Jumaat, 31 Disember 2010

sorotan sepanjang tahun 2010....semuanya tinggal kenangan.

Saya konvo pada 20/6/2010


Malaysia Juarai Piala Suzuki 2010 mengalahkan Indonesia

5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak. TV3 didenda RM 30 000 atas kesalahan ini oleh SKKM


Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak perlu memerah keringat untuk mempertahankan kejuaraan badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau, selepas lawannya, pemain veteran Korea Selatan, Lee Hyun ( 01/082010) menarik diri


10 Mei - datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes beliau, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hari ini, perbicaraan akan dimulakan dengan sesi soal jawab terhadap Mohd. Saiful oleh barisan peguam bela Anwar




Ramli Mohammad, 50 Pengawal Istana Diraja Kelantan yang parah ditembak mati oleh individu yang tidak dikenali



Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor berbual bersama pelumba F1 di majlis Gala Petronas Grand Prix Malaysia 2010 sebelum menyaksikan konsert penyanyi terkenal Lionel Richie di Kuala Lumpur,


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, kerana kesalahan minum arak yang digantikan dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.( 1/42010)


01/04.2010 -Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.


Sepanyol menjuari Piala Dunia mengalahkan Belanda 1-0 di Afrika Selatan


Subkhiddin Mohd Salleh pengadil Malaysia terpilih menjadi pembantu pengadil di World cup Afrika Selatan


h
Bola Sepak Malaysia layak ke pusingan ke dua Sukan Asia Guangzhu


Tahun terus melakarkan episod gemilang buat syarikat produksi milik David Teo ini, penerbit filem paling kaya


Pelakon dan pengacara AC Mizal dikurniakan darjah kebesaran iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk pada Ramadan lalu.


pencapaian terbaik Malaysia pada penampilan di luar negara selepas memenangi tujuh emas, 12 perak dan 10 gangsa pada temasya di Melbourne, Australia empat tahun lalu.


20hb 12.2010 Kemalangan ngeri membunuh 27 orang di Simpang Pulai


Pendedahan Wikileaks menggemparkan negara bila talian diplomatik dibocorkan


Kelantan menjadi juara Piala Malaysia tahun 2010


Pembunuhan kejam jutawan Kosmetik Datuk Sosilawti Lawiya dan 3 rakannya pembunuhan yang paling kejam tahun 2010

Tengku Muhammad Faris Perta Sultan Ismail Petra dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru dengan gelaran DYMM Sultan Muhammad ke V

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo dihadaapkan ke Mahkamah Sesyen kerana didakwa pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, yang menyalahi undang-undang negara

Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR

BN Menang dalam Pilihanraya DUN Galas


BN Menang pilihanraya Parlimen Batu Sapi, Sabah

Banjir Besar di Kedah

Banjir Besar di Perlis



kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15mlm, 22 Januari 2010




Inilah serba sedikit sorotan kenangan sepanjang tahun 2010, yang sempat saya kumpulkan..malam ini......mungkin akan mengembalikan kenangan kita kan?..selamat datang 2011......




[GAMBAR] GULA-GULA ZAKAR SANGAT DIGEMARI GADIS JEPUN...

gula-gula berbentuk.....tot...


wanita Jepun yang sangat suka gula-gula ni


eeeee..gediknya

Wanita jepun memang pelik-pelik... sekarang ni pula timbul fenomena ramai gadis-gadis jepun suka menghisap gula-gula berbentuk.....ishhh..nak sebut pun rasa segan....tengok sendiri laa


p/s: tak tahu la sama ada kat Malaysia ada tak gula-gula mcm ni...


Khamis, 30 Disember 2010

payudara anak diseterika nak elak anak dirogol oleh lelaki yang bernafsu.

kesiannya....

proses "breast ironing" dengan mengunakan baru arang


TRADISI: cameeron merupakan wilayah yang terletak di Africa. Namun begitu, anda akan terkejut apabila melihat budaya mereka yang sangat pelik dan aneh. Mereka mengamal kan amalan tradisi iaitu “breast ironing”.

Apa kah itu “breast ironing”? Breast ironing adalah tradisi dimana keluarga mereka cuba untuk menghancurkan payudara anak perempuan mereka. Hal ini demikian kerana ingin mencegah anak perempuan mereka daripada terlibat dalam hubungan seksual.Ini kerana, payudara adalah bahagian yang meningkatkan dan menarik nafsu lelaki untuk melakukan seks.

Sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai akil baligh dalam linkungan 9 tahun. Payudara mereka akan diseterika dengan mengunakan batu arang .Sebelum itu, batu tersebut akan dibakar di atas unggun api sehingga panas.

Bayang kan lah betapa sakit dan terseksanya diseterika dengan batu yang panas.mereka terpaksa meraung dan menangis kesakitan tapi tiada sesiapun dapat membantu. Ini kerana, mereka berpegang teguh pada tradisi.

Dipercayai, payudara kanak-kanak perempuan terbabit diseterika sebanyak dua kali sehari . Proses ini berlanjutan sehinggalah payudaya kanak-kanak tersebut menjadi tidak normal dan sangat2 teruk.

FAKTOR “BREAST IRONING”- supaya lelaki tidak terdorong untuk melakukan seks dan memandang anak perempuan mereka.


....mcm2 ragam di di dunia

Gambar Cium Tersebar, Julie Woon Beri Penjelasan

Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan nama Julie Woon tercalar.


Julie Woon

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.

Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.

"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.



Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

lepas makan malam...online kejap....sebaik buka blog..tengok-tengok ada tag... tag daripada Puan Nordiana dari blog MAPPIAU... Penganjur tag ini ialah bro eqbalzack..melihat hadiahnya pun wahh..sangat menarik..hehe.. terima kasih Puan Nordiana..( mamairfan).


syarat-syaratnya:

1. Jadi Followers eqbalzack.com. ( sudah follow dah)
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh Tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi


logo ikea ni....hebat ni

Table Lamp IKEA yang comel dan cun


Frame & Tea Towel Table IKEA


Saya dengan ini dengan segala hormatnya "meng tag" Cik Jelita untuk join Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

kepada sesiapa yang nak join pun boleh..klik saja di link tu...manalah tahu ada rezeki...:)


Ekin Isteri Mawi Jalani Rawatan Tradisional Untuk Dapat Anak

Pasangan ini memberi tempoh 6 tahun lagi untuk mengambil anak angkat

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi popular Mawi, Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 30, memberitahu masih belum terdesak untuk menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat.

Jelasnya, mereka masih terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dengan menggunakan kaedah tradisional.

“Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

“Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit,” ujarnya yang pernah mengalamni keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu juga memberi tempoh selama enam tahun untuk berusaha mendapatkan zuriat mereka sendiri.

“Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.

“Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain,” ujarnya.

Jelasnya, 20 Disember lalu genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia bersama suami tercinta biarpun belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak,” ujarnya.



p/s: jangan putus asa mencuba, berdoa ke hadhat Allah swt...pasti Allah swt akan memakbulkannya.....amin

Ulasan penuh Perlawanan Akhir Malaysia lwn Indonesia dan juga 6 kereta perisai tentera membawa pemain dan pegawai ke hotel penginapan..

Cuti umum Jumaat 31hb Disember 2010: Jasa mengharumkan nama negara sangat dihargai kerajaan

Kesian penyokong Indonesia!..hanya mampu memandang kegembiraan Malaysia

pandangan luar gol Malaysia: di saat Nasuha menjaringkan gol


Irfan menanduk bola di luar kotak penalti


Khairul Fahmi diasak oleh Gongzalez

Gongzales menyerang ke arah gawang Malaysia

S.Kunalan terjatuh semasa merampas bola

Penjaga gol terbaik negara

di saat Indonesia merayakan jaringan penyamaan 1-1


Firman Utina, pemain terbaik Piala AFF Suzuki

Irfan penyerang Indonesia

salah seorang penyokong malaysia bersorak kegembiraan

penyokong Malaysia berpesta di Kuala Lumpur

kereta perisai polis mengawasi perlawanan akhir

S.Kunalan merampas bola di kaki Mohd.Nasuha

penyokong Malaysia di Prai yang bersorak gembira

penyokong Malaysia di Dataran Senawang Seremban

penantian 14 tahun berakhir


antara penyokong Indonesia


antara polis wanita Indonesia yang mengawal stadium malam ini

sepakan Safee Sali inilah yang menjaringkan gol buat Malaysia

jelas tergambar kekecewaan Indonesia

pemain-pemain Malaysia yang memakai cermin mata bagi menggelakkan pancaran leser malam ini **

gaya terbang Gonzalez yang sama dilakukan oleh Nor Sharul idlan malam ini

Safee Sali dan Nor Sharul Idlan menyerang ke kubu Indonesia bagi mencipta gol

rakan-rakan merayakan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol

6 buah kereta perisai tentera Indonesia membawa pemain dan pegawai Malaysia ke hotal penginapan Malaysia malam ini..kerana ancaman penyokong-penyokong Indonesia


Tarikh : 29hb Disember 2010
Stadium : Glora Bung Karno, Jakarta, Indonesia
Masa : 7.00 malam ( waktu Indonesia,) 8.00mlm waktu di Malaysia.

Pengadil : Peter Direl Green dari Australia

Separuh Masa Pertama

Perlawanan malam ini di antara Malaysia dengan Indonesia cukup sengit Indonesia yang begitu bersemangat dengan 90 ribu penyokong Indonesia membanjiri Stadium Gelora Bung Karno belum cukup untuk menafikan Malaysia menjulang Piala Suzuki dan menjadi pasukan yang paling digeruni di peringkat Asia Tenggara.

Sebaik saja Pengadil dari Australia, Peter Direl Green, dari Australia meniupkan wisel memulakan permainan, pasukan Indonesia yang diketuai oleh penyerang berbisa Indonesia Christian Gonzalez, Irfan Bachdim, Arif Suyono menyerang bertubi-tubi ke gawang Malaysia, namun kecekapan penjaga gol Malaysia, yang juga penjaga gol paling bernilai negara, Khairul Fahmi Che Mat, menggagalkan usaha Indonesia mendapatkan gol awal.

Dalam minit ke 14, misalnya, penyerang Indonesia Arif Suyono yang mengumpan cantik melalui hantaran silang kepada Muhammad Ridwan, dan Ridwan dengan deras merembat ke gawang gol, namun dengan keyakinan yang tinggi, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi berjaya menangkap kemas rembatan tersebut.

Dalam minit ke 16, pada separuh masa pertama, pemain tengah Malaysia, Mohammd Ashari Samsudin, berjaya menggelecek dua pertahanan Indonesia iaitu Mohammd Nasuha dan Zulkifly Syukur sebelum merembat deras menggunakan kaki kiri sempat ditampan kemas oleh penjaga gol Indonesia Markus Haris Maulana.

Indonesia terus menyerang ke kubu Malaysia bertali arus, dan dalam keadaan kelam kabut itu dalam minit ke 18, bola yang disepak oleh Maman Abdurrahman telah terkena tangan Sabree Mat Abu. (masa ini Sabree Abu telah dikenakan kad kuning) Penalti telah diberikan oleh Indonesia, namun sepakan penalti yang diambil oleh Ketua Pasukan Indonesia, Firman Utina berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Selepas sepakan penalti ini gagal disempurnakan oleh Firman Utina, pasukan Malaysia semakin bersemangat, dan cuba membuka peluang hantaran silang kepada penyerang Malaysia, Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha, namun benteng pertahanan Indonesia begitu kebal setakat minit 20 permainan.

Dalam minit yang ke 24 pula, Ahmad Bustomi menghantar hantaran lambung kepada penyerang Indonesia, iaitu Christian Gonzalez, namun tandukan Gonzalez melepasi palang gol Malaysia. Kubu Malaysia selamat lagi.

Dalam minit ke 26 pula, pemain Indonesia, Hamka Hamzah telah menerjah dengan bahaya pemain Malaysia, Mohammad Ashari Samsudin dan sepakan percuma telah diberikan oleh pengadil dari Australia tersebut, namun hasil sepakan percuma itu, gagal dibaca oleh Nor Idlan Talaha. Malaysia kecewa lagi.

Dalam minit ke 30, permainan, Khairul Fahmi, sekali lagi menyelamatkan hantaran lintang Gonzalez, yang merupakan satu-satunya peluang Indonesia memecah kebuntuan, namun benteng terakhir, iaitu, Khairul Fahmi berjaya merebahkan badan menangkap kemas. Dalam saat ini, pertahanan Malaysia yang diketuai oleh Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Asaruddin Putra Omar dan Muhamad Muslim kelihatan longgar. Namum begitu arahan daripada Ketua Jurulatih, Rajagobal agar tidak memberi ruang penyerang menyepak bola ke arah gawang gol, banyak menyelamatkan gawang Malaysia.

Dalam minit ke 32 pula, Malaysia mengatur serangan ke kubu Indonesia, hasil horongan S.Kunalan kepada Safee Sali, yang berjaya memasuki ke kotak penalti Indonesia, namun sepakan Safee melencong ke sebelah penjuru kiri gawang Indonesia. Malaysia gagal lagi.

Peluang keemasa Indonesia untuk menjaringkan gol hadir dalam minit ke 45, apabila kelam kabut berlaku di depan gawang gol, namun Mohamd Muslim berjaya menanduk nipis ke belakang, hampir-hampir menciptakan gol pertama Indonesia, namun Pengadiil Peter Driel Green menuipkan wisel bagi menamatkan separuh masa pertama..

Ulasan Separuh Masa Kedua:

Separuh masa kedua bermula dengan Malaysia mengambil giliran, iaitu, Nor Sharul Idlan Talaha, dan Saffe Sali memulakan sepak bagi separuh masa kedua. Semasa separuh masa kedua ini, kedua-dua tidak membuat sebarang pertukaran pemain supaya tidak mengganggu rentak permainan.

Dalam minit ke 54, di dalam Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika, apabila bola hantaran lambung Ashaari singgah betul-betul di kaki Safee Sali dan beliau berjaya menewaskan Markus Haris Maulana. Kemenangan sudah berada di depan mata. Mengikut undang-undang baru FIFA, gol ditempat lawan sangat berharga, satu gol di kira 2 gol.

Dalam minit ke 56, Indonesia telah membuat pertukaran dua pemain serentak, apabila Bambang Pamukngkas dan Eka Ramadani dimasukan menggantikan Firman Utina ( yang gagal menjaringkan gol penalti ) dan Ifran Bachdim. Kemasukan Bambang Pamungkas membuat corak Indonesia berubah, dan kembali berbiasa dan hasilnya dalam minit ke 71 permainan, penyerang Indonesia telah berjaya menjaringkan gol semangat Indonesia apabila sepakan Mohamad Ridwan berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi dan muntah betul-betul di kaki Mohamad Nasuha. Gol ini mengakibatkan semangat Indonesia semakin meningkat.. Malaysia sangat tertekan, dan serangan bertali arus bertubi-tubi namun benteng pertahanan Malaysia sangat kebal menahan asakan pasukan Indonesia.

Dalam minit ke 81 permainan, Nor Idlan Talaha yang menanduk secara terbang gagal menjaringkan gol hasil lambungan cantik Safee Sali, antara lambungan tercantik yang pernah saya lihat.

Serangan bertali arus..penyerang Indonesia yang bertali arus, Bambang Pamungkas, Gonzalez, Nasuha sekali lagi berjaya membuat benteng Malaysia tertekan, dan hasil sepakan Mohammd Ridwan terkena kepala Muhammd Muslim untuk gol yang kedua Indonesia.


Akhirnya dalam minit ke 93 ( selepas tambahan masa 3 minit) pengadil Peter Direl Green dari Australia telah menuipkan wisel bagi menamatkan permainan. Kejayaan ini sangat manis buat seluruh rakyat Malaysia. Dan malam ini, Perdana Menteri telah membuat pengumuman Jumaat ini adalah cuti umum bagi Malaysia, semata-mata untuk merayakan kemenangan yang sangat bersejarah ini.



****Satu fakta menarik Safee Sali: pemain yang menjaring terbanyak kejohanan piala suzuki, hari ini ( beliau berpuasa hari ini)..beliau bermain untuk Malaysia, sebaik saja berbuka puasa, malam ini dan menjaringkan gol untuk Malaysia,

Fakta kedua:

pemain Liverpool Steven Gerrad pun menonton perlawanan malam ini yang dipancarkan ke seluruh dunia. Klik sini

Fakta ke tiga:

Rio Ferdinand pemain MU pun menonton perlawanan akhir malam ini.

Fakta Ke empat:

Jurulatih Indonesia Alfred Riedl yang dibayar gaji sebagai jurulatih US 100, 000 sebulan bakal dipecat.


.....tahniah Malaysia..!!

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy