Khamis, 20 Januari 2011

di satu musim waktu

Hari-hari tanpa isi adalah
merayau-rayau di taman
mengharung daun-daun kering gugur berselerak
dan di satu bucu
di bawah pepohon telanjang
suatu bangku
diduduki kekosongan.

Hari-hari tanpa tuju adalah
merayau-rayau di kota
mengharung manusia-manusia susul berarak
di atas kaki lima dawas
dan di satu penjuru
di bawah kekosongan konkrit
suatu lampu jalan
menyalakan kebosanan.

Hari-hari tanpa cita adalah
merayau-rayau di hati
mengharung perasaan-perasan bulur bersemarak
di dalam monokrom alam
dan di satu musim waktu
di dalam kebosanan kewujudannya
seorang insan
menelanjangkan keresahan

hari-hari tanpa cinta adalah
hari-hari tanpa tuju adalah
hari-hari tanpa isi adalah
hari-hariku!


1 ulasan:

raje carl berkata...

like it :)
btw thx follow my blog ..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy