Sabtu, 5 Februari 2011

bila berjumpa dengan orang yang Bodoh Sombong..


kadang-kadang manusia ni mcm-mcm ragam....biasalah tu..aku pun faham itu..tapi janganlah pula bodoh sombong..tu tak baik..

kisahnya pagi ni..saya keluar membeli surat khabar, mahu juga membaca surat khabar, asyik dok membaca secara online saja..tak best juga...

semasa pulang dari kedai menuju ke rumah aku ni terpandanglah aku sebuah kereta, mungkin rosak di agaknya... dengan bonet depan yang terbuka, isteri beliau gelisah sambil mendukung anak kecil...aku ni dengan rasa simpati..cubalah berhenti kereta..ingin menolong mana-mana yang patut...

tapi...oleh kerana pemandu kete yang rosak ni..bodoh sombong..dia boleh marah kat aku...setidak-tidaknya kalau pemandu ni tak sombong, teringin juga aku mempelawa mereka singgah di rumah kerana lokasi kereta abg ni rosak tak jauh pun dengan rumah aku....

" tak de..tak de......tak rosak, tak rosak...!!!." dengan nada yang agak kasar...

kalau ya pun...cakaplah dengan baik....kita kan orang Melayu..penuh dengan adab serta tata susila...

tulah yang dijawab oleh pemilik kereta ni.........

pengajaran pada diri saya...: .lepas ini tak ada lagi nak tolong-tolong orang..pedulikanlah orang apa nak jadi pun....!



18 ulasan:

AZRUL AZMI berkata...

boleh pulak mcam tu... org dah nak tolong tu kira baik la... tapi maybe jugak dia ada masalah, kita kene sangka baik jugak...


tapi tak tahu la saya, sebab saya tak der kat tempat kejadian berlaku... susah jugak la nak manipulasi apa yg sebenar berlaku... tapi tak pe niat kita tu baik dah dapat pahala...

ch!natsu berkata...

uit jgnla cmtue..
xpelah kita nak hulurkan bntuan..
dah klu dia xnak biarkanla..
xslhkan klu kita nak brbuat baik wlupun mgkin xde yg mghargai? =)

Saffrina Ropiee berkata...

tak menghargai bantuan yang nak dihulurkan. -.-'

JunAina berkata...

bila kita ikhlas orang kata menyibuk...bila kita buat tak tahu dikata tak perihatin...habis cam no...

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

sebal nya rasa d hati...
semakin hari semakin ramai urg d sekeliling kita mcm tu..susah sangat kah utk berbuat baik..hanya dgn sekadar senyuman pun suda cukup x luak x rugi sesen pn...sabar aja la..tp x sume urg yg dlm kesusahan x perlu kn pertolongan mcm urg tu..:))

azam aziz berkata...

jangan putus asa dalam menolong orang yang memerlukan pertolongan~
biar dicaci, dihina mahupun ditengking, sampai masa kita juga memerlukannya~

faralovexx berkata...

hurmm,pada pendapat sye,mybe org ni ade problm dyer sndiri kot..sometimes kiter akan brtndak yg bukan2 kalau kiter ade problm...heehee..

nohoho =) berkata...

mungkin orang tu tengah tension...
jangan lah sebab seorang anda tidak mahu menolong orang lagi

RuBiE ZaiNuDdin berkata...

eh..de jugak org cam tue..
takpe..be positive ya..mungkin die tak nak menyusahkan kite..mungkin..huhu..;)

senydream berkata...

saya setuju ngan manusia ni bnyak ragam..yup mmg bnyak ragam!..memeningkan jek

Kaseh berkata...

dia takut tu...hehe

Cikgu Nurin berkata...

kadang kadang manusia ni mmg macm tu,jenis tak mau mengaku kelemahan dan kekurangan masing masing, sampai orang nak tologn pun tak mau, atau mugkin dia curiga, betul ke tak orang ni nak tolong aku? atau saja nak usha kete aku?aatau nak rompak aku? hmmm macam macam...

Selalu gak jumpa orang sombong macam ni....

azieazah berkata...

Takpa la cikgu..

agaknya dia ingat dengan hembus jer keta leh ok semula..

biar jerrrr..:)

Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

Isa berkata...

mungkin dia tengah stres agaknya, bersangka baik jelah...

dan tidak dinafikan juga memang ada segelintir manusia yang bersikap begitu.

tindakan berdasarkan kejadian, sifat tolong menolong tetap diteruskan, kalau diorang reject... bye2 jelah..

Allah... tahu niat kita... tak gitu SR.

ismani berkata...

dia pon hot dgn keta yg tgh hot tu kot.. xpela.. mari berprasangka yg baik2.

sissyira berkata...

salam

kadang2 kita melihat org selalu bodoh sombong, tapi sebenarnya Allah sering bagi apa yang kita buat kat orang pada kita balik..



Jom Joint 1st contest syira --Contest 1 : Bila saya mati by sissyira

aimi nadiah berkata...

aish.. jgn xtolong org len.. yg tu biarla dia..

Adzrien Shoppe berkata...

tengah bad mood lah tu. tapi le dgn anak tu. ego tak bertempat.

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy