Ahad, 30 Januari 2011

[ gambar ] Cara Berkesan Kawal Pemandu Bas..Mesti Tak ada Kemalangan Punyaa



Sebuah syarikat bas di China telah melancarkan satu kempen baru 'memandu dengan selamat' - dengan menggantung mangkuk besar berisi air di sebelah pemandu bas.

Longxiang Public Bus Company di Changsha, wilayah Hunan, berkata pemandu-pemandu mesti memandu dengan cermat untuk menghindari air daripada tertumpah.

Pemandu-pemandu bas dikehendaki memastikan mangkuk berisi air itu masih penuh apabila mereka menamatkan trip perjalanan mereka, menurut laopran Xiaoxiang Morning Post.
Dan syarikat memberi amaran kepada pemandu mereka melalui pemantauan daripada CCTV itu yang akan dikaji untuk memastikan mereka tidak menipu dengan menambah mangkuk dengan air.

"Penumpang-penumpang sering merungut pemandu bas sering menekan brek dengan mengejut dan pemanduan yang teruk membuatkan mereka benar-benar tidak selesa pada di dalam bas," menurut seorang jurucakap syarikat.

"Mangkuk-mangkuk yang tergantung berisi air akan mengurangkan tindakan mereka daripada membuat permulaan perjalanan dengan mengejut, membrek secara tiba-tiba atau membuat pusingan bas dengan kasar."


boleh dilakukan di Malaysia tak..???

11 ulasan:

nur 'afifah :) berkata...

hhaha..comel gila la gmbaq tuh. :P

ainnoraini berkata...

pandu cermat jiwa selamat...opp...penumpang semuanya selamatkannn...

IeDa berkata...

haha.. boleh cuba kot.. hehe

Jaja berkata...

hahaha... mcm-mcm cara supaya nk elak kemalangan....

rayne rawt rawt berkata...

ingatkan minyak panas tadi.. wakaka

lionteen berkata...

bagusnye.msia wat mcm ni jugak la.hehe

Ahmad Hizwan Ahmad Shukran berkata...

terbaik la..
klakar pun ad jgk.. hehe
tp inisiatif mcm i la dperlukan dlam mncegah kmlangan jalan raya kt malaysia ni,drivr kdng2 leka dan tidak mngendahkan pnumpng..
harap ad la kuali berisi air kt sblah driver bas utama ekspress y bkal ak nek blik k peneng nnti.. hehe

MAPPIAU berkata...

wahhh ni kalau cube kat malaysia nih konpem ramai pemandu bas yang basah lenjun dek air tuh hihihi

aimi nadiah berkata...

bgs jgk idea tu.. dunia makin pelik.. haha..

AMMAR YASIR berkata...

bhahahaha..sampai macam tu sekali

Tuan Auz berkata...

haha huiyoo hebat!slow sngatlah nk bawa bus nanti! =D

cam susah je nk wat kat msia, tgk gaya bas mmg kalo lekat air pon, konpom tumpah gak

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy