Khamis, 17 Februari 2011

Bila harga persahabatan sudah tiada.....


Dalam meniti arus perjalanan kehidupan ini...terkadang aku keliru bila dan kembali bertanyakan apakah maksud "nilai persahabatan". Seorang rakan berkata..untuk melihat seseorang itu ikhlas berkawan dengan kita atau pun tidak, kita tengoklah semasa kita susah, ada tak kawan-kawan kita yang dulu seiring dengan kita membantu kita?..yang pasti tak ramai yang akan membantu," masa susah kau tanggunglah sendiri,.."

kekadang kita sangat berbuat baik dengan sahabat kita...tolong mereka semasa dia susah, tidak terlalu berkira dalam segala hal, sanggup berkorban masa, tenaga dan lain-lain lagi tetapi apa yang kita dapat? di belakang kita dikutuknya kita berbakul-bakul.. apa jenis sahabat mcm ni?

saya jenis seorang yang berfikiran terbuka..boleh berbicara dengan sesiapa saja, selalu sedar diri, seboleh-bolehnya mahu menjaga hati para sahabat, tetapi tidak bagi mereka yang saya anggap sahabat yang baik. Jarum dengki sering dicucuk-cucuk, jarum dendam ditujah-tujah sehingga meranapkan nilai dan harga sebuah persahabatan...

pengalaman merantau dalam dan luar negara, bertemu dengan pelbagai rencah ragam manusia sangat mematangkan diri saya.. tak mengapalah, mungkin ini sudah adat dunia..perlu hadapi juga walaupun sangat kecewa juga dengan para yang saya gelarkan sahabat..walaupun tidak semua..tetap terkesan di dalam hati..


18 ulasan:

Penyair SenjA berkata...

dalam rapuh berharap kita kan kukuh
tanpa mengeluh
bukankah TUHAN menghadirkan kita untuk menjadi seorang yang kuat?
takkan luruh pada beban yang tumbuh
*genggam tanganku dan beri aku seulas senyummu*
Senyum Sahabat,jatuh dan jatuh lagi,itulah hidup.Semangat

♪..aq[daN]pUteraku..♪ berkata...

sahabat yg baik ibarat mentari yg menyinar ;)

jrg kita temui shbt yg begini..hurmm..

jom kesini ;)


PARADOKS HATI

Adzriel AB berkata...

dan hingga kini saya menyimpan rasa yg kecewa.

Tanpa Nama berkata...

sabar abg...semua lumrah kehidupan..manusia penuh ragam...

kita hidupla bahagia dgn cara kita walaupun ramai yang membenci kita..mereka apa tau tentang hati kita? selama mana kita mampu nak jaga hati mereka kan?

Kaseh berkata...

ada lagu lama..

`saat gembira tertawa, saat berduka kita sama2, duduk bermuram durja , kita saling memerlukan..menghormati satu ikatan .... itulah.. ertinya PERSAHABATAN` :)

entahla SR, kita ni manusia biasa je..tak mampu nak menilai hati budi org.. apa yg kita mampu buat ialah jadi sahabat yg terbaik buat mereka.. terpulang la pada mereka utk menilai

specky gurlz berkata...

suka entri ni..persahabatan memang ada suka & duka..saya sendiri pernah rasa duka..

a.samad jaafar berkata...

mereka yg saudara angkat sebagai 'sahabat' itu sebenarnya tidak layak.. barangkali saudara tersilap dlm menafsirkan makna sahabat.. saya antara hamba Allah yg bertuah kerana dikurniakan beberapa sahabat yg sgt baik..yg membuatkan saya berasa malu dgn kebaikan mereka.. saya pernah menulis 2 n3 khas ttg mereka.. mereka adalah yg menangis kerana kesedihan saya..sentiasa ada waktu kesusahan saya..berlumba-lumba pula menghulur tangan utk saya..sesungguhnya, mereka adalah anugerah dan rezeki yg Allah kurniakan utk saya..sahabt tidak dapat dicari..kerana mereka itu datang sendiri ke dalam hidup kita,,,wallahhua'lam..

OKEdChokelaT berkata...

hmmm...prinsip oked
"carilah sahabat ketika kamu suka bukan hanya ketika duka"
"kongsilah bsama sahabat cerita suka bkn hnya cerita duka"

anizsDANbintang... berkata...

cuba dgr lagu 'kesepian' by kumpulan KITA.

friends are like star, not always seen but they're always there ^_^

Sekamar Rindu berkata...

anizsDANbintang,

lagu yg best.,..:)

tq..

Sekamar Rindu berkata...

OKEdChokelaT,

suka dengan kata2 kamu..

"carilah sahabat ketika kamu suka bukan hanya ketika duka"
"kongsilah bsama sahabat cerita suka bkn hnya

Sekamar Rindu berkata...

a.samad jaafar,

anda sangat beruntung......:)

Sekamar Rindu berkata...

specky gurlz,

terima kasih...:))

Sekamar Rindu berkata...

kak Kaseh,


best lagu tuuuuu

Sekamar Rindu berkata...

salam.. Tanpa Nama,

"sabar abg...semua lumrah kehidupan..manusia penuh ragam...

kita hidupla bahagia dgn cara kita walaupun ramai yang membenci kita..mereka apa tau tentang hati kita? selama mana "

:))))))

Sekamar Rindu berkata...

Adzriel AB,

hidup perlu di teruskan wp kecewa..

:) tabah lah..

Sekamar Rindu berkata...

.aq[daN]pUteraku,

suka kata2 awak....tq..hehe

Sekamar Rindu berkata...

Penyair SenjA,

kata2 yang buat saya terkesima..

:)

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy