Ahad, 2 Januari 2011

selamat kembali ke sekolah esok


esok 3hb Januari....bermulanya sesi persekolahan yg baru 2011, bagi negeri-negeri di Malaysia (kecuali Kedah Kelantan dan Terengganu) yang sesi persekolahannya bermula hari ini. Hari ini adalah hari terakhir yang boleh bersantai-santai depan laptop update blog melebihi 10 entri sehari...lepas ni tak ada lagilah yg boleh buat mcm tu.. sentiasa busy maklumlah di awal-awal sesi ini mesti banyak urusan yg perlu diseslesaikan.. lebih-lebih lagi tahun ini saya diamanahkan mengajar Tahun 1.. satu pengalaman baru....

Tahun 1, pada tahun ini bermulanya kurikulum baru, yang dikenali Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bukan saja sukatannya berubah malah pelbagai elemen-elemen baru telah dimasukkan juga dan perlu diterapkan pada setiap murid di tahun 1, antaranya Elemen Keusahawanan, Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Elemen Kreatif dan Inovatif...

Apapun, selamat kembali ke sekolah buat semua pelajar-pelajar dan guru-guru..ingat tanggungjwab kita..mendidik dan membangunkan anak bangsa.. sama-sama kita hayati puisi daripada Dato' Usman Awang..yang ditulis pada tahun 1979


Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


p/s Guru biasa..yang mengajar Tahun 1 untuk sessi 2011

26 ulasan:

saff'sWords berkata...

bersemangat ni nak p sekolah ! SPM SPM heheeh :)

Rozuan Ismail berkata...

pernah baca sajak ni depan cikgu2..terharu sgt..bukan masa hari guru..tapi masa makan darjah 6..kira hari perpisahan la..sedih sangat kenang masa lalu..

Miss Yaty berkata...

selamat bersekolah pada semua murid..hihi
^__^

Faaein Himura berkata...

selamat kembali bertugas cikgu..

tetiba rasa rindu nak ngajar bebudak tahun 1 ni.. sbab dia org comey2.. bnyk benda yg dia org rajin tanya.. huhuhu.. =]

p/s: lagu best..lagu apa ni cikgu?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH =)

abu muaz berkata...

selamat bertugas.

sarah berkata...

selamat mengajar semula :)

NuR si CiKGu RiBeNa berkata...

cikgu

kedah kelantan terengganu
mula sekolah esok
sama macam negeri lain
disebabkan malaysia menang
jumaat diganti ahad
sebab jumaat memang cuti umum kat negeri2 berikut

MAPPIAU berkata...

selamat bertugas buat cekgu, dan selamat kembali ke sekolah buat anak2 murid cekgu :D

ibuintan berkata...

selamat kembali ke sekolah

aida4eva berkata...

selamat kembali ke sekolah :)
sy pon tak sabar nak mula kelas sok.saya bangga menjadi guru. ececey :)

kiwi berkata...

selamat bertugas..x sbr nk msuk blajr blik..hihi

alexa yussida berkata...

saya sgt suka sajak usman awang nih:D

sekamar rindu berkata...

salam..alexa yussida,


seniman negara kita..saya pun suka..

tq singgah komen sini

sekamar rindu berkata...

kiwi,

terima kasih..:)

sekamar rindu berkata...

aida4eva,

terima kasih...:)

sekamar rindu berkata...

ibuintan,

terima kasih ibuintan..:)

sekamar rindu berkata...

MAPPIAU,

hari ini dah bertugas..:)

sekamar rindu berkata...

NuR si CiKGu RiBeNa,

ya ke.? saya terlepas pandang yg ni..tq bagitahu..:)

sekamar rindu berkata...

sarah,

terima kasih..:)

sekamar rindu berkata...

salam...tuan abu muaz,

terima kasih..tuan.:)

sekamar rindu berkata...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr,

terima kasih...:))

sekamar rindu berkata...

Faaein Himura,

saya selalu tukar2 lagu ikut mood time online..

sekamar rindu berkata...

Miss Yaty,

terima kasih..singgah sini..

:))

sekamar rindu berkata...

Rozuan Ismail,


sajak yang sangat dalam maknanya daripada seniman agung negara kita..

sekamar rindu berkata...

saff'sWords,

terima kasih..singgah sini..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy