Isnin, 31 Januari 2011

[ gambar ] gadis mengeluarkan air mata darah...

Twinkle Diwedi

Inilah gadis yang telah menggemparkan para doktor kerana beliau dengan spontan 'berdarah' daripada liang-liang romanya sehingga 50 kali sehari.

Twinkle Dwivedi, 14 tahun mengalami gangguan aneh apabila dia kehilangan darah melalui kulitnya tanpa dipotong atau digores.

Dr George Buchanan, seorang ahli hematologi dari British telah mengembara ke India untuk mengkaji kes yang mengejutkan.

Remaja daripada Lucknar, Uttar Pradesh, telah menderita 'pendarahan' sehingga 50 kali sehari ini sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata: "Saya mengeluarkan darah daripada mata saya, tangan saya, kepala saya, dan dari merata tempat. Daripada telinga saya dan juga hidung.

"Ia tidak menyakitkan tetapi ia membuat saya keletihan dan kadang-kadang saya juga sakit kepala."

Dr Buchanan, seorang pakar darah pediatrik Amerika, melawat keluarga Twinkle di Jaslok Hospital,Mumbai di mana dia memantau pendarahannya.

Katanya: "Saya tidak pernah melihat satu kes seseorang yang mengalami pendarahan spontan daripada kulit kepala mereka atau tapak tangan mereka. Atau membaca mengenai penyakit ini dalam sejarah perubatan.

"Tetapi saya tidak melihat sebarang luka-luka atau lebam pada anggota badannya."

Dr Buchanan dan pasukannya menjalankan satu siri ujian termasuk memotong kulit Twinkle untuk mengira kadar masa bagaimana cepatnya pendarahan dapat dihentikan.

Ujian-ujian menunjukkan dia mungkin mengalami gangguan pembekuan darah, ini bermakna platelet darahnya tidak bertaut dengan betul. Bagaimanapun ia tidak mencukupi bagi menerangkan masalah pendarahan spontan.

Dr Buchanan juga menyiasat samada Twinkle atau ibunya yang menjadi penyebab berlakunya pendarahan.

Twinkle, seorang Hindu, berkata: "Saya bukan sengaja mahukan ini. Mengapa saya mahu membuat diri saya berdarah?

"Saya tidak mahu jadi begini. Saya mahu bersekolah dan mempunyai satu kehidupan yang normal."

Gadis malang ini telah meninggalkan sekurang-kurangnya dua tahun persekolahan selepas dua sekolah melarangnya daripada bersekolah disebabkan oleh masalah pendarahannya itu.



7 ulasan:

iLa VaNiLLa berkata...

niyh bawu btol2 mngis smpy kuar air mata drh..

atieNOTHING berkata...

uiyohhh . baru aaa padan denan peribahase :PP

sicomot-comel berkata...

masyaAllah..

ni lah kata orang..
biar keluar air mata darah sekalipun...

garfield88_aini berkata...

kecian kt dia xpergi sekolah dah...

nelly berkata...

ada juga ye ?
kesian dia .

aienz nawawi berkata...

kesian ny dia

Kaseh berkata...

kesian budak nih.. alahaii mmg la sakit pala sebab darah dah kuar...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy