Jumaat, 14 Januari 2011

kanak-kanak lelaki dan perempuan didakwa diliwat, dirogol dan dicabul..


GEORGETOWN: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan terhadap beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan dari rumah kebajikan di Jalan Penang di sini, yang didakwa diliwat, dirogol dan dicabul pekerja komuniti serta guru sukarelawan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pasukan khas itu meneliti laporan polis dibuat seorang peniaga wanita berusia 41 tahun di Balai Polis Jalan Patani, di sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin.


Beliau berkata, ketika ini, siasatan masih lagi dijalankan daripada pelbagai sudut sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun atau sebatan.


“Siasatan awal mengatakan perbuatan itu dilakukan di rumah kebajikan berkenaan dan seorang pegawai polis dari Cawangan Khas hadir di rumah itu untuk mengambil keterangan pekerja rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sementara itu, Setiausaha rumah kebajikan itu, Amy Wong berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mendapat nasihat peguam manakala pengerusi rumah kebajikan itu dijangka mengadakan sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula berkata, pihaknya menerima aduan dan laporan mengenai penderaan seksual itu sejak bulan lalu.


Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 dan pihaknya percaya terdapat ramai kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual, namun enggan mendedahkan bilangan yang menjadi mangsa.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar Oktober 2006 hingga 2009 dan antara lapan hingga 11 kanak-kanak dikatakan menjadi mangsa penderaan seksual itu.







saya menyeru pihak polis menjalankan siasatan yang terperenci dan mendakwa secepat mungkin "bintang" yang melakukan perkara keji ini..!!!

8 ulasan:

apezs shah berkata...

salam

wah biar betul. lama dah tu kena.. haish tempat camtu pon derang sanggup. nafsu ape tu.

*nak buat benda tu senang je. copy url tu. den masokkan url blog u ke dalam tu. den tggu dia akan search..;)

princeduyong berkata...

mana lagi tempat selamat ye...tempat perlindungan pun dah tak selamat...

atty's berkata...

semalam ada dgr kat berita..
kesian budak2 tu ..nafsu serakah mcm binatang..patutnya beri perlindungan ini .tidak.siannya

SURIA AMANDA berkata...

ini bukan binatang lagi dah..ni dah tahap setan besar ni..

sya fiqa berkata...

salam..
acctly laa kn klu org merompak, dadah n len2..klu d pulih kn dorang mmg boleh..
tp kalo org y mcm nie (xdpt kawal nafsu smpy jd nye kes rogol nie) susah utk d pulih kn..wlau dgn cara ap skali pun melain kn diorng mmg betul2 insaf n memohon pd Allah spy dpt kwal prasaan diorng.. :)

Kaseh berkata...

ya allah...yg diberi tanggungjawab menjaga pun buat menda tak elok...sudahnya sapa lagi yg budak2 ni nak percaya..haishh

MAPPIAU berkata...

isshh takuttttt, sian, marah sume ade nih :((

samsularifin berkata...

agak - agak la..kat tempat macam tu pon nak layan nafsu jugak ke? kalau nak sangat pergi la tempat pelacuran sana..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy