Ahad, 31 Oktober 2010

Kelantan Cuti Hari Ini, Hadiah Kepada Seluruh Rakyat Kelantan

PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


Piya menjaringkan gol kemenangan Kelantan

BADRI meraikan gol kemenangan Kelantan pada separuh masa kedua perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi




Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi. Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 ketika ditemu bual oleh RTM dalam siaran langsung perlawanan edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi TV1


“Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat. ”Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan,” katanya.

Sementara itu, penjaring gol penyamaan Kelantan, Hairuddin Omar yang mencetuskan kebangkitan mereka daripada ketinggalan 1-0 untuk menjulang gelaran berprestij bola sepak negara itu, berterima kasih kepada seluruh penyokong dan mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan.

“Terima kasih kerana semua pihak bersungguh-sungguh yang mencipta kejayaan ini biarpun mulanya kami ketinggalan. Piala ini berhak dihadiahkan kepada semua rakyat Kelantan sama ada yang hadir beramai-ramai di Stadium Nasional dan di negeri ini yang tidak henti-henti menyokong pasukan ini,” katanya.

Pemain kelahiran Setiu, Terengganu berusia 31 tahun ini, menanduk masuk pada babak kedua untuk memadam gol pendahuluan penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah sebelum Badri Radzi memastikan Piala Malaysia milik Kelantan dengan rembatan kencangnya.

Kejuaraan kali ini turut lebih manis dan pasti terpahat sebagai kenangan indah yang tersendiri dalam karier Hairuddin selepas meraihnya bersama Terengganu pada 2001 dan sebagai pemain Negeri Sembilan yang dipinjamkan oleh kelab negeri asalnya, T-Team, tahun lalu.

p/s: terima kasih atas sokongan kamu juga...Kelantan menang...hehe










Kelantan JUARA Piala Malaysia 2010 [Awani]



- Kejayaan yang sangat manis buat Red Warriors

Red Warriors win the 2010 Malaysia Cup ( cewah..tajuk orang puitih entri kali ini..) hehe

Kelantan Juara Piala Malaysia


gelagat penyokong kelantan dan N.Sembilan

suasana di dalam stadium jam 5.00 petang

Kelantan melakar sejarah apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun untuk merangkul Piala Malaysia.



Sabtu, 30 Oktober 2010

bola..oh...oh..bolaaa..



bola dan cinta..
bercantum jadi satu..
malam ni jadi penentu..

jgn lupa..801.....bawa kuih atau kacang banyak2..sambil tengok bola.
sambil makan kacang..hehe

jgn lupa janji kita...


- bola sambil rindu-rinduan......hehehe

Kelantan menang malam ni....

menjadi rebutan

Kelantan berasa mereka telah matang dengan pengajaran musim lalu manakala Negeri Sembilan percaya seluruh pemainnya mampu menampung kelemahan jentera serangan apabila kedua-duanya mengulangi perhitungan akhir bola sepak Piala Malaysia, malam ini.

Edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil turut membuka peluang terbaik Wira Merah menghadiahkan Sultan Muhammed V atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan.

Sedangkan Si Rusa mengidam gelaran berganda musim ini selepas menjulang Piala FA.

Inilah kemaraan keempat Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia (termasuk Piala Malaya) selepas 1955, 1970 dan tahun lalu yang kesemuanya dihampakan Singapura, Perak dan Negeri Sembilan sementara lawan turut pernah menjuarainya pada 1948 selain bergelar naib juara 2000 dan 2006.

Namun, musibah kecederaan melanda pasukan masing-masing dengan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melupakan khidmat Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam manakala Rezal Zambery Yahya mungkin sekadar di bangku simpanan Negeri Sembilan dan Rahman Zabul sah diketepikan Wan Jamak Wan Hassan.

“Kami lebih bersedia kali ini dan telah belajar daripada pengalaman tahun lalu. Kami harap dapat menunjukkan apa yang kami pelajari itu kali ini dengan barisan pemain lebih berpengalaman tetapi biarlah label pasukan pilihan itu bukan ditujukan pada kami,” kata Sathianthan.

Wan Jamak pula berkata: “Akibat kecederaan (Rahman, Rezal dan Zaquan Adha Radzak), kami terpaksa mengubah banyak posisi tetapi saya percaya kesebelasan pemain di padang (malam ini) mampu menjaringkan gol termasuk mereka yang baru kali pertama bermain perlawanan akhir Piala Malaysia.”

Sathianathan yang memburu gelaran sulung tempatan dalam karier kejurulatihan berharap tuah kali ini menyebelahinya.

”Saya harap nasib bukan lagi menentang saya seperti tahun lalu kerana setiap kali memasuki perlawanan akhir, anda akan berasa mampu menang sedangkan Negeri Sembilan juga sebuah pasukan hebat. Tuah jelas mampu memainkan peranan,” ujar Sathianathan.

Bagaimanapun Wan Jamak berkata: ”Memang mudah bercakap daripada membuat dan ramai yang berkata lebih banyak tekanan pasti berpihak kepada kami selaku juara bertahan tetapi bagi saya hidup ini sebenarnya satu tekanan. Kalau tiada tekanan langsung, tidak mungkin kita mampu memperbaiki diri.”

Dalam pada itu Sathianathan menegaskan, jika Negeri Sembilan dikatakan tiada penyerang utama atau penjaring gol tetap, bagaimana mereka mampu ke perlawanan akhir?

”Adakah dengan hanya seri 0-0? Kami juga bimbang dengan kecederaan terbaru Akmal Rizal Rakhli walaupun saya harap dia mampu pulih cepat,” ujarnya.

Sambil mengetepikan perbandingan pencapaian peringkat Kumpulan A Piala Malaysia yang menyebelahi Si Rusa, Wan Jamak turut menyifatkan suasana perlawanan bakal banyak membawa kelainan.

Jelasnya, keputusan malam ini juga bergantung kepada sejauh mana kemampuan sesebuah pasukan itu menangani tekanan dan cuba mengurangkan kesilapan di tengah padang.

Sebagai rekod, Negeri Sembilan menang 1-0 di Kota Bharu dan seri 2-2 dengan Kelantan di Paroi dalam perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia dari September hingga awal bulan ini.

Namun, lawan tampak lebih menyerlah sepanjang dua pusingan dan selaku naib juara Liga Super musim ini dengan memenanginya 1-0 dan 3-1



Kita Ke Bukit Jalil Untuk Menang......

barisan pemain kelantan malam ni


Disebalik perang psikologi yang dilancarkan oleh Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan terhadap pasukan Kelantan, Ketua Jurulatih, B Sathianathan tampak tidak berminat menyerang balas sebaliknya fokus beliau kini lebih tertumpu kepada persiapan terakhir menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

“Kita datang ke Bukit Jalil untuk menjadi juara. Saya tidak berminat untuk bercakap tentang nombor dua (naib juara). Saya sudah meluap angka nombor dua. Tiba masanya kita bergelar juara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebelum berlepas ke ibu negara pagi semalam.

“Segala persiapan berjalan dengan lancar bagi menghadapi perlawanan malam ini. Memang kita kehilangan Azizi (Matt Rose) dan S Subramaniam tetapi itu tidak menjadi masalah kepada kita. Akmal Rizal (Ahmad Rakhli) kurang cergas kerana mengalami kecederaan tetapi tetap bersedia diturunkan.

“Tumpuan saya terhadap perlawanan malam ini. Tugas saya belum selesai selagi kita tidak menjulang piala malam ini. Saya perlu menghadiahkan kejuaraan ini kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan pasukan lawan, Sathianathan berkata, beliau tidak melihat mengapa pasukan Negeri Sembilan harus turun sebagai pasukan underdog dalam perlawanan malam ini.

“Saya tidak nampak mengapa Negeri Sembilan harus turun sebagai underdog. Mereka adalah pasukan pilihan kerana pernah bergelar juara Piala Malaysia musim lalu dan juara Piala FA musim ini. Jadi sudah pasti mereka adalah pasukan yang hebat. Jadi tidak ada tekanan kepada kita.

“Saya menghormati keupayaan barisan pemain mereka seperti Rezal (Zambery Yahya), Idris (Karim), Shukor (Adan) malahan mereka ada Mohd Aidil Zafuan (Abdul Razak) dibahagian pertahanan. Saya fikir mereka sebuah pasukan yang kuat tetapi itu tidak bermakna kita perlu merendah diri.

Sementara itu, Sathianathan turut mengkagumi jati diri penyokong Kelantan yang sanggup melakukan apa sahaja demi maruah bola sepak negeri itu.

“Saya dengar ada yang sanggup gadai motosikal, ada yang tak cukup duit semata-mata hendak ke Bukit Jalil. Bukannya dekat Bukit Jalil dari Kota Bharu berbanding hanya setengah jam sahaja dari Seremban. Saya fikir mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan Kelantan dapat menang piala malam ini.

“Dulu mereka cakap kepada saya ‘kita hendak ke Bukit Jalil’ dan sekarang mereka cakap pula ‘kita hendak jadi juara’ pula. Sebagai jurulatih berpengalaman, saya menghormati dan mengkagumi sikap penyokong Kelantan.

“Cuma satu sahaja pesanan saya, kalau betul-betul sayangkan Kelantan, jangan calarkan nama baik kita sebagai penyokong Kelantan. Tolong jaga disiplin dan tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi pada perlawanan malam ini,” katanya.






Pesanan Tok Guru Nik Aziz Sempena Final Piala Malaysia 2010



Hanya tinggal 7 jam saja lagi penentuan TM Piala Malaysia

Inilah barisan pemain Kelantan yang akan turun menentang NS malam nanti

Formasi 4-4-2 yang semakin menjadi

suasana penyokong Kelantan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 12.00 pm tadi


Malam ini merupakan malam penentuan buat kedua-dua pasukan bagi merebut piala berprestij di Malaysia. Dengan misi menebus kekalahan musim lalu, skuad Kelantan dijangka turun dengan kesebelasan utama seperti rajah dan formasi seperti rajah di atas.

Selamat berjuang Wira Merah, jadikan kemenangan malam ini sebagai hadiah buat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad-V.. Allahuakbar! Gomo Kelate Gomo.. Go More!



pengorbanan kecil hari ini........tak apa..!

Red Warriors: Kemenangan Yang Bermakna Untuk Sultan Muhammad Ke V

Kelantan lwn Negeri Sembilan Final malam ini


Kenangan aku di Final tahun 2009

Penyokong2 Kelantan yg hadir

lautan penyokong red warrior.

suasana dalam stadium bukit jalil tahun lepas

ribuan penyokong antara Kelantan dan N.Sembilan



Orang yang tidak meminati bola sepak, pasti mereka tidak akan mengerti akan semangat bola sepak. Perlawanan akhir malam nanti antara Kelantan lwn Negeri Sembilan adalah ulangan final pada 07hb November 2009 yang lalu, dan bagi peminat-peminat bola sepak pasti menagih permainan yg baik antara kedua-dua pasukan. Kepada penyokong-penyokong Kelantan dan Nergeri Sembilan, perlulah menghindrkan daripada bergaduh, membaling botol-botol ( kawalan keselamatan yang paling ketat diperlukan)

Saya ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pentas final ini sudah 3 kali ( Final Piala Malaysia, kelantan lwn N.sembilan tahun 2009, ( Final Piala FA, Selngor lwn Kelantan) dan Final Piala FA tahun 2010 ( antara Kedah lwn Negeri Sembilan)..Susananya sangat berbeza sekali berbanding melihat di kaca tv di rumah atau pun melihat melalui skrin besar di kedai-kedai mamak..perasaan yang cukup teruja.

Kepada penyokong-penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan, kawallah diri, janganlah melakukan perkara-perkara yang tidak diingani..bagilah peluang untuk insan -insan seperti saya ni menonton dengan tenang. Kerana apa? tak ada gunanya bergaduh pun..paling tidak kena tangkap dek polis (Lokap bergerak akan ditempatkan di luar stadium esok, serta dengan kawalan anjing daripada pihak polis), datang jauh-jauh, kerana perbuatan kita sendiri, terpaksa meringkuk dalam lokap semalam dua..kan tak baik tu..

Bila anak murid saya menyatakan:

"sir..esok Negeri Sembilan akan menang dengan Kelantan..." saya hanya senyum simpul saja..apa yang pasti, pasukan yang dapat menjaringkan gol awal, pasti akan menang.. kepada jurulatih Kelantan B.Sathianathan, yang menyatakan kemenangan malam ni adalah hadiah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Yang Ke V, sangat membuat saya rasa terharu.


Ketua Jurulatih
1.B. Sathianathan

Jurulatih Penjaga Gol
1. Mohd Halim Napi

Pembantu Jurulatih
1.Hashim Mustapha
2.Ismail Bakar
3 Sidek Samsuddin

Pemain-Pemain The Red Warriors 2010

Penyerang
1.
Akmal Rizal
2.
Nor Shahrul Idlan Talaha
3. Indra Putra Mahayuddin
4. Mohd Nizab Ayub
5. Mohd Ramzul Zahini Adenan
6. Zul Yusri Che Haron
7. Hairuddin bin Omar

Tengah
1
Shakir Shaari
2. Mohd Daudsu bin Jamaludin
3. Piya (Badri Radzi )
4. Nor Farhan Mohamad
5.
S Chanturu.
6. Khairan Ezora Razali
7. Wan Zaman Wan Mustafa

pertahanan
1.
Azizi Mat Rose
2. Azlan Zainal
3. S Subramaniam
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
6. Mohd Zamri Ramli
7. Sharudy Aziz
8. Mohd Farisham Ismail

Penjaga gol
1.Shahrizan Ismail
2.Syed Adney
3.Mohd Khairul Fahmi Che Mat






- gomo kelate gomo

Jumaat, 29 Oktober 2010

P.Ramlee Pergimu Tiada Pengganti Hingga Kini..



Malam ini pihak astro telah mengadakan Konsert Tribute P.Ramlee yang diadakan oleh pihak Astro & History bagi memperingati jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam menghasilkan karya-karya agungnya sama ada dalam filem dan lagu-lagu.


Siapa P.Ramlee yang sebenarnya?

Nama P.Ramlee tidak perlu kita perkenalkan lagi kerana semua orang tahu, dari yang setua-tua umur hinggalah sekecil-kecil budak tahu dan kenal akan rupa, gaya hidup dan lakonan serta lagu-lagu P.Ramlee. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri pada 22 Mac 1922, Kelahiran bayi comel lelaki kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim ( 1902-1955) dan Che Mah Hussein ( 1904-1967) sangat mengembirakan pasangan berkenaan. Bapa P.Ramlee berasal dari Lhokseumawe, Acheh dan berkahwin dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925, di Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang,

P.Ramlee telah lama dijemput pulang ke alam baqa oleh Allah swt, perginya seniman agung itu pada 29hb Mei 1973 dalam usia 45 tahun ibarat yang patah akan tumbuh, namun sehingga sekarang belum lagi berganti. Jasa-jasa besarnya diiktiraf oleh kerajaan ataupun badan-badan seni.

Bermula dengan memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Asia, melalui filem "Anakku Sazali" pada tahun 1956, Pelakon Serba Boleh ( Filem Ibu Mertuaku), Filem Komedi Terbaik, (Nujum Pak Belalang), Ciptaan Lagu Terbaik ( Tiga Abdul) dan pelbagai lagi hasil seninya.P.Ramlee menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light dan meneruskan pengajian beliau di Penang Free School.

Bermula dengan bermain ukele, P.Ramlee beraloh kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin ( pimpinan bad di Penang Free School), dan menyertai Orkes Teruna Sekampung. Pada tahun 1947, beliau menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" ( bagi puteh) di awal namanya dan kekallah nama P.Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama P.Ramlee adalah filem "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memengang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya berterus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

P.Ramlee berkahwin sebanyak 3 kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada tahun 1950 tetapi hanya bertahan selama 4 tahun. Perkahwinan kedua dengan Noorizan Mohd Noor pada 06 Feb 1955, seorang kerabat Diraja Perak, dan kali ketiga adalah dengan Saloma bt Ismail pada 21 November 1961, dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Beberapa fakta berkaitan P.Ramlee yang tidak diketahui umum:

  • Setiap tepat jam 12.00 tengah malam P.Ramlee akan berhenti selama 1 minit daripada melakukan sebarang kerja yang dilakukan pada waktu itu.
  • Terdapat banyak perkara yang dimulakan dengan 3 di dalam kehidupan P.Ramlee. Antaranya, filem bermula perkataan tiga, tiga pelakon utama dan banyak lagi.
  • P.Ramlee mendapat bayaran teringgi dalam sejarah filem dalam Filem Bujang Lapok, iaitu sebanyak RM 30,000( 1958)
  • P.Ramlee tidak mendapat sebarang bayaran untuk filem Ibu Mertuaku. walaupun memenangi " The Most Versatile Actor" kerana perjanjian bertulis dengan Shaw Brothers, filem itu mesti disiapkan dalam tempoh satu bulan, tetapi P.Ramlee gagal menepati.
  • Tunku Abd.Rahman ibni Putra Al-Haj, Perdana Menteri ( 1964) pernah menawarkan jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan kepada P.Ramlee, tetapi ditolaknya kerana seandainya beliau menjawat jawatan menteri, aktiviti seninya akan mati
  • P.Ramlee orang yang pertama mengasaskan perkataan "PAWAGAM" nama singkat bagi Panggung Wayang Gambar. ( sumber: Sheikh Ali- abag satu ibu P.Ramlee.)
  • Sangat meminati sepak takraw. P.Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P.Ramlee kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura


alfatihah....


alhamdulillah....




kita hadapi semuanya.. dengan sabar.
alhamdulillah..


mengenal rahsia bibir seorang wanita

contoh bibir tebal


contoh bibir Mungil

contoh bibir Tipis


contoh bibir kemerah-merahan


Sebenarnya diri wanita itu sendiri terdapat banyak rahsia.., salah satunya adalah bibir wanita, bibir seorang wanita bukanlah menjadi daya penarik semata-mata, bibir yang ada pada diri wanita tu mempunyai banyak misteri yang tersendiri dalam menyingkap personaliti seseorang wanita.

  • Bibir wanita yang kemerah-merahan : dipercayai wanita yang mempunyai bibir yang kemerah-merahan ( bukan merah kesan gingu..) adalah jenis wanita yang sentiasa menjaga kesihatan diri, bersikap terbuka dan periang serta boleh menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.
  • Bibir pucat: walau apa pun bentuknya bibirnya, cahayanya kelihatan pucat kebiruan, wanita yang mempunyai bibir yang pucat kebiruan ini dikatakan tidak boleh dipercayai. Mereka sentiasa ingkar dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh mereka. Juga wanita jenis ini sangat cerewet dan suka menimbulkan pertengkaran bersama pasangan. Oleh itu, suami dan pasangan perlu bijak dan mengetahui cara untuk mengawal tingkah laku mereka.
  • Bibir Sentiasa Terbuka: Wanita jenis ini mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan mereka, termasuk keinginan seksnya adalah tinggi. Pemilik bibir jenis ini sangat bertanggungjwab, berdisiplin dalam perkara yang berkaitan kerja dan apabila diberikan tanggungjawb pasti dilakukan dengan cukup baik. Wanita jenis ini juga mudah jatuh cinta dan tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati lelaki yang dicintainya.
  • Bibir Mungil : Wanita yang mempunyai bibir jenis ini memiliki gaya dan pesona yang akan mendebarkan mana-mana lelaki yang memandangnya. Memiliki gaya keanak-anakkan, suka dibelai, dan dimanja oleh pasangan. Wanita bebibir mungil mampu menjadi ibu yang baik serta isteri yang bertanggungjawb, namun mereka sering merungut dan berleter sekiranya keinginan tidak dituruti.
  • Bibir tebal : bibir tebal wanita jenis ini mempunyai nasfu yang kuat, suka kehangatan dan kemesraan. Jestru mereka bersikap agak bebas dan terbuka dalam soal cinta dan seks.
sumber : mengenal rahsia seorang wanita





Rabu, 27 Oktober 2010

cepat sembuh sayang..




cepat sembuh kekasih...
malam tanpa angin..
tanpa bisik-bisik daun dan ranting
bila bibirmu kelu dan kering...

cepat sembuh kekasih...
bulan samar dan redup..
cahaya terperangkap kabut.
bila matamu sayu dan hening..

cepat sembuh kekasih...
langit kelam dan kusam
hati resah dan tenggelam..
bila wajahmu pucat dan terbaring..

sebutir paracetamol segelas doa..
sepeluk kasih sekucup sayang..
moga cepat sembuh sayang..
mata dan hatiku berjaga untuk mu..


p/s: moga cepat sembuh..amin

Selasa, 26 Oktober 2010

JIKA KAMU MENYAYANGI SESEORANG DAN DIA MENINGGALKAN KAMU, apa yang kamu akan kata?




JIKA KAMU MENYAYANGI SESEORANG DAN DIA MENINGGALKAN KAMU, apa yang kamu akan kata?.. banyak Versi yang boleh dikupaskan.. walaupun boleh terima perpisahan itu, tetapi mesti ada yang tersemat sakit hati, jantung, usus, limpa kepala otak kan?.. bacalah versi yg jarang2 kita nak ngaku tetapi merasakan sangat2 kecewakan....


  • VERSI KUNO: " Aku merelakan kepergiannya ngan redha...eceh..."
  • VERSI SABAR : " Alaaa....dia mesti balik nak berbaik-baik dengan aku balik..tengok laa nanti..."
  • VERSI TAK KISAH : " Nak berbaik balik pun tak de hal..nak blah pun tak heran."
  • VERSI CEMBURU : " Sesape pun tak buleh cuba-cuba nak rapat ngn ex-aku tu.."
  • VERSI KURANG SABAR : " Kalau dia nak berbaik dalam masa terdekat ni...buleh blahh..!"
  • VERSI SYAK WASANGKA: " Apapasal tetiba2 nak berbaik-baik lak ni...."
  • VERSI BRUTAL : " Nak clash...? cubalah kalau berani.."
  • VERSI KURANG ASAM : " Bak, balik semua hadiah yang aku bagi dulu....bak..bak.."
  • VERSI ROMANTIS : "......................................................................................................." mungkin kawan2 yang boleh tulisnya..saya tak tahu..hehe



Isnin, 25 Oktober 2010

pesanan buatmu



sepanjang abang tak ada..
jaga diri baik-baik

pastikan sebelum tidur
kunci semua pintu-pintu..
jangan jadi mcm dulu tak kunci pintu..

sepanjang abang tak ada..
selalulah singgah di situ..
bawalah bayu rindu seperti selalu...

dan pada hujan petang ini..
adalah rindu yang menitipkan sejuta senyum..
pada titik air yang jatuh teratur menyentuh muka ku..

sepanjang abang tak ada...
jagalah baby najlaa baik-baik..

dear you....



: budakcomot

kamu umpama waktu..
yg selalu dapat terjemahkan..
rindu ini padamu...


p/s: hehe




tunjuklah wajahmu....ingin ku lihat dengan mata hati...




tunjuklah wajahmu....ingin ku lihat dengan mata hati...

ketika burung mula berkicau..
dan embun bergulir di daun keladi..

ada wajah yang ingin kulihat..
ada kisah yang ingin ku dengar..
biar lepas rindu di mata..
bersama kita bercanda berdua..
bersama berdua melintasi lorong-lorong mimpi

tunjuklah wajahmu....ingin ku lihat dengan mata hati...

seperti tasbih cinta yang lahir dari puisi..
terkadang cinta bersemi dari suara.. ( masa line ok..! )
bersama-sama menghitung janji-janji



p/s:.....bila la agaknya.......

Ahad, 24 Oktober 2010

TERGAMAK! GAMBAR ROGOL & RAKAM... KESIAN DAK SEKOLAH NIH...







Seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan seperti di dalam kebun atau hutan. Pelaku yang merogol kira-kira tiga hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu berseluar hijau dan berbaju putih. Perogol merogol pelajar tersebut dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. Sambil salah seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah perempuan yang dapat dilihat. Perbuatan mereka mengalahkan binatang!

Apalah nak jadi budak-budak sekolah sekarang ni? Sampai ada yang berani merogol rakan satu sekolah beramai-ramai pulak tu. Mak bapak diorang ni tak ajar atau diorang ni memang bangsa kurang hajar? Budak-budak sekolah sekarang makin melampau, inilah akibat pengaruh yang bukan-bukan perangai macam celaka, macam setan!

Binatang-binatang yang melakukan perbuatan terkutuk ini langsung tidak mahu melepaskan pelajar tersebut. Mereka juga tiada perasaan belas walaupun pelajar itu meronta-ronta dan menjerit. Akhirnya pelajar tersebut hanya mampu menyerah diri dengan membiarkan binatang-binatang itu merogol, meraba dada dan kemaluannya. Pelajar tersebut hanya mampu pasrah.


sumber di sini : era pasca




mengapa seseorang tidak percaya pada kita..?




Salam petang semua........

entri petang ini berkaitan dgn "Kepercayaan". Kepercayaan adalah kata dasarnya "percaya", "ke" dan "an" merupakan apitan imbuhan yang diberikan untuk membezakan ayat tentang sesuatu maksud tertentu. Pentingkah kepercayaan ini dalam sesebuah persahabatan? Pentingkah keprcayaan ini dalam satu-satu perhubungan? Jawapnya "Ya". Namun untuk mempercayai seseorang tidak semudah yang digambarkan dengan kata-kata sebenarnya. Kadang-kadang kawan baik pun boleh makan kawan sendiri. Selalu terjadi dalam sesuatu perhubungan, baik kawan baik, sahabat, kekasih dan lain-lain lagi.

Mengapa kita susah nak percaya pada seseorang? dan mengapa orang susah nak percaya kat kita? pun satu persoalan yang baik untuk dibincangkan. Jika kita baru kenal seseorang mesti sangat sangsi dan timbul dalam hati. Ada tu, yang sudah mengenali sesorang dalam jangka masa yang lama pun, kadang-kadang masih juga belum mempercayai seratus peratus..terpulanglah pada seseorang itu untuk berbuat demikian..Dalam satu-satu perhubungan adalah tidak wajar sekiranya tidak ada kepercayaan langsung, mungkin tidak salah untuk meletakkan kepercayaan dalam anggaran 80% mungkin, itupun sudah memadai bukan?

Ketika saya sedang membaca surat khabar lewat beberapa bulan yg lalu, tiba-tiba datang seseorang, beliau dalam lingkungan usia 50-an berhenti di depan rumah saya. Oleh kerana pintu pagar terbuka, beliau terus memasuki di halaman rumah saya...saya tergaman dan terkejut,

" assalamualaikum....cikgu, " memberi salam, dan selepas menjawab salam, saya mempelawakan beliau duduk..beliau kelihatan resah dan seperti dalam kesusahan lagaknya.

" cikgu percaya kat saya tak?" tanya beliau lagi.

" percaya kenapa, pakcik?" tanya saya yg masih kehairanan..Sejujurnya saya tidak mengenalinya, tetapi pernah tengok beliau, namun tak beberapa pasti di mana.

" Kalau cikgu percayakan saya, saya nak pinjam duit dengan cikgu, RM 500" katanya lagi.

saya agak terkejut dengan kata-katanya. Beliau memberitahu yang dia ada masalah kewangan, dan beberapa masalah yang lain. tetapi dari segi perwatakannya serta gerak hati saya, pakcik ini tidak bercakap dengan jujur, dan saya tidak mempercayainya. Kerana dalam raga motornya saya terpandang satu tin minuman keras..mungkin dia mabuk saya pun tak pasti.

Itulah satu contoh untuk menjelaskan lagi dalam sudut "kepercayaan" ini. Dalam satu-satu perhubungan perlu ada komitmen, bukan sekadar menepati segala janji, tetapi seseorang itu wajib menghargai janji-janji dengan sesiapa saja dalam satu-satu perhubungan. Contohnya, kalau seseorang cikgu berjanji pada pelajarnya yang mendapat subjek Sains dalam UPSR A, untuk memberikan wang RM 100 contohnya, janji itu hendaklah ditepati, walaupun pada masa tersebut pelajar-pelajar sudah pun melupakan semua janji-janji tersebut dulu, sama juga dalam perhubungan dengan sesiapa saja.

Sikap saling percaya mempercayai seseorang pastinya akan mengeratkan lagi satu-satu perhubungan, kadang-kadang kepercayaan itu sangat penting menyamai nilai maruah diri seseorang, melebihi dari nilai wang ringgit sebenarnya.

Pastinya, untuk memperolehi kepercayaan itu, sikap jujur sangat penting. Seboleh-bolehnya seseorang itu tidak sewajarnya menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika seseorang itu jujur, seseorang itu tidak perlu takut untuk mengeluarkan pendapat, berbahas dalam apa saja, mungkin akan berlaku kecil hati dan sebagainya, kerana menyatakan yang jujur itu perlu walaupun kadang-kadang ianya pahit.


p/s; follow your heart, but be quiet for a while first. ask questions, then fell the answer.Learn to trust your heart


Inilah Gol Dari Norsharul Idlan Talaha yang sangat cantik....Tahniah Red Warrior. Peluang Merampas Piala Malaysia Terbuka Luas....

Tahniah Buat Kelantan Mara Sekali Lagi Ke Final Lwn Negeri Sembilan 30hb Oktober ini

suasana dalam stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi

ribuan menyokong Kelantan

Bagaikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi bertemu pada pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil, 30 Oktober ini.

Jaringan tunggal daripada pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78 ekoran kesilapan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias sudah cukup buat skuad Red Warriorsmenyingkirkan Kedah dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed IV.

Gol tersebut membawa Kelantan ke pentas perlawanan akhir untuk dua musim berturut-turut menyebabkan stadium bertukar menjadi gegak gempita dengan sorakan padu lebih 20,000 penyokong fanatik tuan rumah.

Kehadiran semula Norshahrul dalam kesebelasan utama Kelantan ternyata membawa masalah kepada pasukan pelawat apabila merencanakan hampir setiap serangan Red Warriors.

Norshahrul hanya memerlukan tempoh empat minit untuk menguji gawang Kedah, namun percubaannya pada minit ke dua terkena tiang gol sebelum satu lagi rembatan kaki kirinya melebih palang gol, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Percubaan pertama Kedah hadir seawal minit ke-11 melalui Mohd. Faizal Abu Bakar, namun sepakan leret diambilnya singgah di sebelah kanan gawang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas asakan bertali arus, Norshahrul akhirnya menjadi pemusnah apabila sepakan sudut yang diambilnya melencong masuk ke dalam gawang dan gagal dibaca dengan baik oleh Mohd. Helmi yang tertumbuk ke dalam gawang sendiri.

''Kemenangan ini saya hadiahkan kepada semua penyokong setia Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami.

''Mungkin ketiadaan saya dalam dua perlawanan ekoran penggantungan memberikan kelebihan kepada saya untuk beraksi baik membantu Kelantan mendapatkan gol,'' katanya selepas perlawanan. Tahniah buat Kelantan... Gol jaringan Nor Shahrul Idlan malam tadi merupakan gol yang paling cantik dalam sejarah bola sepak negara..Tahniah buat Kelantan..



Sabtu, 23 Oktober 2010

anak dan bunga sakura..


suatu hari nanti..ingin ku menanam pohon-pohon sakura di halaman rumah, biar halaman rumah kita sentiasa cantik dan indah..

suatu hari nanti..bila petang yg indah itu hadir..bunga-bunga sakura berhamburan di hembus angin bawa menari, sinaran senja suria ikut sama merasai keindahan petang , betapa nian indahnya suasana itu..

meski..masa itu sekejap mata.., pasti tersimpan abadi di dalam hati.., indah sakura berguguran..hiasi di halaman rumah kita..

" ibu...cantik bunga ni kan..!"..

" ini bunga sakura yang, papa tanam sayang.." kata ibu pada anaknya, baby najlaa..!




p/s: bawa balik banyak2 bunga sakura tu ya...:)









Separuh Akhir Kedua Kelantan lwn Kedah malam ini di Astro saluran 801

barisan Kelantan

penjaga gol Kedah

aksi menarik Shakir dan pemain Kedah

Azizi Mat Rose ketika bertembung dgn Badrol Bakhtiar

ribuan penyokong Kelantan

Hairuddin bertembung dgn pemain Kedah

Badri Radzi (Piya)

ramalan Paul, memilih Kelantan akan menang..hehe

pasukan Kedah


Malam ini, jam 8.45 malam adalah malam penentu kepada Kelantan dan Kedah yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu.

Saya pasti jualan tiket untuk separuh akhir mula dijual pagi ini, kerana ribuan peminat-peminat Kelantan pasti tak akan melepaskan peluang untuk melihat aksi pasukan "The Red Warrior" masing-masing malam ini. Kepada yang jauh seperti saya dan yang berada di luar Kelantan, anda boleh menonton perlawanan Kelantan dengan Kedah melalui siaran astro, (801).

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Alor Star Rabu lalu, Kelantan berjaya mengikat Kedah dengan keputusan seri 0-0, dan malam ini adalah detik penting yang akan diingati oleh penyokong-penyokong Kelantan, seandainya berjaya menewaskan Kedah dan mengulangi buat kali kedua berturut-turut melangkah ke pentas final Piala Malaysia.

Perlawanan di Alor Star, Rabu lalu, memperlihatkan jentera serangan Kelantan kurang menyengat melalui gandingan Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Rakhli selain 3 pertukaran dlm tempoh 15 minit pertama telah mengganggu rentak permainan.

Kalau Kelantan menang malam ini, bermakna Kelantan telah mengulangi kejayaan cemerlang dan gemilangnya dua kali berturut-turut masuk ke final Piala Malaysia dan pasukan yang akan menentang Kelantan nanti, pemenang antara Negeri Sembilan dengan Johor FC, ( penentuannya malam ini), Johor FC yang kini agak selesa selepas menewaskan Negeri Sembilan, 1-0 di Paroi, rabu lalu mempunyai sedikit kelebihan, kerana jaringan gol di tempat lawan dikira berganda buat Johor FC, Negeri Sembilan memerlukan dua gol untuk membolehkannya mara ke akhir. Amat sukar saya rasa..

Apapun, kawan-kawan, jangan lupa di saluran 801, saluran Nadi Arena malam ini, Kelantan lwn Kedah dan di TV1, pula akan menyiarkan siaran langsung Negeri Sembilan lwn Johor FC di Pasir Gudang, Johor.


p/s:......gomo kelate gomo...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy