Ahad, 9 Januari 2011

Luahan hati SR buat gadis-gadis yang suka memakai baju, seluar ketat dan sendat..


Bila keluar di sekitar bandar Seremban ni, rata-rata anak gadis remaja Melayu yang bertudung dari 10 yang jumpa 8 yang memakai seluar dan baju yang terlalu sendat yang sangat jelas menampakkan buah dada...Betapa lelaki memang selalu diuji...digoda dengan mcm-mcm ini..

Lelaki diuji dengan lenggang lenggok dan gerak punggung yang..aduh...walaupun hakikatnya gadis melayu ini berbaju, dan pakai seluar...tapi sebenarnya mereka ni berbogel. Perempuan tak henti-henti memperjuangkan bahawa mereka selalu menjadi mangsa seksual lelaki, abis siapa pula yang nak memperjuangkan nasib terutama pada lelaki2 yang dalam katogeri ini..Ini pun kira "serangan seksual" juga..:))

Wahai perempuan, anak-anak gadis remaja yang dihormati.. kami ini ini lelaki yang lemah, kadang-kadang tak tahan juga dengan godaanmu...Labuhkanlah sikit pakaianmu supaya kami ini taklah terseksa dengan gangguan seksual yang ada di depan mata tu...



kalau si gadis memakai pakaian yang mcm di atas... kita nak kata sebagai apa?? Memakai tudung, menutup aurat di atas, tapi peha yang gebu itu tak ditutup... tapi apa nak buat..semua itu dah menjadi trend masa sekarang...kan tak pakai mcm tu...tak vouge pula kan??

Saya memuji langkah kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, YAB Dato Nik Abd.Aziz bin Nik Mat, yang memperkenalkan Kod Etika Cara Berpakaian bagi seluruh penduduk Islam, Kelantan dan bagi yang bukan beragama Islam, memadailah memakai pakaian yang sopan.Kepada sesiapa yang mahu melawat Kelantan haruslah berpakaian sopan..seandainya menjolok mata dan tidak menutup aurat..petugas-petugas MPKB akan mengambil tindakan, seperti menasihatkan mereka yang berkenaan supaya berpakaian sopan, dan akhir sekali pegawai MPKB tidak teragak-agak akan mendenda mereka jika masih berdegil..



17 ulasan:

Faaein Himura berkata...

semoga mereka cpt2 bertaubat.. mohon smoga sy tak dipengaruhi spt ini.. menakutkan..

siti faridah harun (nama penuh tu) berkata...

mudah2han terbuka hati mereka untuk berubah,,

mohon SR bagi pendapat di post baru ida,, =)

sissyira berkata...

salam

kenapa lelaki sering mengatakan wanita adalah alat untuk mereka berbuat zina dan terjebak dgn gangguan seksual? sedangkan lelaki boleh memilih untuk melihat atau berpaling, tak kira siapa pemerintah, kita akan terbentuk dari rohani kita. solat kita tentukan kita di mana...

erk...alang alang dah tengok depan mata kenapa tidak pergi tegur secara berhemah, itu lebih baik,

ciK gAyah kePOhhh berkata...

adesss!!! yg lastt xley bla toii... :)) kai tudunggg tp...........

alexa yussida berkata...

semoga mereka dan kita smua sntiasa beringat n tdk lalai..amin

FasiHaH SupiaN berkata...

isk3...awatnya pakai gitu..semoga mereka mendapat hidayah...

naLLy berkata...

iskh.. ntah pape la.. ade ke pakai tdg tp pakai mcm tu.. hish..

bidadari berkata...

salam SR,

KENAPA jadi lagu tu..
agaknya mereka merasa megah..tunjuk dada yg berbonggol dan kaki putih mulus tu untk santapan lelaki..ish ish...subhanallah!

(kaki yg gebu dan dada yg montok hanya lah untk TATAPAN suami yg sah...betul dak SR..:):)

sekamar rindu berkata...

@ sissyira


ada ke ayat dalam entri itu saya kata pompuan sebagai alat lelaki melakukan zina? tak ada kan?

saya tak kisah pun, wanita tu nak bogel sekalipun..saya tak kisah..cuma mengeur dengan berhemah..entri ini seumpama dakwah kecil pada saya.

saya bukan berbicara pasal politik..cuma mahu membuat bandingan..di negeri2 lain tak ada peraturan kod etika berpakaian mcm ni..

nak tegur dengan terus mcm tu...siapa hak saya nak buat mcm itu?

Nurul Aima Hj Kaim berkata...

erk gmbr terakhir tu mmg ada yg pakai mcm tu ka? dahsyatnya

Miss Ran berkata...

gambar akhir lupe nk pakai sua ke
ke pakai sarung kaki je

farhan asyraf berkata...

betul betul betul. cukup cukup la pakai macm tu wahai wanita. :(

Nur_cahayamataku berkata...

memang bagus kalau ada gubal undang2 pasal kod etika berpakaian. Saya sendiri sakit mata juga kalau nampak mana2 perempuan yang berpakaian macam kat dalam gambar tu.tak senonoh langsung.

sungguh tak sopan.

MAPPIAU berkata...

adehh gamba yang last tuh tak boleh blah la. Ape yang budak tu nak buktikan dengan berpakaian macam tuh la haih :((.

dkama berkata...

Dalam hal ni kita tak perlu menunding jari pada sesiapa... segalanya bermula dari isi rumah... Ketua keluarga gagal memainkan peranannya sebagai iman dalam rumahtangga... makmum dalam isi rumah juga gagal dalam memainkan peranannya untuk memenuhi tuntutan Islam...

Adalah tak benar sama sekali sekiranya kita katakan tak kisah siapa yang memerintah kerana masalah sosial macam ni kita boleh selesaikan sendiri... Pemerintah ada peranan yang perlu di buat untuk mencegah gejala sosial yang tak baik... tapi sayangnya semuanya menjadi kabur kerana pemerintahan negara kita berkonsepkan skularisme...

PEACE...

si para para berkata...

ni la beramal tapi tak berilmu...

tutup tapi terdedah...
mudah mudahan Allah buka pintu hati kita semua untuk berubah dari buruk ke lebih baik

Mr. Deen berkata...

Awek bertudung pakai maxi tanpa lengan di atas tu rasanya mempunyai kehebatan yang sungguh tiada tandingnya dari segi kecacatan otak. Dia perlu ada appointment dengan pakar psikiatri yang berilmiah dari segi kerohanian dan keislaman. Jika masih gagal, hospital mental mengalu-alukan kehadirannya.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy