Sabtu, 1 Januari 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 dari saya buat sahabat-sahabat di sekamar rindu....[ entri pertama di tahun baru]


Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama sekali marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dengan limpah nikmat dan rahmatNya kepada kita yang tidak terhitung ini. Nikmat yang Allah swt bagi secara percuma; nikmat udara yang Allah swt bagi secara percuma. Kedua, nikmat iman dan Islam yang kita anuti sekarang. Begitu juga dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang dianugerahkan kepada kita...syukur alhamdulillah..

Masa begitu pantas berlalu, sekarang kita dah melangkah ke Tahun 2011, dengan berlabuhnya tirai 2010, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011, kepada seluruh rakyat Malaysia, semua sahabat-sahabat blog Sekamar Rindu, di Malaysia, Indonesia, di Asia Barat, ( Lubnan), di England, di seluruh dunia yang singgah di sini.

Tahun 2010, adalah tahun yang signifikan. Ia merupakan tahun terakhir dalam dekad pertama kurun ke 21. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah swt agar di tahun 2011, ini kita semua akan beroleh kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan dalam semua lapangan yang kita ceburi. InsyaAllah..

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada sahabat-sahabat blogger yang lain, seandainya di sepanjang tahun 2010, saya ada terkasar bahasa...terguris perasaan, tercalar jiwa dan raga..maafkan saya..Kita adalah hamba yang dijadikan Allah swt di muka bumi ini..sesuai dengan status hamba kita pasti dijadikan dengan kelemahan-kelemahan..jesteru itu maafkan saya....

Selamat Tahun Baru 2011 buat semua..........


9 ulasan:

Faaein Himura berkata...

Alhamdulillah masih diizinkan-Nya untuk bernafas di tahun 2011 ini..

semoga kehidupan di 2011 lebih baik dari 2010..

Anisa Hang Tuah berkata...

selamat tahun baru
(:

Azwazee Mohd Daim berkata...

selamat tahun baru..

puteri cahaya. berkata...

same la pu3 pun nak mintak maaf ye sekamar rindu, anda ada tersalah dan silap harap dimaafi.. :) http://ainblogger.blogspot.com/2010/12/welcome-2011-and-good-bye-2010.html

IMANSHAH berkata...

Salam

Buka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.

ikhlas :

Sahabat mayamu,
Imanshah

Baity berkata...

Salam tahun baru {",}

FaizalSulaiman berkata...

salam tahun baru!

MAPPIAU berkata...

wah cekgu tak lupe juga yang di Lubnan yea hihihi terima kasih

saye dan suami juga nak ucapkan selamat tahun baru buat cekgu, mudahan di tahun baru ni cekgu beroleh keberkatan dan dilimpahi kebahagian yang cekgu impikan.

mudahan tahun baru ni membawa seribu satu makne kepada cekgu yea

mudahan cekgu success juga di dunia blogging keep it up yea cekgu :D

Tanpa Nama berkata...

Wahh.. terharunya.. bila nama bumi Lubnan pun disebut dalam ni.. Selamat Tahun Baru.. nantikan N3 khas tahun baru dari Bumi Lubnan..

Peace for Lebanon

-papairfan-

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy