Isnin, 3 Januari 2011

catatan hari pertama di sekolah hari ini.....


hari ini bermulanya sesi persekolahan......6.50pagi saya dah sampai ke sekolah, nampak saja kereta saya memasuki kawasan sekolah, pelajar-pelajar saya bergegas bersalaman, mencuim tangan, sangat terharu.. ada yang tolong bawa barang-barang, buku-buku..terharu juga..ishh..

masuk ke blik guru, melihat apa-apa yang patut untuk sesi perhimpunan rasmi pukul 7.30pagi nanti. 7.10pagi, masuk ke blik saya, yang dah sebulan lebih ditinggalkan..melihat apa-apa yang sesuai yang perlu diambil tindakan, membaca beberapa surat yang berada di bawah tanggungjwb saya..

7.30am bersiap untuk perhimpunan rasmi, pelajar-pelajar dah pun menyusun kerusi di Anjung Hikmah (tempat perhimpunan), saya mengarahkan ketua pelajar bersedia..Cd lagu2 lagu Negaraku, Kebesaran Negeri Sembilan, dan Lagu Sekolah juga saya berikan pada Ketua Murid.

Selepas membaca doa, Tuan Pengerusi Majlis ( murid menjemput saya berucap...hari pertama dah bertugas ..), ucapan yg biasa saja mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru, dan pelajar2 lama di sekolah ini. Juga mengalu-alukan para ibu bapa yg dah ada untuk proses pembayaran yuran hari ini....

Jam 9.00pagi, saya dan berberapa GPK dipanggii oleh guru besar untuk taklimat ringkas, saya diamanahkan memantau proses pembayaran yuran hari ini...alhamdulillah semunya berjalan lancar..

10.00 pagi sekolah saya dilawati oleh pegawai-pegawai daripada PPD seramai 4 orang untuk meninjau perjalanan sekolah pada hari pertama.. guru besar dan saya menjadi guru pengiring bagi membawa pegawai-pegawai PPD melawat bagi memantau dari kelas ke kelas..semuanya berpuas hati di hari pertama sesi 2011.

jam 12.00-12.30 tengah hari, memulakan pengajaran Science Year 4, belum sempat mengajar, guru besar dah memanggil saya untuk taklimat bagi kali kedua. taklimat ini berkaitan seorang guru di sekolah saya telah mendapat arahan bertukar sekolah, dan beberapa hal yang berkaitan dengan kelas KAFA..

1.30 petang baru selesai taklimat dengan guru besar.. pendek kata hari ini..perjalananan sekolah berjalan sangat lancar, dan tidak ada masalah yang besar berlaku.

perkara-perkara yang sudah diambil tindakan
  • semua murid telah mendapat buku teks ( 100% selesai)
  • semua guru kelas telah dibekalkan dengan keperluan-keperluan yang mencukupi ( untuk kelas)
  • kerusi dan meja untuk murid termasuk pra mencukupi ( 100% selesai)
  • Hari pertama dah memulakan sesi pengajaran
  • Semua pelajar dah membeli buku2 tulis ( seminggu sebelum ini) so sudah tidak ada masalah.
  • Perjalanan di kantin sekolah memuaskan...dan semua dalam keadaan baik
  • Surat dari Kementerian Pelajaran belum terima bagi memastikan berapa bilangan yg akan medapat RMT ( Rancangan Makanan Tambahan)**
  • Menerima beberapa surat dari BaitulMal, bagi murid-murid yg miskin dan tidak mampu membayar yuran..** ( ada 4 pelajar.akan mendapat bantuan e-kasih daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Pelajaran Malaysia, nama yg saya hantar ke Kementerian telah diluluskan.

2.00 petang, masuk bilik ambil barang-barang dan pulang ke rumah, saat ini semua guru dan pelajar dah balik..saya orang terakhir meninggalkan sekolah.

2.15 petang, sebaik keluar dari kawasan sekolah, terpandang salah seorang abg yang membayar yuran tadi, keretanya pancit... berhenti tolong dia..tolong apa yg patut..walaupun dalam hujan renyai-renyai.

Sampai di rumah, solat, makan tengah hari.....dan update blog ini.....:)




19 ulasan:

Ayuni berkata...

bestnye sekolah.....

Nora Shahaira berkata...

kesibukkan yang menggembirakan kan..?

My Little Diary berkata...

selamat pagi cikgu... (gaya upin ipin).. hehehe.. eh! silap, selamat ptg cikgu... :)

selamat mengajar ye!

y-A-n-A berkata...

selamat kembali ke sek cikgu.. :DD

pearl jade berkata...

salam,wah hebatnya...skola mana ya ni
sume dah setel.alhamdulillah..
maaf tny.cikgu ni,cikgu disiplin ya?
siap jdi pengiring gb n nazir..
skola sya nazir x dtg lg
risau juga tb2 dtg

MAPPIAU berkata...

hehehehe senyummm jer saye bace rutin cekgu hari nih hihihi, macam best la pulak jadi cekgu ni datang sekolah jer anak murid terjah tolong amik beg bestnyer.

kek opis ni sape nak terjah macam tuh. bos terjah "haaaaaaa baru sampai ker?" yang tu ade lah hahahaha

Anisa Hang Tuah berkata...

bestnye jadik cikgu
:)

wida berkata...

selamat betugas sr :)

wida berkata...

selamat betugas sr :)

Peri PiA berkata...

salam

good evening teacher ;)

ainnoraini berkata...

selamat kembali bertugas...
td pegi hantar anak2 sekolah...semua cikgu sibuk menguruskan berkaitan urusan pelajar2...

pening jugak tu...mcm2 kerenah kene layan...

alexa yussida berkata...

wah cikgu rupanya:D
selamat bertugas cikgu...

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

rindu alam sekolah la...
asa mau ulang semula

Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!


MY RECENT POST: Jom Kenal KHAIRUL FAHMI CHE MAT Yang Encem

Tanpa Nama berkata...

salam syg..selamat mengajar..jangan nakal-nakal macam anak murid jugak ye.. :P

diamuslima berkata...

cikgu2... nak sek balik leh x.... hehehe

ibuintan berkata...

tahniah... boleh beri lima bintang

Dinas Aldi berkata...

Salam dik,
selamat kembali bertugas ya. syukurlah hari pertama berjalan lancar.
adoi, Casablanca..banyak kenangan nih..

norh berkata...

2.15 dah boleh balik..best kan :)

Ad Rifza berkata...

Semangat sungguh cikgu kan mula skolah..hehe..Slmt mendidiklah cikgu..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy