kempen kibarkan Jalur Gemilang telah pun bermula sejak awal lagi, dan setiap kelas dipenuhi Jalur Gemilang bagi memupuk samangat patriotik kepada semua pelajar.




Jumaat, 20 Ogos 2010

bila fajar melambai jauh..



saat fajar melambai jauh...
hatiku menjadi terlalu rindu..

masih ingat rasa ini..
pada pertemuan silam..
setitik seteguk terhirup penghilang dahaga..
apa bisa kupinta..
selain padaku kental ingatan..
sepurnama berlalu indah..
akan ku abadi dalam diri.
ku bawa bersama kembara..
teman di kala sunyi




p/s:......rindu fajar di kg halaman....

malam ini..



malam ini..
malam yg indah pada hembus
bulan Ogos..

malam ini..
malam yg indah pada hembus
bulan ramadhan yang barakah kembali..
ku mengucap syukur ke hadrat Ilahi
dapat bersua dengan Ramadhan kali ini..


p/s: moga tidur dengan lena...



Khamis, 19 Ogos 2010

alhamdulillah....



hari ni dah 9 hari dah umat islam berpuasa.....
alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt
kerana memberi kepada saya peluang
untuk merasai nikmat berpuasa di bulan yg mulia ini..

saat begini teringat kat kampung la pulak...ishh.
teringat saat berbuka puasa bersama keluarga..

p/s: bulan ramadhan menggamit kenangan


Rabu, 18 Ogos 2010

janganlah main mercun........( terkejut ....!! betul la bunyi mercun nihh)

jangan sampai jadi mcm ni


mercun yang bahaya


sedang aku dok santai..releks..tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat, bunyi mercun....ishhh...terkejut betul..janganlah main mercun, mengganggu betul la budak2 nih....nasib baik la saya tak de sakit jantung....ishhh..kalau ada dah rebah akibat terkejut!!!

kepada ibu bapa tu...tolong2 lah pesan kat anak-anak, jangan lah asik dok main mercun.....mercun tu kan bahaya...kan tak pasal2 putusa jari, buta mata, kalau terkena mata...bila dah kena dah tak guna lagi nak menyesal...


p/s......hehe..terkejut betul tadi..

Selasa, 17 Ogos 2010

satu pagi di dalam perpustakaan...



inilah murid-murid saya......semuanya comel2 belaka...hehe.. hari ni bawa masuk library, bagi peluang kat pelajar untuk belajar secara kendiri, sambil2 tengok tv ( astro).. bagi peluang kepada pelajar untuk baca buku, tak kiralah apa buku pun, bagi menambah pengetahuan sedia ada murid.

pelajar yg nak tengok tv, tengoklah ..tapi jangan bising..tu saja, nanti mengganggu pelajar lain yang sedang membaca. Library di sekolah saya berkonsepkan belajar sembil bermain (permainan dalaman), setiap sudut ada disediakan pelbagai buku-buku cerita, majalah2 didik, ( macam2 lagi lah....nak sebut memang tak cukup kat sini.)

nasib baik pelajar2 saya ni jenis yg dengar kata, bagi tahu sekali saja...dah dengar cakap...


p/s......tq..


Isnin, 16 Ogos 2010

surat pelajar minta cuti kepada guru.......


Nasib baik saya ni bukan cikgu BM, kalau tak memang parah nak betulkan tatabahsa, ejaan struktur ayat pelajar ni......



Misteri payu dara budak empat bulan

SEORANG bayi berumur 13 bulan (kanan) yang didapati mempunyai pertumbuhan payu dara awal sedang bermain dekat ibunya di rumah mereka di Beijing pada minggu lalu.


Kerana mungkin ibu bayi perempuan ( 13 bulan) ini tersalah memberi susu tepung, keluaran Syarikat Synuta menjadi penyebab tiga bayi perempuan antara lima bulan hingga 13 bulan mempunyai pertumbuhan payu dara awal seperti orang dewasa..

Kisah ini berlaku di Beijing, China..minta-mintalah kes seperti ini tidak berlaku di Malaysia, kesian kat baby kalau berlaku hal mcm ini...





Lagi Kes Buang Bayi: Kenakanlah Hukuman Gantung Kepada Mereka Yang Melakukannya....

bayi yg tdiak berdosa dibuang di dalam sungai Tambun Petaling Jaya, semalam


Sejak Januari hingga Ogos, seramai 64 orang bayi telah dibuang, dgn ini bermakna purata sebanyak 8 orang bayi dibuang dalam tempoh sebulan..apa sudah jadi dengan masyarakat Malaysia?....yang terbaru ialah penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara Petaling Jaya, kelmarin..

Amat senang nya.membuang bayi ke dalam sungai, seolah-olah spt bangkai ayam, bangkai kucing lagaknya..nilai nyawa bagi seorang manusia sangat murah sekarang ni...tergamak membuang ke dalam sungai, apalah dosa seorang bayi itu, sehingga sanggup membuang ke dalam sungai? Mayat bayi perempuan yg masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan lima lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan kira-kira 11.40 pagi kelmarin.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan cadangan kerajaan, untuk mengambil tindakan tegas dan menghukum seberat-beratnya kepada yang melakukan kesalahan yg tidak berperkemanusiaan ini.. Kenakanlah hukuman gantung sampai mati, apa nak dituggu lagi..?? Sudah tiba masanya pihak kerajaan memberi respons yg tegas dan keras..




Ahad, 15 Ogos 2010

aku kembara....



di kanvas ini aku kembara..
langit tanpa tepi..
ku lukis bintang-bintang..
bertaburlah sinar tanpa henti..
setiap bintang adalah nyala penuh gelora
seperti cinta yg tak pernah padam
selalu membara..

kamu adalah bintangku yg paling terang..
makanya glaksi indah tanpa lelah ku karang..
hanya untuk kamu...



..kembara mencari kamu.

juadah dan kuih berbuka puasa hari ini

kerabu perut


akok

kuih bengkeng

onde-onde

daging masak merah.



masa berbuka tinggal dah tak lama dah ni........inilah menu juadah berbuka puasa saya petang ni..
simple saja...

tapi syukur alhamdulillah...


..lamanya..

latihan kebakaran di sekolah.....

kereta Bomba yang berharga RM 1.6 juta sebuah




sebenarnya ini kisah lama, seminggu yang lepas, di sekolah telah diadakan latihan kebakaran.
dapatlah bagi peluang kat pelajar2 tengok cara2 memandam kebakaran, dan langkah2 yg perlu diambil, sebelum, semasa dan selepas kebakaran..

terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan salah satu program ko-kurikulum ini....


..boring...

Isteri dibunuh suami ketika sahur.............



TELUK INTAN – Keheningan hari keempat Ramadan sebuah keluarga di Taman Mawar, Langkap di sini semalam tiba-tiba bertukar menjadi tragedi sekali gus menjadikan dua adik-beradik perempuan yatim piatu.

Bapa mereka, Mohd. Natri Sharuddin, 39, tiba-tiba mengamuk sebelum menetak mati ibu mereka, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, dengan parang.

Kejadian menggemparkan penduduk taman itu berlaku seawal pukul pukul 5 pagi apabila Mohd. Natri tiba-tiba menjerit meminta Khairul Bariah bangun bersahur sambil menendang pintu serta dinding rumah teres dua tingkat yang disewa mereka.

“Bangun sahur, bangun sahur.’’ Itulah jeritan Mohd. Natri sebagaimana diceritakan oleh Nazuwa, 10, yang terkejut dengan jeritan bapanya itu yang memecah hening pagi.


sumber: kosmo online


Sabtu, 14 Ogos 2010

Kelantan Guna Dinar Emas....


Dinar Emas Kelantan


Tidak lama lagi, negeri Kelantan, negeri warisan budaya saya akan menggunakan dinnar emas dan perak sebagai medium dalam urusan jual beli. Menurut Exco Kanan, Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa penggunaan dinar emas dan perak hanya digunakan dalam pertukaran barangan semata-mata, bukannya bersifat sebagai matawang, yang menggantikan Ringgit Malaysia, yang kita tahu urusan berkaitan urusan mata wang bukanlah dibwah kerajaan negeri, tetapi kerajaan pusat iaitu Bank Negara Malaysia ( di bawah Kementerian Kewangan Malaysia). Seperti yg diumumkan ianya digunakan sebagai medium pertukaran barang sahaja..bagaimana caranya mungkin akan ada penjelasan lanjut oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan nanti..

Dinar emas Kelantan, yang mempunyai berat 4.25gram, Diameter, 23mm dan ketulenan 91.7% adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang akan menggunakan dinar ini tidak lama lagi.

Sebagai langkah pertama, kerajaan negeri Kelantan, akan menggunakan dinnar emas ini sebagai medium pembayaran zakat pada tahun ini. Dinar dan dirham yang dilancarkan pada 13hb Ogos 2010, oleh Tuan Guru Nik Abd.Aziz, Menteri Besar Kelantan, turut menyerahkan dinnar kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh sebagai pembayaran gaji pada kakitangannya pada bulan ini.






lagi gambar2 tragedi Pasar Ramadan Di Jasin...

betapa kuatnya ribut

musnah segalanya..

kelamnya..


sedih memandang..

kuatnya..angin

khemah diterbangkan angin

awan berarak kelam

dugaaan bulan ramadan

semunya musnah

berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul.




Betapa kuatnya ribut yg melanda jasin, semalam.........

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy