Selasa, 30 November 2010

sayang....hidangkan ku secangkir kopi panas..




bila malam kopi panas selalu ku minum, itulah minuman rutin aku (selain milo kosong kaw), bila dihidangkan sempurna di atas meja tempatku membaca atau menulis, atau mungkin saat ku menonton pasukan premier EPL atau mungkin bila selalu bersembang-sembang dengan kamu.Itulah minuman yang selalu ada...

selalunya sambil menaip entri di blog, sesekali jemari aku akan menyentuh perlahan cawan itu dan merasai keperitan panasnya. Jika panas, ia akan menyelinap ke dalam diri, menerpa selera di lubuk jiwa. Sebelum lidah bertarung mengurai kepanasan air kopi itu, diri aku telah pun menikmatinya dengan segar membangkitkan segala rasa, itulah bila malam, di saat aku ingin menaip entri di blog.

teringat masa di bangku sekolah dulu..sebelum study pastikan kopi panas satu teko ada berhampiran dengan meja study aku.. baru ada semua tu, baru boleh study..baru boleh masuk apa yang dibaca...

Tapi sejak beberapa hari ini, kopi panas yang selalu ku minum pun, sudah menjadi tak sempurna lagi.. selepas setiap malam-malam ku, sering bergulir dalam sepi..hati rasa bimbang, jiwa rasa tak gembira.. itulah yang aku rasa...sampai hati..!


..........hujan petang ini...adalah rindu yang menitipkan sejuta sendu..pada titik-titik yang jatuh menyentuh mukaku.....

Lakukan seks 'bersaksi' mayat

Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya Fazlina Ahmad diiringi anggota polis selepas perbicraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.

Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.

Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.

“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.



......

Isnin, 29 November 2010

dah besar pun masih nak menyusu...ishhh




eeeee..tak malu betul...sudah besar panjang pun masih nak menyusu lagi!...dah la tu..bagilah kat adik pulak..!



......

baru balik kursus ....


alhamdulillah...abis kursus hari ni....esok ada lagi, sehari lagi...adui...dalam masa cuti2 pun kena kursus laa juga ni...hari ni kursus subjek Pendidikan Kesihatan Tahun1, yang akan dilaksanakan pada tahun 2011 nanti...byk perubahan sukatan yang berlaku...

cabaran banyak...sesuai dgn situasi semasa..........terima kasih kepada sahabat2 yg singgah sini. sini...




penatnya..

umpama senja...



bercinta denganmu umpama senja..
lenyap sekejap berganti kelam..

bercinta denganmu umpama senja..
sebatas rindu sebatas bayang...




1.08am

?

pada seraut wajahmu..
pernah ku lukiskan cinta dan sebentuk rindu..
namun hingga kau melangkah pergi..
tak pernah ku dapati mimpi atau janji
tentang makna degup jantung ini..




.. 12.55am

Ahad, 28 November 2010

suami isteri gaduh pasal love bite

gambar tak ada kena mengena dgn entri


bukan aku dah kepoh..bukan nak kecoh..tapi kadang2 naik rimas juga.. bila dalam seminggu dua tiga kali jiran sebelah rumah aku ni bergaduh.. selalunya bila gaduh..abis riuh rendah. anak-anaknya meraung..macam-macam keluar dari mulut suaminya...dan yang paling tak best bila bunyi dentuman kuat terasa hingga ke dalam rumahku...ishh..mengganggu betul...

malam ini bergaduh lagi....tapi lain la pulak gaduhnya....

" abang..nak buat love bite saja...la..... ayat-ayat tu terdengar jelas sewaktu aku masuk dapur..

tak mau.!!!!!..tak mau.!!!!!..tak nakkk!!!!...bunyi suara si isteri pula yang agak kuat...banyak kali isterinya cakp tak mau....dan tak nak..!!

"tak mau tak apa..!!! "bentak si suami.. senyap......

itulah secebis ragam rumahtangga...kadang2 aku terkejut..dan malam ini senyum2 la......dah la gaduh2 tu kak ya.....

pesanan sr: kalau nak gaduh tu janganlah bising2..malulah sikit dengan jiran tertangga..

....

'Pelacur' sengsara





SAYA gadis berusia 20-an dan menetap di sebuah desa di utara. Masalah saya mengenai harga diri yang hilang akibat kecuaian sendiri.

Satu ketika dulu ketika menuntut di institut pengajian tinggi, saya berkenalan dengan seorang lelaki, malangnya saya dirogol ketika kami berjumpa.


Hal itu menyedihkan saya dan hidup bagai tidak bermakna lagi. Namun berbekalkan semangat ibu bapa, saya meneruskan pengajian tanpa memberitahu sesiapa mengenai peristiwa itu.

Tidak lama selepas itu, saya berkenalan dengan seorang lelaki. Sikap baik ditunjukkan lelaki itu membuatkan saya jatuh cinta padanya.


Kami bercinta hampir dua tahun, tapi tiada siapa tahu saya pernah terlanjur dengannya. Hubungan kami berakhir kerana saya ingin dia kembali bersama bekas kekasihnya.


Tidak lama selepas itu saya berkenalan pula dengan seorang remaja yang muda dari saya. Kami bercinta dan berkali-kali terlanjur melakukan hubungan terkutuk itu.

SAYA gadis berusia 20-an dan menetap di sebuah desa di utara. Masalah saya mengenai harga diri yang hilang akibat kecuaian sendiri.

Satu ketika dulu ketika menuntut di institut pengajian tinggi, saya berkenalan dengan seorang lelaki, malangnya saya dirogol ketika kami berjumpa.


Hal itu menyedihkan saya dan hidup bagai tidak bermakna lagi. Namun berbekalkan semangat ibu bapa, saya meneruskan pengajian tanpa memberitahu sesiapa mengenai peristiwa itu.

Tidak lama selepas itu, saya berkenalan dengan seorang lelaki. Sikap baik ditunjukkan lelaki itu membuatkan saya jatuh cinta padanya.


Kami bercinta hampir dua tahun, tapi tiada siapa tahu saya pernah terlanjur dengannya. Hubungan kami berakhir kerana saya ingin dia kembali bersama bekas kekasihnya.


Tidak lama selepas itu saya berkenalan pula dengan seorang remaja yang muda dari saya. Kami bercinta dan berkali-kali terlanjur melakukan hubungan terkutuk itu.

Hubungan kami berakhir kerana dia curang dan hal itu menyakitkan hati saya. Hati saya bagai dirobek dengan pisau kerana terlalu mudah jatuh cinta dan percaya terhadap lelaki. Disebabkan hal itu juga saya menjadi tawar hati untuk bercinta lagi.


Malangnya nafsu menjadi raja dalam hidup saya dan saya bertambah liar. Saya selalu bertukar kekasih tetapi mereka hanya digunakan untuk kepuasan nafsu.

Kehidupan saya semakin bebas, namun perkenalan dengan seorang bernama M di facebook bagai memberi kehidupan baru buat saya. M sangat garang, kuat cemburu dan mengongkong serta tidak suka ditipu.


Oleh kerana hubungan dengan M masih di peringkat awal, saya mengambil keputusan merahsiakan hal terbesar hidup saya kerana beranggapan belum tiba masa sesuai untuk menceritakan semua kisah hitam itu.


Saya takut ditinggalkan M jika dia tahu saya tidak punya harga diri. Namun, siapa sangka M semakin liar ‘menguji’ nafsu saya sehingga memaksa saya melayan ‘phone sex’ dengannya.


Satu hari M meminta saya jujur dengannya mengenai status diri saya kerana dia meragui mengapa saya ‘senang melayan’ dia di telefon. Akhirnya saya memberitahu perihal saya pernah dirogol saja, tidak mengenai keterlanjuran bersama kekasih.


M percaya dan dia menerima saya serta memaksa saya menunjukkan gambarnya kepada mak ayah saya kerana dia tidak mahu saya dimiliki orang lain memandangkan M terpaksa melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk tempoh lama.


M juga menstatuskan saya sebagai ‘tunang’ dia dan berjanji menjadikan saya isterinya apabila tamat belajar. Namun sikap cemburu M semakin menjadi-jadi apabila dia menukar nombor telefon saya serta menutup semua akaun laman sosial saya selain selalu dimaki hamun jika membuat kesalahan.


M selalu berfikir saya ada lelaki lain di kampung dan lebih teruk lagi M tidak percayakan saya lagi. M juga mengharamkan saya keluar dengan mana-mana kawan lelaki kecuali terpaksa.


Saya sangat tertekan, namun kerana ingin berubah saya tekadkan hati untuk mengikut kata-kata M dan berjanji untuk setia kepadanya.


Namun siapa sangka, pertemuan pertama dengan M memusnahkan impian saya untuk menjadi isterinya. Kami bukan saja terlanjur, malah terjadi pergaduhan besar gara-gara dia curiga ‘keadaan badan’ saya.


M mengugut menyiasat sendiri mengenai diri saya jika saya tidak mahu berterus terang, malah enggan kembali pada saya jika saya menipu. Akibat ketakutan, saya memberitahu segala rahsia yang saya simpan. Ternyata M sangat marah dan dia menolak dengan kakinya selain menggelar saya ‘pelacur’.


Saya merayu supaya M tidak meninggalkan saya. Saya terasa sangat terhina dengan tindakan M, namun tidak lama selepas itu dia memujuk saya dan menjelaskan dia lakukan semua itu untuk menyedarkan kesalahan saya serta mahu saya bersikap lebih jujur dengannya.


Namun beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran saya, M meminta hubungan diputuskan. Itu adalah ‘hadiah’ hari jadi M buat saya.


Saya menghubungi M meminta penjelasan, namun M dengan selamba menjawab dia hanya sekadar lalu dalam hidup saya untuk menyedarkan kesilapan yang saya lakukan. Saya menjadi buntu kerana tidak faham sikap M yang mempermainkan saya.


Jika benar mahu menyedarkan saya, mengapa perlu M ‘meniduri’ saya serta berjanji memperisterikan saya? Mengapa M memberi saya harapan jika sekadar ingin lalu dalam hidup saya? Hati saya tambah terluka apabila M terus memanggil saya ‘pelacur’.


Sejak itu saya tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menerima hakikat ini, malah saya cuba dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa memohon segala dosa saya diampunkan.


Saya betul-betul ingin berubah bukan kerana M tetapi ikhlas daripada hati, malangnya saya diuji oleh M yang tidak berhenti-henti memanggil saya ‘pelacur’.

Saya cuba pekakkan telinga supaya tidak lagi terjerumus melakukan dosa terkutuk itu kerana saya tidak lagi mahu digelar ‘pelacur’. Saya menganggap apa yang berlaku adalah balasan di dunia di atas segala dosa besar yang saya lakukan.


Bagi saya, sesakit apa pun bahasa yang M keluarkan terhadap saya, itu tidak sama dengan sakitnya hati saya yang terhina akibat perbuatan sendiri.


Bantu saya untuk kembali yakin dalam hidup ini kerana saya tidak lagi mempercayai sesiapa pun, termasuk ahli keluarga saya.


GADIS SENGSARA
Perak


sumber: metro ahad


- sedih membacanya...hidup memang penuh dugaan..

hilang


yang hilang sejak kau pergi..
adalah lembar-lembar cerita..
tentang kerinduan purba..

musim tak lagi singgah di sini..
sebab langit telah melepas semua mimpi..



...12.29pm

CERITA KREATIF : Sekamar Rindu nak bagi BEN ASHAARI hadiah…


lama juga dok fikir punya fikir......lebih kurang 7 minit 17 saat dok fikir apa hadiah yang aku nak bagi kat abang ben ini...tiba-tiba tekak terasa haus la pulak..pergi dapur untuk buat air kopi..
dalam dok tunggu-tunggu air masak tu...terfikir untuk bagi kat Abg Ben Alicafe Power Root ini..

Kerana apa?...abg ben selalu berjaga pada tengah-tengah malam..maka kopi Alicafe Powe Root ini memang sesuai sangat laaa..moga dia tak cepat mengantuk, selalu ceria dan cergas sentiasa.. untuk postkan entri-entri yang best.... Alli Cafe ni beli dengan duit sendiri lah abg Ben..


HADIAH UNTUK ABANG BEN SEMPENA HARI JADI BELIAU PADA 30HB NOVEMBER 2010 INI..


gambar alicafe dari: klik sini.



-moga-moga abg ben terima...sape yang belum follow blog abg ben tu follow laaa.... nak follow blog abang ben klik sini...

sajak yang mati..


setangkai mawar yang setia ku bawa padamu..
kini layu di sudut vas batu..
dan aku yang lelah berjalan
bersama-sama sajak yang satu persatu mati
dibunuh sepi...




...2.16am

malam ini ingin menulis puisi



ingin sekali menulis puisi di lembaran awan...
biar angin mengiringi ke pinggir senja..
mengubahnya menjadi hujan..
ku bayangkan kau sedang menanti..
seikat pelangi yang ku untai..

ingin sekali menulis puisi di gelombang laut..
arus menghanyutkannya ke celah teluk..
biar betukar menjadi ombak bertaut..
ku bayangkan kau sedang menunggu
riak rindu yang ku rangkai..

ingin sekali menulis puisi dalam keheningan..
biar malam melarutkan lenamu..
menjadikan mimpi-mimpi indah..
ku bayangkan kau di sini..
hadir di sini malam ini..

...... 1.42am

Sabtu, 27 November 2010

ibu muda berusia 34 tahun dirogol di depan anak....




KUALA LUMPUR: 26hb November 2010 : Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Komen SR :... jahat dan zalimnya manusia, kalau setakat menyamun tu..menyamun sajalah..ini melibatkan rogol pula...rogol pula depan anak mangsa pula.., dan dirakamkan lagi peristiwa rogol tu........SANGAT ZALIM...!!!....Pihak polis perlu betindak tegas..lelaki jahanam ini perlu dihukum seberat2nya...!


sumber : selangor 2u


:.........

(VIDEO)Daphne Iking, Atilia,Sazzy Falak Dan Dynas Bersenam Dengan Lagu Michael Jackson




Video tarian 4 wanita artis terkenal iaitu Daphne Iking, Atilia, Dyns dan Sazzy Falak yang menari mengikut lagu Michael Jackson.......kalah MJ menari...!



REDAH AKU DAN KAU PUNYA !


Malam ini, sekamar rindu ingin join sekali laa segmen baru yang dibuat oleh Blog Ben Ashaari, iaitu segmen REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN AHSAARI.... Dah lama nak join dah tapi selalu saja masa tidak mengizinkan, tapi malam ini, alhamdulillah..syukur dapat jugalah join...


5 Entri Ben Ashaari yang menarik :

5 Entri saya yang menarik :



mana-mana yang terlepas entri ini boleh la klik ya....


.....

Tentera Israel roboh masjid di Nablus


NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, semalam (25 November) melaporkan jentolak (bulldozer) Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.

Tentera Israel mendakwa bahawa masjid itu dibina tanpa mendapat keizinan pihak berkuasa, lapor laman web Haluan Palestin.

Tuba adalah sebuah bandar kecil Palestin di Tebing Barat timur laut, terletak hanya 21 kilometer (13 batu) timur laut Nablus, beberapa kilometer barat Sungai Jordan.

Ahmad As’ad, seorang pegawai Palestin, menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kawasan yang dianggap sebagai lapangan latihan ketenteraan, dan mereka menyatakan bahawa kawasan ditutup kerana ianya kini zon tentera.

Kemudian mereka telah menghancurkan satu-satunya masjid yang ada di kawasan itu.

Masjid tersebut dibina pada tahun 1967 dan warga penduduk telah memperbesarkan kawasan masjid itu dengan dua bilik tambahan.

As’ad menambah bahawa warga penduduk memiliki surat-surat rasmi yang membuktikan kebenaran untuk pembangunan masjid di kawasan tersebut pada tahun 1967, dan kedua-dua bilik itu ditambah kerana peningkatan jumlah penduduk yang hadir ke masjid tersebut.


Yahudi Laknat.!!!

jujurnya cinta..



adalah rasa yang tiada
ingin terluka..





berjalan di pasar cinta..


bahagia ada di kalungan bunga...
dipetik pujangga puisi
dirangkai menjadi kata
di jual di pasar cinta..

bunga bahagia dibeli pemuja cinta..
diselit di rambut kasuma dewi.
semasa berjumpa di kota cinta..

harum bunga
disebar pawana malam.
rohnya dihirup oleh pencari hati.
yang tersesat di antara pasar cinta dan kota cinta

pujangga puisi, pemuja jiwa dan pencari hati..
mereka merangkul bahagia..
di pasar cinta..


...........

Jumaat, 26 November 2010

Misteri Kamar Tidur Yang Membahagiakan Suami: Isteri atau bakal isteri perlu tahu..




Keintiman pasangan suami isteri adalah dinilai daripada seberapa kerap mereka melalui masa bersama. Sama ada melakukan aktiviti tertentu yang menyeronokkan. Setelah seharian berkerja tentu saja tubuh badan, fikiran dan emosi perlu direhatkan. Untuk mendapatkan kesegaran baru pada keesokkan harinya, malam yang panjang adalah syurga bagi setiap pasangan yang bahagia.. Mereka melalui dengan gembira dan seronok, berbual-bual, bercanda mesra, bergossip yang positif dan ada juga yang suka membaca buku, artikel atau melayari internet bersama-sama.

Di manankah tempat yang sesuai untuk melakukan semua itu? Sudah temtu semua tu dilakukan di tempat tidur yang romantik. Isteri yang mahu menambat hati suami sememangnya amat peka dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tidur mereka. Apakah unsur-unsur yang boleh membangkitkan suhu asmara suami isteri di bilik tidur??

1. Unsur Sakinah

Kententeraman hanya diturunkan ke atas dua jiwa yang beriman. Anda mahu bahagia bersama suami? kalau mahu, pastikan bilik tidur anda tempat "berhimpunnya" rahmat Allah SWT. Di dalamnya sentiasa mengalir "udara bersih " yang mengandungi ayat-ayat suci al-quran, sikir, sembahyang dan doa. Hanya unsur-unsur begini boleh menjadi benteng kekuatan dua jiwa, suami dan isteri. Apakah yang boleh menyatukan mereka selain Allah SWT? Suami yang soleh dan isteri yang solehah di dalam sebuah bilik tidur berada di bawah penjagaan Allah SWT yang Maha Penyayang. Begitu juga halnya dengan para malaikat, mereks suka memenuhi tempat-tempat yang disebiut di dalamnya ayat-ayat Allah SWT.

2. Unsur "Belaian Redha"

Umpama sentuhan seekor arnab berbulu lembut dan sewangi bunga-bunga di taman, begitulah keadaannya seorang isteri apabila bersama di samping suaminya. Namun, yang paling penting adalah sifat redha yang memendamkan segala cemburu, marah dan dendam. Memandang dengan pandangan redha, menyelami ke dasar hati masing-masing, banyak bersabar dan saling maaf memaafkan.

3. Unsur Senda Gurauan

Suasana yang akrab dan intim amat terasa apabila kita pandai mengoda pasangan kita., bersembang-sembang panjang, menonton atau mendengar lagu-lagu cinta, melayari internet bersama dan lain-lain Ada pasangan yang suka kepada warna yang sama, baju yang sendondon, buku dan majalah yang diminati bersama dan macam-macam lagi aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dilakukan bersama-sama.

Jika anda cintakan suami, jangan cari satu perbezaan pun di antara dia dengan anda. Begitu juga dengan suami, jangan mengharapkan sesuatu yang isteri tidak mampu memilikinya. Belajarlah menerima dan menjalani hidup ini dengan penuh gembira serta bahagia.

Kehidupan sebenar sebuah perkahwinan bermula dari dalam bilik tidur. Jadikan ia tempat istirehat dan pengubatan jiwa kerana yang" di luar sana" terlalu menguji iman anda. Banyak perkara yang boleh menjejaskan rumahtangga yang dibina, percayalah, anda mampu menghadapinya dengan kekuatan yang anda miliki dari khazanah cinta dalam bilik tidur anda berdua...


- ke mana kamu?

sebab-sebab kucing ekornya BENGKOK....hehe

ekornya bengok kan?

ini pun sama juga

kucing yang comel

anak kucing ku..yang disayang

SR nak tanya....sapa kat rumah ada bela kucing???..tak kisahlah kucing siam ke, kucing parsi ke apa ke...janji ada kucing...kat umah SR pun ada juga kucing, namanya Caca dan Cici yang diberi oleh seseorang yang sangat bermakna dalam hidup SR....

Dalam dok manja-manja dengan kucing tu kan.....cuba renung dan tenung akan kucing tu.,..perhatikanlah betul-betul...ishh...tengok di bahagian ekornya.... SR cakap di bahagian ekornya....bukan kat kaki...hehehe

apa yang dapat dilihat di bahagian ekornya, bengkok kan??...tau pun...

pernah tak kita tanya kenapa ekor kucing tu BENGOK?


last year masa mengajar Science Year !, ada budak tanya kenapa ekor kucing tu bengkok...nama lagi budak-budak ..soalan yang ditanya oleh budak-budak tu kadang-kadang tak masuk dek akal juga...so kita perlu ready dengan jawapan-jawapannya......

mungkin kita boleh cuba jawab mengapa ekor kucing itu bengkok..???

Sebab 1:

ekor kucing tu bengok kerana tersangkut sewaktu proses meneran ibu kucing masa nak bersalin tu laaa.. heheh

Sebab 2:

mungkin perut ibu kucing tu terhentak atau tersadung sewaktu pertumbuhan ekor di dalam perut.

Sebab 3:

Ekor anak kucing tu bengok akibat ibu kucing koma sebentar sewaktu bunting dulu..Jadi anak yang lahir tekena kenan simbol koma yang bengkok tu mungkin..

Sebab 4 :

Ekor anak kucing tu bengkok akibat terpijak oleh kaki atau terhempap oleh badan ibu kucing semasa anak kucing itu dilahirkan.. hehe

Sebab 5:

Memang dilahirkan bengkok supaya menjadi tanda lahir seperti manusia atau mungkin boleh menjadi nama timangan selepas dilahirkan...contohnya anak kucing kita namakan "SI Bengkok" hehe

Sebab 6:

Bengkok kerana perkara lain..seperti ibu kucing memandang sesuatu yang bengkok seperti sabit, dan lain-lain...hehe

walau apapun, sayangilah kucing anda tu..sebeb apa..kucing adalah haiwan paling yang disayangi oleh Rasulullah SAW.




- apa khabar?

Cipta TagLine Untuk BloG ShaLLeyShaLina


Dalam dok jalan-jalan di blog sahabat, iaitu blog yang saya follow bangku kosong blog, terpandang akan contest daripada blogger yang bernama BloG ShaLLeyShaLina. Contest ini berkehendakkan saya menciptakan satu TagLine untuk blogger ShaLLeyShaLina. Betul juga tu. Ada TagLine, membolehkan orang akan mudah ingat..sebut saja tag tu, mesti orang ingat....walaupun blog sekamar rindu pun masih tak ada TagLine, tapi sekadar nak memeriahkan suasana joinlah..

Tag dari saya untuk blogger ShaLLeyShaLina adalah seperti berikut :


"GERENTI BEST...BAH...!"

TagLine, ini saya pilih dengan ringkas saja.. seboleh-bolehnya janganlah panjang-panjang, sebab jika terlalu panjang akan menyusahkan orang nak ingat ( sebenarnya aku pun susah nak cari yang panjang2.. tu yang sebenarnya....hehehe)

Apa maksud "Gerenti Best ..Bah..".. melihat kepada header blog ShaLLeyShaLina ini, dapatlah saya simpulkan bahawa beliau adalah seorang yang aktif bersukan dalam permainan futsal, oleh sebab futsal ini salah satu permainan yang best, boleh mencergasan badan dan bila badan cergas, tumpuan untuk blogging pun akan meningkat... dengan kata lain...dengan gabungan bermain futsal, akan memberi kesan kepada tumpuan diri dan boleh menulis entri-entri yang best-best untuk tatapan followernya ..

"Bah...." dihujung pula bukanlah singkatan kepada "abah" ataupun lain-lain tu...oleh kerana ShaLLeyShaLina ini blogger dari Sabah..so kena masukkan lah ayat Sabah juga...hehehe..



ishhhh...apa yang berlaku ini.....

kucing sedang termenung memikirkan masalah apa agaknya...


Apa saja yang kita buat memberi gambaran apa saja. kalau kita lihat kawan kita yang selalunya periang tiba-tiba dia diam saja, bila jumpa kita, mungkin ada yang tak kena..mungkin kita ada buat salah ke, mungkin dia tersinggung dengan kita..siapa tahu?

sewaktu melawat kawan saya yang masuk wad ari tu, terpandang saya pada seorang pakcik ini, yang kelihatan resah dan mundar-mandir, tak sabar nak masuk wad untuk berjumpa isterinya ( tunggu waktu melawat)

begitu juga kalau kita melihat kawan kita yang meletakkan tangan di atas kepala, sambil termenung sambil-sambil baring, pada yang lelaki tu mungkin masalah dengan teman wanita..bergaduh ke, bertengkar ke, mana tahu kan? atau mungkin pasal pasukan hoki Malaysia kalah dengan Pakisatan petang semalam, mana tahu kan? orang-orang yang fanatik dengan hoki mesti kecewa Malaysia kalah 2-0 semalam.

kadang-kadang tu, kita pernah lihat sesorang itu berdiri, sambil mata memandang-mandang kat luar rumah..mungkin seseorang tu sedang tinjau2 kot-kot orang tarik kereta sampai depan rumah, kerana kereta dah 7 bulan tak bayar...dan lagi kalau yang gemar park kete sesuka hati pula, mungkin mata meliau-lilau kot-kot ada polis ke penguatkuasa yang datang nak saman.. hehehe

kalau time mesyuarat pula kan, kita mesti pernah lihat seseorang tu sambil pen ketuk-ketuk meja, atau pun ketuk2 kepala.. orang yang macm ni selalunya risau apakah yang nak dijawab nanti apabila bos atau majikan tanya pasal prestasi kerja yang merudum, atau kalau suami yang miang tu, masa nilah sedang dok cari-cari alasan, macam mana nak bagi alasan kat isteri untuk keluar date dengan makwe malam nanti..( mungkin lelaki jarang buat mcm ni..kalau ada pun segelintir saja kot..wahhhh,bela kaum sendiri nampak..hehe

Kita juga pernah lihat seseorang yang duduk sambil tangan letak bawah dagu...ini mungkin masalah berat ni...! bagi yang perempuan kalau buat begini, mungkin dalam fikirannya sedang dok fikir, yang mana baik pakwe pilihan sendiri ataupun yang dipilih oleh family, atau mungkin masalah lain yang kita tak tahu....

Itulah pelbagai ragam yang kita boleh lihat, dan tafsirkan sendiri. dan kita hanya mampu memandang saja, mungkin boleh kita bantu setakat yang kita mampu...


- termenung memikirkan nasib diri

Resipi-Resipi Buat Isteri Bahagia Dan Hati Berbunga-Bunga.....






Bahagia juga mempunyai resipinya.. Ia bukan sekadar impian, bagi memperolehi rahmat Allah swt, jika diamalkan resipi2 ini..InsyaAllah..akan beroleh kebahagiaan..iaitu bahagia di dunia dan di akhirat....

Resipi Pertama: Selalu Dampingi Isteri Bagi Mencapai Kejayaaan Dalam Hidupnya..

Jadilah suami yang gentlemen, sentiasa ada di sisinya di saat dia memerlukan. Kelemahan isteri adalah bukti kelemahan suami juga. Tugas suami ialah menuntun dan mengganding tangannya agar dapat melalui jalan yang susah dan bahaya dengan selamat.

Resipi Kedua: Buktikan Suami Bertanggungjawab

Berikan hak isteri dan anak-anak nafkah yang cukup, tidak lebih dan tidak terkurang. Sesungguhnya pahala yang besar akan diberikan kepada suami yang ikhlas memberi nafkah kepada keluarganya.

Resipi Ketiga : Suami Perlulah Bersikap Romantik.

Romantik di sini adalah kelembutan, kasih sayang, rindu, hormat, menghargai, memaafkan, memberi peluang, ikhlas memberi bersedih ketika isteri bersedih, dan gembira ketika isteri gembira. Jangan terbalik pulak..time isteri tengah bersedih..suami pulak yang gembira, menolong, menasihati dan bersungguh-sungguh menghidupkan suasana percintaan yang dia mahukan...Jangan diremehkan hubungan intim yang suami isteri lakukan. Suami perlu sedar hubungan intim yang berkualiti boleh megubati tekanan isteri..

Resipi Keempat : Hormati keluarga Isteri

Yang paling berharga di dalam hidup seorang isteri sebelum hadirnya seorang suami adalah ibu bapanya. Jangan pisahkan kasih sayang mereka disebabkan anda adalah suami. Penghormatan yang paling tinggi nilainya bukan semata-mata dengan wang ringgit atau hadiah mahal ( walaupun tak dinafikan kedua2nya penting) tapi elok juga dihiasai peribadi suami dengan budi bahasa serta adab sopan..bila berhadapan dengan keluarga isteri...( sekali sekala bagi hadiah kat ayah dan ibu mertua pun sangat digalakkan,...)

Resipi Ke Lima : Merancang Masa Depan Bersama, Sehidup Semati

Jangan cepat terpedaya dengan pujukan nafsu yang akan merosakkan kebahagiaan anda, suami isteri. Lelaki boleh dikalahkan oleh 3 racun iaitu, harta, takhta, dan wanita. Tetapi jika iman sentiasa kuat di hati anda, Allah akan pasti menolong anda. Rancang masa depan dengan teliti. Banyak agenda yang harus dikejar, dunia dan akhirat sama-sama diseimbangkan. InsyaAllah..pasti isteri anda akan rasa bahagia....


Dia Orang Buat Apa BIla 4.15 petang / sebelum balik kerja...??




Ada orang katakan...kerja kerajaan ni memang best..yalah,,dari segi masa depan terjamin la juga..zaman dulu-dulu kalau kat kampung, mana-mana jejaka yang dapat kerja kerajaan ini, saham nya naik..ramai la orang dok idam-idam nak ambik buat menantu..kerja kerajaan la katakan...tapi sekrang ini, tak tahulah persepsi mcm tu ada lagi ke tak... tak kisah la kerajaan ke atau swasta pun..janji dapat rezeki yang halal...

Tapi bukan soal persepsi tu yang aku nak heboh-hebohkan..cuma nak mengupas sikit apa yang kakitangan kerajaan ataupun swasta BUAT sebelum balik dari kerja, ( Bukan SEMUA) apa yang dia orang buat..sama ada betul ke tak tu soal lain..tapi memang berlaku jugakan....mari kita tengok sama-sama..

  • Bos ( apa yang dia buat sebelum balik rumah....), mungkin bos waktu2 mcm ni dok tengah mengurut2 dahi memikirkan masalah syarikat yang dah nyawa2 ikan..asyik2 rugi je... ataupun masalah kakitangan di bawahnya yang ramai tu...dan last sekali mesti bos akan lihat apa agenda pada keesokan harinya..meeting ke..apa ke..
  • Sekretari ( Setiasuaha Bos la ni..) mungkin sedang sibuk menyusun jadual bos untuk esok, dan mungkin buat-buat sibuk kerana bos belum balik lagi nih.. kalau tak pun, mesti dok tengah susun-susun meja bos yang berselerak..
  • Kerani pula sebelum balik kerja, mesti dah sibuk untuk memakai mekap, kerana masa balik nanti biarlah nampak cantik, walaupun bau badan yang dah nak masam. bagi yang lelaki pun sama dah mula ke tandas untuk sikat2 rambut dan basuh muka..
  • Opis Boy, masa ini dah mula sibuk menympan fail-fail, kalau tak pun pergi melepak di bilik komputer layan internet, buka fesbuk, main sms atau main game ( alaa.game daun terup tu...), ada juga yang bergayut di telefon opis, menyamar jadi pegawai.
tu antara contoh yang saya nampak..


- bukan semua...mungkin segelintir saja..

Khamis, 25 November 2010

Lokasi-lokasi yang sesuai untuk mencari pasangan...

Kadang-kadang kan...tempat di mana kita bertemu pasangan kita tu, kadang-kadang tak disangka-sangka, contohnya seorang kawan saya, bertemu jodoh dengan pasangannya, sewaktu menolong seorang gadis yang terbalik motor, kawan saya yang berhenti dengan niat menolong mangsa kemalangan, tak sangka pula, petemuan pertama tu telah membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka, dan akhirnya diikat dengan perkahwinan. Sekarang ini hidup bahagia dengan 2 orang cahaya mata kembar yang comel..

Ada seorang lagi kawan saya..( ramai betul kawan saya.hehe.) terjumpa pasangannya sewaktu beliau sedang membeli belah di salah satu pasar raya yang tekenal di Seremban ini..Memang seperti tidak percaya sajakan.. mcm rasa mustahil saja, tapi tulah yang terjadi...kata orang.. masa dok tengah window-window shopping tu....terwindow lak anak dara orang, mereka juga kahwin tahun lepas....alhamdulillah...

Kawan saya lagi..., bertemu dengan gadis pilihannya semasa berkursus di Port Dickson sewaktu berkursus Science anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan..yalahkan... semasa berkursus tu mesti kita akan dipecah-pecahkan dalam satu kumpulan kecil untuk sesi perbincangan...masa tulah bertemu dengan gadis pilihan, dan di situlah jatuh cinta pandangan pertama... pun berkahwin juga, dan sekarang ini hidup bahagia dengan seorang anak lelaki yang comel.

Itulah...jodoh yang dirahsiakan oleh Allah swt.. kita tidak tahu dengan siapa jodoh kita.. dan berapa kali jodoh yang Allah swt takdirkan kepada kita.. dua ke..tiga ke, atau empat ke..kita tak tahu......berdoalah semoga mendapat jodoh yang baik-baik...jangan tersalah pilih..merana badan..

dah ok dah sikit..sakit perut ni..

Putera Jefri saman peguam

JEFRI dan Micha di luar Mahkamah Agung Manhattan, semalam.

PATUNG berahi Micha.


NEW YORK: Anggota keluarga diraja Brunei yang terkenal kerana kehidupan mewah, terpaksa melalui saat memalukan apabila bekas tunangnya, model kepada empat patung erotik bersaiz manusia sebenar, memberi keterangan di mahkamah, semalam.

Putera Jefri Bolkiah terbabit dalam kes saman ke atas dua bekas peguamnya sebanyak US 5 million (RM25 juta).


Dia mendakwa mereka menipunya berjuta-juta dolar ketika menguruskan hartanya, satu daripadanya Estet Sunninghill di Ascot, England, tempat dia menyimpan patung bogel kekasihnya itu.

Putera itu mengarahkan pengukiran patung dia mengadakan seks dengan Micha Raines. Terkenal kerana gaya hidup mewah, Jefri yang didakwa mempunyai kira-kira 40 wanita simpanan, pernah bertunang dengan Micha yang berasal dari Las Vegas.


Patung itu menggambarkan putera berkenaan dan Micha, yang juga bekas pembantu peribadinya dan ibu seorang daripada 18 anaknya, dalam beberapa adegan seks.


Wanita berusia 41 tahun itu dipanggil untuk menjadi saksi bagi pihak Jefri.


Micha menjawab beberapa soalan mengenai perniagaan putera itu ketika dia bersamanya.


Micha mendedahkan bagaimana Jefri sebelum ini begitu tertarik dengan peguam suami isteri, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman, yang ditugaskan untuk menjual Estet Sunningham, sebuah rumah 23 bilik.

Antara barangan yang ditinggalkan di kediaman itu ialah patung Micha mengadakan seks dengan putera itu.


Jefri memecat peguam berkenaan pada 2006.


Beliau melantik pasangan itu menjadi peguamnya selepas hanya bertemu sekali di London pada 2004.


Setakat ini, Hakim Ian Gammermann melarang peguam bela mengemukakan bukti kehidupan mewah dan tabiat seks Jefri sebagai bukti dalam kes itu. - Agensi




sumber berita: Harian Merto




Pengajarannya: Bila dah terlampau-lampau kaya....inilah jadinya

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy