Rabu, 29 September 2010

malam ini saya happy...



malam ini
hati berbunga-bunga sikit..
gembira...



p/s: tadi sakit perut salah makan agaknya..

Isnin, 27 September 2010

gadis dirogol di dalam kereta oleh lelaki gila seks...


Kerana tidak mengunci kereta semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Putra, Kuala Lumpur, seorang gadis, berusia 20-an bukan saja dirompak malah dirogol (di dalam kenderaan gadis) oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta gadis terbabit.

Mangsa yang malang itu terlebih dahulu dipukul dan diacukan sebilah pisau sebelum melakukan perkara yang terkutuk itu. Peristiwa yang malang ini boleh dielakkan kalau gadis tersebut berhati-hati dan mengunci kereta yang dinaikinya..semoga menjadi pengajaran kepada gadis-gadis di luar sana agar lebih peka dan berhati-hati, kerana penjenayah yang gila seks tidak memilih tempat, asalkan ada peluang yang terhidang, pasti penjenayah akan melakukan perkara sebegini.

Menyebut hal yang berkaitan dengan "gila seks" ini sangat bahaya..penjenayah tidak akan memilih mangsanya, hatta bayi yang berusia beberapa bulan pun dilakukan pelbagai perkara seperti cabul dan lebih perit dirogol.? mengapa ini berlaku..? salah satu puncanya ialah gila seks lebih menjurus kepada penyakit jiwa..dan penyakit ini sangat bahaya...

Jenis-jenis penyakit gila seks adalah boleh dikelaskan seperti berikut:


  • Beastially- iaitu orang yang suka melakukan seks dengan haiwan, seperti kambing, lembu anjing dan binatang2 yang lain
  • Exhibitionisme- orang yg suka melihat perempuan berjalan khususnya bahagian punggung sehingga menimbulkan keghairahan.
  • Fetishime- Lelaki yang suka menyimpan dan mengumpul barang-barang perempuan seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala wanita dan keperluan wanita yang lain.
  • Homoseks- seks dikalangan lelaki yang kebiasaannya mereka melakukan seks dgn cara memasukkan zakar ke dalam dubur. Lelaki jenis ini, jika mereka berkahwin pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isterinya melalui dubur juga..
  • Lesbian- Lesbian dikaitkan remaja perempuan yang melakukan cumbuan dan ciuaman sesama perempuan. Seorang akan bertindak sebagai "lelaki" dan seorang akan bertindak sebagai perempuan. Selalu melakukan seks oral sesama mereka.
  • Molest- percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggung atau buah dada atau mengambil kesmpatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan.
  • Necrophilia- lelaki yang suka melakukan seks dengan mayat.
  • Nymphomania- Gadis atau wanita yang tersangat kuat nafsu seks. Tidak pernah puas dengan satu lelaki.
  • Melancap/onani/ mastrubasi - dilakukan dengan menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain dan mengeselkan clitoris di kalangan remaja perempuan.
  • Pedophila- lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak, cucu mereka sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada wanita dewasa.
  • Satyrisis- Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan ramai perempuan dalam satu-satu masa.
  • Scoptophlia- Lelaki yang suka melihat orang lain melakukan hubungan seks. Lelaki jenis ini suka mengintai/menghendap perempuan mandi/ dan lain-lain. jangan terkejut lelaki jenis ini suka melihat isterinya sendiri atau anaknya sendiri disetubuhi oleh orang lain.
  • Wifeswapping- Orang yang suka mengganggu isteri dan suka melakukan seks dengan isteri orang lain atau suka bertukar-tukar isteri
  • Voyerisme- Orang yang suka mengintip perempuan mandi termasuk mengintip ahli keluarga sendiri), di mana-mana lubang yang terdapat di rumah mereka.


Kepada perempuan dan gadis-gadis di luar sana..berhati-hatilah..sentiasa berwaspada dan peka terhadap persekitaran.jangan memandang remeh soal ini, kerana ini melibatkan maruah diri dan keselamatan. Dan untuk kepada yang sentiasa mengoda-goda tu..hentikanlah perbuatan yang tidak senonoh tu... dan]h naik rimas dah ni..



andainya ku tak bertemu kamu...


andainya ku tak bertemu kamu...
langit hanya lembaran biru di angkasa..
yg tak pernah ku lukis dgn gerimis dan pelangi..
dan mungkin matahari tak pernah terbit..
utk membuka jendela dan menyematkan cahaya..

andainya ku tak bertemu kamu...
malam hanyalah waktu utk menunggu pagi.
ku tidur hanya menyulam mimpi yg tak pasti.
dan bulan hanyalah lampu redup ditiup angin..
terjerat di reranting kelam..

andainya ku tak bertemu kamu...
barangkali hidup hanya setumpukan siang dan malam..
seperti sajak yang dibiarkan tanpa makna dan kelam..
angin menghembuskan di luar jendela..
hilang entah ke mana..

andainya ku tak bertemu kamu...
entahlah...tak tahu nak kata apa.....!



p/s: kenangan yg indah bila bersama kamu..

Ahad, 26 September 2010

susahnya menjadi seorang "aku"

rindu dengan pasirnya, rindu dengan batunya, rindu dengan bau laut, rindu dengan matahari terbenam dan rindu kamu


Orang yang sibuk dengan melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikianlah kata-kata yang menerjah ruang minda ku saban hari...di saat ingin ku mahu menghindiri semua hal-hal yang tak baik, semakin kuat pula perkara-perkara itu datang menggoda....menggoda aku untuk melakukan hal-hal yang tidak baik adalah satu ujian yang hebat padaku..namun alhamdulillah semakin kuat dugaan semakin kuat aku bertahan dan melawan semua tu..

Kadang-kadang bukan mudah untuk ikhlas..Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsia Allah swt.Melakukan segala kebaikan bukan kerana Allah swt itu sebenarnya tidak ikhlas..Meninggalkan segala kejahatan bukan kerana Allah swt itu pun tidak ikhlas jugak...kadang-kadang kita sangat ikhlas pada orang lain, tetapi kita sering diuji dengan pelbagai perkara yg kadang2 tu hampir2 kita sendiri tersungkur..

Susahnya menjadi seorang yg bergelar "aku". Di tempat kerja pun ada juga masalah..walaupun setakat ini semua itu dapat ku serapkan segala permasalahan tapi kadang2 sangat mengganggu juga..kadang2 tu..masalah yang dicipta sendiri oleh mereka yang tidak bertanggungjwab ini aku berjaya tempuhi dengan sabar...daripada tahun lepas dengan layangan surat layang, surat fitnah dan bermacam kerenah lagi sangat memberi kesan sedikit sebanyak terhadap rutin hidup aku.. berkat kesabaran aku, akhirnya yang batil itu nampak jua...

memang susahnya menjadi seorang yang bergelar aku. aku insan yang kerdil di lautan rahsia Allah yang sangat dalam. Yang terjangkau oleh aku ialah hanyalah percikan ombak di permukaannya.

Ya Allah....ketika aku keliru tunjukkanlah jalan menujuMU. ketika aku lemah perkukuhkanlah.Ketika aku alpa ingatkanlah...Jauhkanlah diri aku dari segala perasaan yang tidak baik..amin..

p/s:...rindu..

rindu hujan rindu kamu.....


malam tadi bersama abang saya pergi beraya di Melaka..
nak tak ikut abang yang ajak, mahu tak mahu pergi la juga.....

balik rumah jam dah melewati 4.00 pagi. sebelum mata lena ( entahlah lena ke tak)
sempat buka blog dan cuba coretkan serba sedikit kat sini..

skg jam 4.30am..masih lagi mata belum menunjukkan tanda2 mahu lelap..tak tahulah kenapa..mungkin dah terlebih masa tido yg sepatutnya agaknya..
jadi mata sukar nak tido...penat memang penat....

saat menulis entri ni, sambil mengirup teh panas... di luar rumah hujan renyai-renyai..alhamdulillah hujan rahmat kurniaan Allah swt pada bumi...susananya terasa sangat hening tiba-tiba perasaan rindu menjelma dalam diri...suatu perasaaan yang sangat sukar digambarkan...

Hujan masih turun..derai air dari langit membasahi jalanan yg sepi..

aku merindukan hujan yang biasa datang tiba-tiba, tanpa permisi

rindu pada butiran airnya..
rindu pada kuyup basahnya
rindu pada cinta penuh kenangan di dalamnya..


aku merindukan pelangi yang biasa hadir setelah hujan pergi.. rindu pada tujuh warnanya...rindu pada lengkung sempurnanya...rindu pada anggun titik-titik airnya..

dalam dalam hujan juga ku rindukan kamu..yang biasa hadir ketika hujan dan pelangi tiada di sini....rindu pada diammu yg sepi...rindu pada dinginmu yang sunyi...rindu pada gelak tawa, senyumanmu yang misteri...


p/s: aku tersedar untuk tak beku.....tak biarkan pagi merampas mimpi...


Jumaat, 24 September 2010

bukalah pintu maaf sayang.....



bukalah pintu maaf utk embunku....
agar ku dapat mengusir kebekuan di kelopak-kelopakmu...
menceritakan keindahan pagi yg dititipkan mentari..
dalam bias cahayaku..

bukalah pintu maaf utk langitku..
agar ku dapat mengiring awan utk memayungimu..
mengirimkan kedamaian buat kita..

bukalah pintu maaf buat gerimisku..
agar ku dapat menjadi air matamu..
menitipkan kasih di hatimu..
menghapuskan gores-gores pedih di dinding hati..
dan menggantikan dengan garis-garis pelangi..


p/s;....sorrry

Khamis, 23 September 2010

rindu membebaskan aku...



rindu membebaskan ku dari sunyi...
rindu membebaskan dari kelam..
kamukah menggenggam rembulan di bingkai jendela..
membulatkan keheningan menjadi sekeping cahaya..
yg mengubah lapang malam menjadi taman..
membawa ku di sudut kenangan..

rindu membebaskan ku dari dingin...
mengalir tanpa henti ke setiap nadi..
membawa rinduku padamu di sana...


p/s: rindumu selalu..

renung payu dara isteri 5 minit ..panjang umur suami 5 Tahun




aku tertarik sangat dengan artikel yg ditulis oleh tuan abu muaz...

satu artikel yg ditulis oleh seorang ahli Gerontologist dari Jerman, Dr. Karen Weatherby, dalam kajiannya mendapati,

mana-mana lelaki ( suami ) yang merenung payu dara isterinya selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki ( suami ) selama 5 tahun..

tu baru sepuluh minit suami renung....kalau lebih 10 minit..lagi lama la umur si suami tu....


p/s: sekarang juga saya nak gi renung ni.........hehehe



Rabu, 22 September 2010

sebelum mata pejam....



sebelum mata lelap ingin sekali lagi aku coretkan kat sini...
baru lepas ajar serba sedikit petua2 last minit untuk beberapa anak murid ku..
esok paper sains upsr..bagilah apa yg patut...petua2 yg perlu diberikan..
moga anak-anak didik saya dapat menjawab dgn jayanya esok..

sementara tu ada juga tunggu kamu..tapi mungkin kamu sedang sibuk mungkin...
tak mengapalah...semua ada tanggungjwab yg perlu diselesaikan kan?

memang terlalu banyak sangat dugaaan yg menimpa kita..datang bertali arus..lepas satu-satu datang...namun, kamu jgn risau...ku akan tabah, kuat menempuhi semua ini.
tak akan goyah iman ini dgn semua dugaaan itu..

ku ada puisi yg biasa buatmu...yg kini kamu sdg lena tidur:


sayang...
abang sedang memandangmu...
di bawah bulan setengah lingkaran..
membaca selaksa di matamu..
mentafsir sirat cinta kita..

di bawah bulan yang menggambang..
di permatang alis wajahmu..
ribuan kata tertutup embun.
dan kulihat wajahmu..
merunduk memegang bulir rindu..

sayang...
dugaaan yg menimpa kita..
adalah ujian yg maha hebat
moga kita bersabar menempuhnya...







Selasa, 21 September 2010

kena sound la nampaknya



pening kepala laa
pulak...
tak abis2-abis...

kena sound la nampaknya..


p/s:....jenis tak reti bahasa,

sabarlah hati..




hari ni dari pagi hingga ku tulis entri ni rasa tenang saja..
kat luar cuaca mendung saja..
suasananya yg berangin terasa sungguh mendamaikan....
minta-minta ketenangan ini akan berpanjangan..

hari ni juga pelajar2 saya menghadapi upsr
21/22 dan 23..
moga semuanya dpat jawab semua soalan2 tu..
cikgu mendoakan semua kejayaan kalian...
begitu juga dgn sekolah kamu..moga pelajar2 kamu juga berjayalah..
biar semua dapat cemerlang dlm upsr tu..

hari ni aku cuti..
dapatlah rehat sikit setelah pelbagai hal melanda.
dah byk masa ku abis gara-gara org yg tak faham bahasa...
dah naik rimas dah..



p/s: sabarlah hati..



Isnin, 20 September 2010

tak ada keje lainkah??



aku tak tahu di mana masalah ni bermula..
tiba-tiba saja datang bertimpa2
menggoda aku hingga aku rasa rimas
jgnlah

** jenis yg tak faham bahasa!
cukup2lah...mengganggu ketenangan aku
tak ada keje lain kah..



Ahad, 19 September 2010

air sungai yang berubah




Sedangkan air di sungai lagikan berubah..
inikan pula hati orang..




Jumaat, 17 September 2010

dah mula mengajar esok


jumaat, dah mula sekolah dah..setelah hampir 2 minggu cuti hari raya
kini dah ada di seremban, wah..lama nya saya tinggalkan rumah saya ni.
wp 2 minggu tapi aku rasakan bagikan lama betul aku rasa..
entahlah kenapa aku rasa mcm tu..

sampai di sini mlm tadi
sempat jiran-jiran datang untuk bertemu mata ( raya),
terima kasih diucapkan!
dan banyak juga cerita-cerita yang sampai ke tahap aku
"geleng2 kan kepala", iaitu peristiwa
yg berlaku sebelum raya hari tu..
belum ada masa yg sesuai lagi untuk ku selesaikan hal tu..insyallah dalam masa terdekat
ini semua kira selesailah tu..wp serba salah, tapi kena jelaskan juga..







Rabu, 15 September 2010

bila demam mcm2 fikir



pagi tadi sekali
ke klinik
kali ini doktor suruh ambil darah
nak tengok kot2 ada apa-apa penyakit
yalah asyik demam2 saja sejak raya nih..

keputusan darah dah tahu..
tak ada penyakit apa2..Dr bagitahu
tapi tetap saya tak sihat2 jugak..

pesan doktor..
minum air masak byk2..jgn sekali2 minum air batu.
memang tak minum pun..!

sejak hari raya saya tak berapa sihat..
batuk2..dan selsema...dah ke klinik ari tu..
dah ok dah.....

tapi demam lagi...tak tahulah..
apalah nasib saya ni..


p/s:..

??

Isnin, 13 September 2010

Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan


Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan di Balai Rong Seri Istana Balai Besar hari ini.



KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

"Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri.

Daulat Tuanku..!

muka suspect pembunuhan Datuk Sosilawati

salah seorang dari suspek kes bunuh dan bakar



Gambar salah seorang lagi suspek pembunuhan datuk sosilawati



sumber:

Kerabu Bersuara


Ahad, 12 September 2010

Datuk Sosilawati dan 3 yang lain mati dibunuh


Berita kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 orang yang lain akhirnya terjawab juga. Hari ini dalam Utusan Malaysia, pihak polis telah mengumumkan bhawa kesemua yang hilang tu sudah pun mati, mangsa yg malang itu telah dibakar dan abunya telah di buang ke laut di Pantai Morib Selangor.

Di saat kita merayakan hari raya, dengan penuh kegembiraan, berita pembunuhan ini sangat memilukan dan mengejutkan. Pihak polis juga telah berjaya menahan 7 suspek bagi membantu kes ini.

Diharapkan pihak polis dapat mengrungkai kes ini dengan sedalam-dalamnya dan pihak yang bertanggungjwab harus mendapat hukuman yg setimpal..

alfatihah..


Rabu, 8 September 2010

selamat hari raya....



maaf
maaf maaf
maaf maaf maaf maaf
maaf..maaf..maaf..maaf...maaf..maaf

di mana-mana penuh dengan maaf
posmen membawa maaf ke sana ke sini..
amboi...banyak nya maaf..diserangnya pejabat pos bertubi-tubi..
maaf bermaharajalela..

bila kawan berjumpa..maaf melompat-lompat dari mulut..
tangan dihulurkan berlumur maaf..

maaf zahir dan batin..
maaf zahir dan batin..

bestnya maaf melompat-lompat
berlari-lari terbang belayar..
seronoknya maaf-maaf..
maaf-maaf di seluruh dunia berjumpa..
bagaimana agaknya maaf tu ya..??


p/s....penatnya....

Ahad, 5 September 2010

jejak kita adalah ujian..



malam yang indah. di langit timur penuh cahaya.
menyapa bulan baru.bulan terindah.selamat dan sejahtera.

telah kita lewat dengan bahagia. sepanjang tahun penuh barakah.
jejak peristiwa adalah dugaan dan ujian. untuk bersyukur dan bersabar..
adalah anugerah: untuk bahagia dan tabah.

fajar yang jingga. burung-burung berkicauan di pepohon membuka pintu rumah kita.
angin berhembus mengirimkan wangi bunga.

kamu dan aku adalah sebuah perjalanan. sebuah jalan setapak
membelah langit biru. untuk kita melangkah bersama.


p/s:....masih bernasib baik....huhuhu

buka puasa dengan milo kosong kaw saja hari ini..


hari ni buka pose kat luar..singgah di kedai kat sini...makanan yg dipesan pun lambat sampai, orang ramai- hanya dapat minum air milo kaw saja...

ini kali pertama aku buka pose kat luar petang ni....tak bestnya..tapi apa boleh buat, ada sebab yang tertentu yg menyebabkan aku terpaksa buka pose kat luar petang ini..

letih dan penat....


kad raya daripada pelajar tahun 2

kata-kata dalam kad

kad raya: nampak simple tapi sangat bermakna pada saya


bila nak raya, seperti biasalah saya ada lah terima kad-kad raya daripada anak-anak murid saya.. kad tu tak kiralah kad yang mereka buat sendiri atau pun kad yang dibeli di kedai..terima kasih dan terharu membaca kata-kata di dalam kad tu. "sempena hari yang mulia ini, saya ingin mendoakan agar cikgu dirahmati Allah .." semoga panjang umur dan dimurahi rezeki.." syahdunya apabila anak murid saya di tahun 4 mendoakan saya seperti tu..

tak banyak adalah dalam 100 lebih kad raya..yang diberi oleh pelajar2 saya... sangat terharu membacanya..



p/s....terima kasih..

:- dugaan..oh dugaan....




Jumaat, 3 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H.....MAAF ZAHIR DAN BATIN...


Sempena Syawal yang bakal menjelang ini, saya ingin titipkan ampun dan maaf, andai ada perilaku, tuturkata, salah dan silap kepada semua sahabat-sahabat blogger saya, sama ada sengaja ataupun tak sengaja...

saya berdoa pada Allah swt agar ingatan dan ukhuwah dan ingatan yang telah terbina tidak akan terluput dari kotak memori ini..insyaAllah..

andai esok masih ada untuk kita....itulah hari dan masa yang terbaik buat kita...
andai esok bukan buat kita..mohonlah kepada-Nya agar kita diberkati dan tidak jauh dari menghfirah-Nya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H.....MAAF ZAHIR DAN BATIN...


p/s:....sunyi di hari raya..




Khamis, 2 September 2010

jangan godaku...


hey...perempuan!,
jangan goda aku...
dengan susu mu..




p/s: mcm2 dugaan bulan posa nih...ishh

Rabu, 1 September 2010

dugaan bulan ramadhan...


sejak semalam saya kurang sihat,
asyik dok batuk-batuk saja..
tadi masa solat terawih pun terganggu,
dah makan ubat, tapi masih batuk juga nih..
nak tidur pun tak leh...





kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy