Khamis, 3 Februari 2011

[ gambar ] anak berumur 6 tahun dilacurkan bagi melunaskan hutang ayah


Angkara tidak dapat melunaskan hutang yang dipinjam daripada sindiket pinjaman wang haram atau along, seorang bapa tergamak menjadikan anaknya sebagai mangsa tebusan pinjaman yang dibuatnya. Lebih menyedihkan, anaknya ketika itu baru berusia enam tahun dibawa ke ibu kota untuk dijadikan sebagai pelacur kanak-kanak sebelum diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Amal Titian Kasih.

Nana, 14, berkata, hidupnya kini lebih gembira dan terurus apabila ditempatkan di rumah kebajikan dan tinggal bersama rakan-rakan yang kurang bernasib baik sepertinya. Dia mahu melupakan kisah silamnya dan menerima segala ketentuan yang terjadi dalam hidupnya sebagai takdir yang perlu diterima selain dijadikan iktibar kepada yang lain.

“Saya masih mempunyai ibu dan adik-beradik lain. Ada antara mereka tinggal di rumah kebajikan lain sekitar ibu kota”. Hatinya sangat merindui keluarganya dan berharap kehidupannya akan kembali gembira seperti keluarga lain. Atas bimbingan dan ajaran di RTK, Nana dapat mengikut segala tunjuk ajar berlandaskan agama dengan mudah.

Nana yang sebelum ini tidak bersekolah kini ditempatkan di sebuah sekolah menengah sekitar ibu kota bagi memastikan dia tidak ketinggalan dalam aspek pelajaran kerana pendidikan adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan. Dia tidak pernah menghalang Nana mahupun anak-anak jagaannya yang lain sekiranya ingin bertemu dengan sanak-saudara terdekat terutamanya menjelang Aidiladha.

***sungguh menyayat hati kita bila membayangkan anak gadis kecil berusia 6 tahun terpaksa melayan entah berapa ramai lelaki bernafsu buas atas kesilapan bapa sendiri. begitu pendek akal bapanya, betapa jahatnya seorang bapa yang sanggup menggadai maruah anak kecilnya dan mengutip hasil atas habuan seks yang di paksakan keatas anaknya itu. bukankah celaka namanya bapa seperti ini?. atau inikah yang dikatakan bapa haramjadah?



sumber: klik sini

p/s: moga menjadi iktibar....

13 ulasan:

Kaseh berkata...

astaghfirullah....kenapalah bapak giler macam tuh..

Adzriel AB berkata...

menggadai maruah anak & menyakiti fizikal & mentalnya. anak menjadi pendendam seumur hidupnya.

Sekamar Rindu berkata...

@ Adzriel AB,

sampai hati ayah buat mcm tu

Sekamar Rindu berkata...

Kaseh,


anak yang masih tak tahu apa2 menjadi mangsa..

Baity berkata...

mesti anak yg jadi mangsa tu rasa..baek dia jadi anak yatim daripada ada bapa tapi tak ada hati perut..

JunAina berkata...

6 tahun...apa yang anak sekecil ini tahu. terlalu kejam dan org yg sanggup melanggan anak ini jugak berhati binatang!

My CoLleCtIoN berkata...

lor....
WIH the bapak tu...

My CoLleCtIoN berkata...

lor....
WIH the bapak tu...

Fuziani JSR berkata...

Kasih seorang bapa sepatutnya membesarkan anak-anak agar menjadi insan yang berguna bukannya menjadikan anak-anak pemuas nafsu serakah mereka atau diperniagakan seperti ini..... Semoga kejadian ini menjadi sempadan kepada kita...

hani apandi berkata...

ya ALLAH.sampai hati bapak tuu.anak ni maseh kecik tak tauk apa2 lagi..

nur aisya humaira berkata...

Astaghfirullah...ade jugak bapak macam ni...nama je islam tapi teruk macam apa je...

nurayunni berkata...

tergamaknye!!

azam aziz berkata...

moga si bapak diberikan hidayah dan petunjuk..amin..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy