Sabtu, 1 Januari 2011

‘Pak Su buat kami bangga’


anak-anak saudara Khairul Fahmi Che Mat

KEJAYAAN pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 cukup membanggakan seluruh keluarga penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Aksi cemerlang pemain berusia 21 tahun itu pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno benar-benar mengejutkan keluarganya, terutama bapa, Che Mat Hussain, 58, yang menyifatkan persembahan terpuji anaknya sebagai hadiah amat bermakna buat negara.

“Kami semuanya berasa bangga dengan apa yang ditunjukkan Pak Su (gelaran buat Khairul Fahmi) pada perlawanan itu untuk negara. Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak dan kejayaan ini adalah berkat usaha dan disiplin tinggi ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang sentiasa ada dalam dirinya,” kata Che Mat kepada wartawan di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, semalam.

Beliau berkata sebelum perlawanan akhir kedua itu, Khairul Fahmi ada menghubunginya dari Jakarta bagi memohon restu agar keputusan perlawanan itu akan berpihak kepada negara meminta didoakan agar 'prestasinya pada malam itu benar-benar menjadi.'

“Itulah anak saya...baik sebelum beraksi untuk Kelantan atau untuk negara, dia tidak akan lupa memohon restu keluarga,” katanya. Menyentuh mengenai minat Khairul Fahmi dalam bola sepak, ayahnya memberitahu ia bermula ketika dia berumur lapan tahun lagi dan minatnya hanya di posisi penjaga gol saja.

“Dari kecil lagi, dia cukup minat dengan posisi itu dan mula beraksi bersama pasukan sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Tapang ketika berumur 12 tahun,” katanya.

Khairul Fahmi kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Baharu sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Che Mat berkata sambutan besar-besaran akan diadakan penduduk kampungnya dengan kerjasama wakil rakyat bagi menyambut kepulangan Khairul Fahmi, Isnin ini.

“Majlis itu akan diadakan dengan perarakan 10 pacuan empat roda dan 30 motosikal yang akan bermula dari lapangan terbang. Inilah kebanggaan saya sebagai bapa dan apapun selepas ini, nasihat saya agar jangan mudah lupa diri dan sentiasalah tingkatkan potensi untuk terus berjaya,” katanya. - Bernama


3 ulasan:

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

apex rambut pendek baru namapak korea look
momoy sudah angau sama apex laa...

Saya Blogger TERENGGANU
MY RECENT POST: Jom Kenal KHAIRUL FAHMI CHE MAT Yang Encem

cik puan akish berkata...

pak su yg ensem!!!!

ilham_un berkata...

da macam korean jek khairul fahmi nie..but tahniah.:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy